Malangnya, dia sudah terkena 'getah' kerana dia berbuat begitu kepada kenderaan rasmi DYMM Sultan Johor.
Kejadian dilaporkan berlaku di KM95 arah selatan Lebuhraya Utara Selatan apabila seorang lelaki Melayu yang memandu sebuah Perodua Viva berwarna putih dengan nombor pendaftaran BLD 345 menurunkan cermin tingkap sebelah pemandu dan menunjukkan isyarat penumbuk dan 'jari tengah' dengan tangan kanan.
Melihat kejadian tersebut, DYMM Sultan Johor telah memberhentikan kereta baginda dan mengarahkan salah seorang pengiring baginda untuk mengambil tindakan terhadap lelaki Melayu itu.
Dan selepas itu, terciptalah satu sejarah buat lelaki berusia 40 tahun itu yang beralamat di Kampung Seri Serendah, Serendah, Selangor tetapi dalam perjalanan dari Puncak Alam, Selangor untuk menziarahi ibu bapanya di Parit Raja.
Lelaki itu dan keretanya yang dirampas telah dibawa ke Balai Polis Air Hitam untuk tindakan selanjutnya. Dia turut menjalani ujian saringan air kencing di Pejabat Narkotik IPD Batu Pahat.
SUMBER: BULETIN 247
tu ler, kat sekolah tak nak belajar sivik. Jangan kan sultan, rakyat pun menyampah kalau kena. Tengok kereta dia pun sama dedau dengan tuannya.
ReplyDeleteGatal tangan dapat hutang
ReplyDeleteDia dah penat memandu lah tu..lalu rasa mengantuk..nak tidur hotel berbayar tak ada duit..saja lah cari pasal nak tidur kat "hotel" free...makan ada ..pijat ada..nyamuk ada...guard pun ada ....tak pasal pasal cari pasal kan dah dapat pasal...kuang..kuang..kuang..kuang..he
ReplyDelete.he