Pages
▼
Thursday, December 3, 2015
RUMAH MAMPU MILIK DI KERAMAT... DATUK BANDAR KUALA LUMPUR KATA DBKL TAK ADA DANA DAN ENGGAN BERSEMUKA DENGAN PENDUDUK!!!
Kemelut pembinaan apartment di Keramat yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga merupakan Timbalan Menteri Kewangan, Johari Abdul Ghani, rupa-rupanya jauh daripada penyelesaian.
Terbaru, dilaporkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Mohd Amin Nordin Abdul Aziz pula enggan bertemu dengan para penduduk yang menentang projek tersebut.
DBKL juga dilaporkan enggan berganjak daripada membina hanya 274 buah rumah mampu milik di Bukit Keramat yang ditawarkan kepada Bumiputera pada harga kurang dari RM200,000. (RUJUK SINI)
Pendirian tegas Datuk Bandar itu adalah sebagai reaksi kepada desakan yang dibuat oleh para penduduk yang mahu bertemu dengannya dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor dalam tempoh seminggu atau mereka akan menyatakan protes kepada Perdana Menteri.
Datuk Bandar Kuala Lumpur itu menegaskan, tanah yang dipertikaikan itu adalah tanah milik DBKL.
"Mereka boleh bertemu saya secara individu dan saya boleh menerangkan kepada mereka," katanya kepada para wartawan selepas menghadiri upacara menandatangani memorandum persefahaman antara DBKL dan Sustainable Energy Development Authority (SEDA).
Mohd Amin juga berkata, DBKL tidak akan memenuhi permintaan para penduduk yang projek tersebut harus sepenuhnya mengandungi rumah-rumah mampu milik.
DBKL katanya tidak mempunyai dana untuk membina rumah-rumah mampu milik seperti yang dibuat oleh agensi-agensi kerajaan lain, sebaliknya hanya boleh membuat kerjasama atau perkongsian dengan sektor swasta untuk memastikan rumah mampu milik dibina untuk penduduk kota.
Katanya lagi, DBKL hanya menyediakan tapak untuk pemaju yang membayar RM16 juta dengan syarat, 50% projek tersebut mengandungi unit-unit apartment mampu milik yang berharga kurang dari RM200,000.
"Persatuan Pemaju-Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) telah berbincang dengan saya dan menurut mereka harga kurang RM200,000 adalah tidak logik dan tiada sesiapa pun boleh melakukannya kecuali dengan subsidi.
"DBKL tidak memberikan subsidi kepada pemaju. Pemaju perlu membina unit-unit lain yang berharga kurang dari RM600,000 bagi mendapatkan subsidi untuk unit-unit yang berharga di bawah RM200,000," katanya.
Berkenaan tawaran yang dibuat oleh UDA Holdings Berhad untuk membina semua rumah mampu milik di bawah paras harga RM200,000 di atas tanah tersebut, menurutnya, UDA telah terlambat memandangkan tanah tersebut telah dijual kepada pemaju swasta sebelum UDA menghantar kertas cadangan mereka pada Oktober.
Semalam gabungan pertubuhan bukan kerajaan dan penduduk telah memberikan ultimatum kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur di tapak projek bagi menerangkan tentang status projek berkenaan. Pengerusinya, Norham Shazali Abdul Hamid berkata, penduduk Keramat mahukan pemaju menawarkan kesemua 548 unit apartment pada harga di bawah RM200,000.
Projek apartment tersebut akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat, mengandungi pembinaan 274 buah rumah mampu milik berharga tidak lebih RM200,000 dan 274 unit lain pada harga pasaran.
Satu aku punya , satu engkau punya , satu aku punya , lima cina punya
ReplyDeletecina lagi........buka minda,jangan mengata......
ReplyDeleteBukan ke tanah gomen ni sama taraf miliknya oleh rakyat. Takkan nak jadi tanah trx dan bandar malaysia sg besi yg rakyat punya tapi dinyah-milik lalu diberi kpd wanemdibi yg kemudian dijual kepada pihak luar. Gomen oh gomen... ni mesti ada termakan duit kautim kot..
ReplyDeletebehind story bab amik2 tanah ni Cinapek punye agenda la..Melayu tukang dpt percent dlm DBKL/agensi2... kau tu yg buta tak mau buka mata.. itulah asyik baca meloyakini dgn meloyainsider.. !
ReplyDeleteDengar ceritalahkan.....,sepatutnya Datuk Bandar ni orang lain....orang yang memang perwatakan dan boleh diharapkan....namun apa daya qada dan qadar dah ditentukan last2 minit tukar orang.orang yang boleh dengar cakap pak2 menteri.....betul atau tidak Allahualam tapi rasanya orang2 DBKL tau kot cerita ni.tak elok tu pak menteri...nak kaut kekayaan samapi perut sebuncit bukit ke? Kalau perut tu meletup sapa yang susah....pak menteri juga
ReplyDeleteNie sume keje Ku Nan lah. Mayor tu ikut telunjuk je dia xde telor mcm Ahmad Phesal. X dgr kata kena tukar nnt. Pergilah siasat ape jd dgn agensi2 bwh Ku Nan nie. X pernah dlm sejarah menteri msk campor hal pengurusan agensi nie siap reshuffle tkrkan staff n gantikan org2 dia pdhal x layakpun dgn post baru tu. X dgr kata kena tukar n diugut. Pergila siasat byk lg hal2 bsr pejabt menteri buat
ReplyDelete