Sedang merayap di sebuah laman portal pro-pembangkang baru-baru ini, penulis tertarik pada satu artikel yang ditulis oleh seorang siswa yang merupakan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhaiman Aiman Mohd Nazeri.
Dalam artikel yang bertajuk ‘Hati terusik bila siswa makan sehari sekali’, penulis dapat bayangkan bahawa motif penulisan tersebut adalah berkisar tentang kehidupan pelajar di IPT yang kononnya terjejas gara-gara kenaikan kos sara hidup.
Katanya dalam penulisan tersebut, hatinya selaku ketua pelajar ‘terusik’ kerana ada siswa-siswi yang makan sehari sekali. Tapi katanya pula, ada pula pelajar yang hantar wang pulang ke kampung untuk menampung kos sara hidup yang meningkat.
Rata-rata penulisannya menyentuh kesusahan mahasiswa di IPT yang dikatakan terjejas teruk kerana kos sara hidup yang meningkat sekaligus membebankan mereka. Malah meskipun diberi kad siswa dan baucar buku, ia tidak cukup bagi Muhaiman Amin.
Pertamanya, penulis simpati dengan ‘nasib malang’ mahasiswa di zaman ini yang derita gara-gara kenaikan kos sara hidup. Tidak dinafikan, memang ada yang makan sehari sekali, itupun hanya berlaukkan telur dan kuah.
Bukan apa, nasib ‘malang’ mahasiswa zaman sekarang adalah amat berbeza dengan mahasiswa sezaman dengan penulis dulu…
Dulu di zaman 1980’an, sememangnya hidup mahasiswa sangat ‘mewah’. Semua siswa dan siswi diberi biasiswa lumayan. Ada yang dapat ‘RM2 juta’ setahun, namun rata-ratanya terima ‘RM1.5 juta’ setahun. Selain itu, kami semua dulu makan ‘1,000 kali’ sehari.
Pada pandangan penulis, mungkin Muhaimin baru hendak ‘kenal dunia’. Masih mampu makan sehari sekali, tapi sudah pandai hantar keluhan di media. Kononnya prihatin sebagai ketua?
Untuk pengetahuan Muhaimin, mahasiswa dulu jauh lebih perit kehidupannya. Ada yang
Kami dulu ada yang tidak makan dua tiga hari. Ada yang
Kami dulu tidak mampu miliki telefon bimbit walau sudah terbit pelbagai model. Hanya telefon awam di lobi kolej yang kami gunakan.
Berapa ramai siswa-siswi yang berjalan kaki dan berpeluh-peluh seperti kami ketika tiba di dewan kuliah dulu? Penulis lihat kini ramai yang berkereta, bermotorsikal dan berbasikal. Kami dulu hendak beli basikal pun tidak mampu…
Berapa kali seminggu siswa dan siswi makan di restoran makanan segera seperti McDonalds, KFC dan Pizza? Berapa kerap menonton wayang dengan awek dan teman lelaki? Nampak asyik sungguh berdua ke hulu ke hilir bersama pasangan dengan kenderaan masing-masing…
Kami dulu tidak sedikit pun mengeluh. Malah kesusahan itulah yang membuat kami lebih akrab membantu antara satu sama lain, susah sama susah, senang sama senang, hingga berjaya menerima segulung ijazah.
Kami tidak pernah merengek-rengek, mengada-ngada meminta itu dan ini. Setakat makan sebuku roti secara berjimat, ia mampu bertahan selama 2-3 hari. Nasi dan telur adalah perkara biasa bagi kami. Kami tidak berdemo kerana nasi dan telur…
Kami tidak menuding jari pada Lembaga Zakat, Kerajaan atau PTPTN. Ada di kalangan kami yang menerima biasiswa yang ditukar kepada bentuk pinjaman di tahun akhir, namun rakan kami itu elok saja lunaskan pinjaman tersebut. Tidak pula dia mengada-ngada minta mansuhkan.
Ada juga rakan kami yang hantar sedikit wang biasiswanya ke kampung untuk menampung kehidupan keluarganya yang miskin. Tapi dia atau kami sendiri tidak pula bising di media tentang kos sara hidup yang membebankan kami ketika itu. Kenapa agaknya?
Majlis Perwakilan Pelajar tiada dana untuk buat program?
Dapat kad siswa dan baucar buku, tapi mahu diperluas kepada peralatan kursus yang lain? Kami dulu tidak dapat kad atau baucar pun, tapi semua elok saja. Macam mana kami buat?
Penulis akui kos sara hidup meningkat. Tapi jika mahasiswa di zaman ini hanya tahu mengeluh, komplen itu dan ini, menyalahkan pihak tertentu dan bersikap seperti ‘anak burung’, tahap IQ sebegitu hanyalah ditahap budak sekolah menengah rendah saja.
