Dan sudah ada yang berkempen kononnya, hutang-hutang 1MDB itu akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung risiko membayar hutang negara menerusi kenaikan cukai dan pelbagai lagi.
Berita terbaru ialah jualan kepentingan 60% Bandar Malaysia kepada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd, (RUJUK SINI) disambut sinis kononnya 1MDB tidak lagi berkeupayaan sehingga terpaksa menjual segala-galanya.
Anehnya, kumpulan yang sama menyatakan 1MDB tidak mampu membayar hutang,
Kenyataan Zahid Hamidi bahawa rakyat Malaysia tidak seharusnya mempercayai bulat-bulat berita yang disiarkan oleh Wall Street Journal kononnya USD850 juta telah dipindahkan dari 1MDB, segera menarik perhatian golongan terbabit.
Berkempen kononnya, kata-kata Zahid tidak boleh dipercayai berbanding laporan yang disiarkan oleh WSJ sudah cukup untuk membuktikan kepada kita, betapa teruknya korupsi yang telah melanda jiwa dan pemikiran golongan terbabit.
Sebenarnya, apa yang dituduh oleh WSJ dan Sarawak Report langsung tidak mempunyai sebarang bukti. Para pengikut mereka seperti yang kita dapat baca DI SINI, tidak lebih daripada sekadar berusaha meyakinkan diri sendiri bahawa segala siasatan yang dilakukan oleh PAC yang mengandungi para pemimpin pelbagai parti politik termasuklah Tony Pua, tidak lebih daripada wayang semata-mata.
Dengan kata-kata lain, mereka sudah pun membuat kesimpulan bahawa hanya dengan melakukan tekanan kepada Zahid Hamidi, maka Timbalan Perdana Menteri itu akan melatah, melompat dan seterusnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mereka putar belitkan.
Salahkah Zahid Hamidi dalam isu ini sedangkan kes 1MDB masih dalam siasatan PAC? Apa perlunya, WSJ, Sarawak Report atau sesiapa sahaja yang mempunyai prasangka buruk terhadap 1MDB cuba menjadi batu api sedangkan yang turut menyiasat 1MDB untuk membuktikan wujudnya salah laku adalah pemimpin-pemimpin parti kesayangan mereka sendiri iaitu DAP dan PKR?
Isu ini sama macam isu UFO. Ia dipercayai ujud dan telah mendarat di bumi. Bila diminta bukti, para penjaja isu UFO termasuk pihak media Barat hanya boleh mengatakan dek kerana ada orang yang telah nampak UFO dan ada yang telah di culik UFO, makanya terbuktilah UFO itu ujud. Walhal bukti langsung seperti bangkai UFO langsung tidak ada. Ini menunjukkan waima pihak media barat akan sanggup memperbodoh bodohkan pembaca asalkan cerita yang disajikan mampu meraih keuntungan. Kini dengan adanya cerita dongeng ala UFO di WSJ, sudah tentu berbondong bondong peminat cerita dongeng melanggan WSJ atas talian. Nak kata apa? Hmm.
ReplyDeleteLihat apa jadi pada TSMY dan lain-lain yang dilucut hak semata persoalkan kredibiliti DSN. Bila WSJ atau Washington Post persoalkannya kerajaan hanya mampu mengatakan berita itu tidak sahih.
ReplyDeleteDimanakah letak sahih 1MDB dan 2.6 Billion? Apakah jawapan DSN semasa di PAU 2015 itu yang sahih? Foreignpolicy.com @ Washington Post menyenaraikan Malaysia ke-3 terbesar rasuah selepas FIFA.
Ini bukan lagi sebuah benua malah dunia membaca 'kesahihan' WSJ, Washington Post, The Edge dan SR.