Pages

Thursday, December 17, 2015

MOHON SENTAP DAN MOHON JUGA HASUTAN MELAMPAU!!! NAJIB DAN HADI AWANG DAH DUDUK SEPENTAS!!!



Puak ratib UG dan pemeluk akidah DAP-Kit Siang-Guan Eng, sudah boleh memulakan kerja mereka secara aktif sekarang.

Lim Kit Siang dan fraksi yang bermusuh dengan anaknya, Guan Eng yang diketuai oleh Nga Kor Ming sudah pun sepakat dalam usaha menakut-nakutkan seluruh rakyat Malaysia serta penyokong totok UMNO dan PAS tentang 'bahayanya' penyatuan kedua-dua parti tersebut.

Ditambah api oleh para penyokong Mat Sabu dalam parti cap cangkul, PAN, gambaran yang perang besar akan tercetus dan bukan Melayu serta bukan Islam akan diancam kepupusan selain semua hak mereka dirampas, bagaikan menjadi nyata apabila beberapa pihak dari PAS sudah menyambut huluran silaturrahim oleh UMNO.


Kecuali beberapa pihak PERASAN yang masih berteori kononnya UMNO berada dalam keadaan yang sangat lemah ketika menghulurkan salam perdamaian, tanpa sedar bahawa PAS daripada 20 kerusi sekarang ini hanya tinggal 14 dan kalau ditolak kepada Ahli-Ahli Parlimen PAS yang sebenarnya sudah menyertai PAN tetapi enggan berterus-terang, jumlah kerusi Parlimen PAS tidak sampai setengah daripada jumlah yang ada sekarang.

DAP merupakan pihak yang paling kalut apabila PAS dilihat seperti akur dengan keadaan mereka sendiri. DAP menerusi Lim Kit Siang giat memberikan gambaran kononnya PAS akan ditindas oleh UMNO walaupun di dalam Pakatan Rakyat, DAP bukan sahaja menindas, bahkan telah menjadikan PAS sebagai babi belaan yang hanya dihidangkan dengan sisa-sisa makanan sedangkan makanan sebenar yang berkhasiat dibolot habis oleh DAP.


Gambar Abdul Hadi Awang bersama-sama Najib berkongsi pentas dalam majlis Multaqa Alumni Al-Azhar sepatutnya sudah boleh dijadikan BUKTI oleh puak ratib UG dan pemeluk akidah DAP untuk terus menggemparkan sekaligus mewujudkan gelombang penentangan yang lebih besar dengan berita menakutkan, UMNO akan 'menjajah' PAS atau PAS akan bergabung dengan UMNO.

Mereka bolehlah menghilangkan perkataan KERJASAMA atau buat-buat bodoh serta bangang tolol tentang PENGERTIAN dan definisi KERJASAMA politik bagi membolehkan para penyokong mereka naik angin serta membesar-besarkan cerita tentang PAS telah dikuasai oleh UMNO!!!

Dipersilakan...


2 comments:

  1. UMNO- Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
    PAS - Parti Agama Islam SeMalaysia.
    Masuk Melayu atau masuk Islam sinonim bila orang cina mengatakan mualaf cina memeluk agama Islam. Itu kefahaman singkat kala dahulu. Tapi minda rakyat Malaysia sekarang kritis dan rasional.
    Sehubungan UMNO-PAS. UMNO adalah singkatan yang menggunakan Bahasa Inggeris dan PAS adalah singkatan Bahasa Melayu. Apa pun kedua-duanya adalah parti politik. Dua parti poltik berbeza idealogi pernah bermusuh tetapi kini boleh duduk berbincang dan menyentuh isu 'kerajaan Perpaduan'.
    UMNO adalah parti 'materialistik' sementara PAS adalah parti 'akhirat'. Dari sudut bangsa keduanya adalah orang melayu. Kerajaan perpaduan adalah masalah besar kepada orang melayu kerana ada dua kerajaan, dah tentu ada perspektif dan motif perjuangan yang berlainan. Bak kata Allhyarham TGNA bubar UMNO masuk PAS.
    Nampaknya kedua parti ini sedang jinak menjinak atas kepentingan tertentu.

    ReplyDelete
  2. Saudara2 sekalian hendaknya kalian memdapatkn info yg benar (sohih).

    Klu berita ini benar, maka Baitulmuqaddis akan dibebaskn tak lama lagi. InsyaAllah.

    ReplyDelete