Jadi, mungkin kerana itulah ramai yang mengatakan bahawa kualiti mahasiswa di zaman ini hanya tahu ‘bercakap’ dan ‘komplen’ saja, tapi tidak efisien dalam tindakan dan tidak memiliki daya pemikiran yang mematangkan diri, kan?
~ Mahasiswa 80an
setuju....zaman kita dulu lagi teruk tapi alhamdulillah, kita survived...cukup bulan beli stock maggie mee satu kemestian, masa tu makan maggie mee pun alhamdulillah, syukur. hphone tak da, laptop and internet access jauh sekali...apa pun, org yg tak tau bersyukur mmg lah tak kan puas...besok bila dah graduate loan ptptn pun tak nak bayar, masa belajar sibuk berpolitik...
ReplyDeletePelajar universiti sekarang ni semua pondan2 belaka. Yang dia orang tahu merengek sahaja. Kalau ada masalah tak dapat atasi macam mana la nak jadi pemimpin? Tapi kalu suruh berdemo sanggup pula.
ReplyDeleteSedikit sebanyak penulis sbenarnya mengakui yang Tun M pandai uruskan ekonomi. Zaman Tun gaji kecik pon bole idop. Cukupla nak belanja sebulan. Rindu zaman Tun M.
ReplyDeleteErr...pembetulan. Tahun 80an mana ada handphone lagi, semua beratur nak guna talipon awam. Laptop pun seingat saya tak wujud lagi, desktop adalah.
ReplyDeleteWalau apapun saya setuju dgn 'message' yg ingin disampaikan.
Buat adik yg malang...bersikap positif. Kesusahan dan keperitan seharusnya jadi motivasi untuk berusaha ubah nasib diri. Kesedaran adalah anugerah tak ternilai dan sepatutnya bila kita ditimpa kesusahan kita akan ada kesedaran.
ReplyDeleteBersyukur dan berusahalah. Semoga berjaya dan cemerlang.
sesiapa yg belajar di zaman ITM , politeknik atau pun maktab perguruan , pasti akan mengalami nasib seperti penulis . memang mahasiswa dulu berkualiti klu dibandingkan mahasiswa skrg yg lebih gemar mengikut adam adli , dan pandai menjadi golongan kufur nikmat. sanggup membuang gelaran mahasiswa dan rela menjadi mahasewel atau mahabodoh disebabkan ketaksuban pada politik acuan pembangkang.
ReplyDeleteApa komen mamat ni kalau ditakdirkan dapat belajar di UK?
ReplyDeleteMemang itulah kualiti student Univ zaman sekarang...banyak komplen dan malahan segelintir mereka ada yang kurang ajar dengan staf Univ...Apa yang saya lihat...punca student Univ zaman sekarang menjadi seperti ini adalah disebabkan pendekatan pihak pengurusan Univ yang terlalu memanjakan mereka...setiap keluhan mereka akan dilayan dan dalam sesetengah isu mereka sentiasa dimenangkan berbanding dengan staf-staf....
ReplyDeleteMungkin pihak pengurusan menganggap student Univ ini adalah "pelanggan yang sentiasa betul"...tetapi bagi saya mereka ini adalah "produk keluaran sesebuah Univ"...Tak bolehlah nak menyamakan Univ seperti sebuah hotel yang mana mereka yang datang ke hotel boleh berbuat sesuka hati...Mereka yang datang ke Univ tujuannya untuk menimba ilmu...jadi student Univ perlulah ikut segala peraturan yang ditetapkan...
JANGAN ASYIK KOMPLEN SAJA...BILA STAF TEGUR SKIT MERENGEK DEKAT VC..STAF BAHAGIAN TU TAK MESRA PELAJARLAH...STAF BAHAGIAN NU TAK MESRA PELAJARLAH...SEPATUTNYA STUDENT-STUDENT NIH PERLU PAHAM...PERATURAN TETAP PERATURAN DAN MEREKA PERLU IKUT WALAUPUN ANAK TAN SRI...ANAK DATO'...ANAK RAJA..
Bukan sahaja zaman 80an... zaman 90an pun agak susah... duit pinjaman hanya cukup bayar yuran dan asrama... setelah ditolak semua ada berbaki rm150 sebulan... makan sudah cukup sekali sehari... kawan yang ada periuk nasi... masak nasi waktu malam... kami kongsi makan dengan kuah... tapi syukur alhamdulillah... kami semua berjaya dengan cemerlang... hutang dibayar tanpa merungut...
ReplyDeletedahulu saya terpaksa berhenti belajar sebab takdak pinjaman, biasiswa tak dapat... last2 pusing cari kerja....
ReplyDeleteselepas dapat kerja, akhirnya sambung pengajian di U lain dan dalam bidang yang lain, Alhamdulillah.... sama juga, masih tak ada pinjaman, masih tak ada biasiswa...