Pages

Tuesday, December 22, 2015

TAYAR LORI BAUKSIT TERCABUT BUNUH GURU, BERAPA RAMAI LAGI YANG PERLU DIKORBANKAN UNTUK BAUKSIT KUANTAN?



Seperti tiada apa-apa yang berlaku, dan seolah-olah keuntungan adalah segala-galanya sehinggalah keselamatan orang ramai yang berada dalam laluan tidak perlu difikirkan. Asalkan, keuntungan boleh diperolehi walaupun akhirnya ramai yang akan terkorban semata-mata demi keuntungan tersebut.

Kalau LYNAS ditentang oleh DAP kerana kononnya membahayakan kesihatan penduduk awam, sedangkan hakikatnya ia adalah satu bentuk saingan kepada pihak tertentu yang meraih laba besar, bauksit pula nampaknya tidak ditentang langsung. Malah tiada satu mulut DAP pun kedengaran bercakap tentang bahaya bauksit, termasuklah kenderaan-kenderaan yang digunakan untuk mengangkut bahan tersebut ke pelabuhan Kuantan.

Mengapa agaknya?

Adakah kerana ada kaitan kepentingan dalam syarikat-syarikat yang membekalkan lori untuk mengangkut bahan-bahan lombong tersebut ke pelabuhan, maka mulut yang biasanya tidak berhenti-henti bercakap, terus mendiamkan diri?

Bukan kali pertama masalah lori-lori yang mengangkut bauksit ke Pelabuhan Kuantan diperkatakan. Dengan cara pemanduan, jumlah yang sangat banyak pada satu-satu masa, pencemaran alam sekitar dan kerosakan jalanraya, keselamatan penduduk awam dan pengguna jalanraya langsung tidak dititikberatkan.


Semalam, satu lagi nyawa diregut kerana ketamakan pihak-pihak berkenaan. Seorang guru, Norlaili Ahmad Zabidi, 40, maut apabila tayar salah sebuah lori pengangkut bauksit tercabut dan melanggar kereta yang dipandu bersama-sama suaminya.

Allahyarhamah Norlaili Ahmad Zabidi meninggal di tempat kejadian, manakala suaminya pula terselamat.

Kalau sudah tayarnya boleh tercabut, maknanya aspek keselamatan bagi setiap lori yang sudah tentu menggunakan jalanraya, tidak lagi dititikberatkan. Maka timbullah persoalan, adakah lori tersebut menjalani ujian PUSPAKOM? Adakah lori tersebut mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk digerakkan di atas jalanraya?

Atau pihak berkuasa tutup mata dan buat-buat tidak nampak kelibat lori-lori pengangkut bauksit?

Sekali lagi persoalan yang boleh diperkatakan, mana JPJ, mana Jabatan Alam Sekitar dan mana Majlis PBT?


2 comments:

  1. Kalau tayar lori boleh tercabut setelah menjalani pemeriksaan Puspakom, satu lagi pihak yang harus buka mata adalah Sprm.

    ReplyDelete
  2. apakaj\h tugas POLIS yg sebenar??

    1. menangkap aduan PENIPU @ Pemeras UGUT??

    atau

    Auau membiarkan pengadu melaporkan shj kpd Polis & membiarkan Penipu/ Pemeras UGUT mengulangi perbuatan kpd orang lain??

    Atau

    Menangkap mangsa yg memukul PENIPU / PEMERAS UGUT akibat Tiada tindakan??

    atau

    hanya menangkap Penjual Vape??


    Hanya KPN shj yg boleh jawab KUALITI Polis hari ini..


    Inilah yg berlegar2 di fikiran Rakyat dikedai kopi dsb..

    kemungkaran berleluasa sehinggakan memerlukan undang2 jalanan untuk mengadilinya..

    ReplyDelete