1. BNM memandang berat terhadap aset TH pada September 2015 yang rendah berbanding nilai liabiliti (bermaksud deposit daripada pendeposit) disebabkan oleh kelemahan prestasi pasaran saham.
Surat berkenaan adalah untuk menyatakan kebimbangan BNM terhadap TH dan keperluan kepada TH untuk meningkatkan rizab mereka serta memperkasakan pengurusan risiko mereka.
Ia bukanlah surat yang bertujuan untuk menghukum TH.
2) BNM percaya bahawa jumlah aset TH pada tarikh berkenaan hanya cukup untuk membayar 98 sen bagi setiap RM 1 yang didepositkan. Ini bermakna bahawa aset mereka hanyalah sebanyak RM 56.72 bilion manakala nilai deposit yang perlu ditampung ialah RM57.9 bilion – menunjukkan terdapatnya kekurangan sebanyak RM1.158 bilion pada September 2015.
3) BNM menyatakan bahawa punca bagi kekurangan ini adalah kerana di antara tahun 2012 hingga 2014, Tabung Haji telah menghabiskan margin rizab mereka dengan membayar dividen dan bonus lebih tinggi daripada keuntungan bagi tahun tersebut – iaitu membayar RM1.07 bagi setiap RM1 keuntungan mereka.
Ini tidak bermakna bahawa wang rizab telah hilang namun sebaliknya ia telah digunakan untuk membayar balik pendeposit dengan nilai yang tinggi.
4) Besar kemungkinan nilai aset pada September 2015 yang digunakan oleh BNM tidak termasuk dalam penilaian semula akaun aset hartanah dan juga kadar pertukaran – terutamanya hartanah asing.
Menurut peraturannya, TH melabur sebanyak 50% dalam ekuiti (pasaran saham), 20% dalam pendapatan tetap, 20% dalam hartanah, dan lebihan 10% lagi dalam pasaran wang.
Sejak tahun 2013, walaupun dikritik hebat namun TH tetap membuat pelaburan secara besar-besaran dalam sektor hartanah di luar negara.
Dengan kenaikan nilai dalam hartanah asing dan kelemahan Ringgit, baru-baru ini TH mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah membuat pulangan sebanyak 200% ke atas pelaburan hartanah di UK.
TH sedang memperolehi keuntungan dengan nilai yang berpotensi besar yang perlu diiktiraf pada akhir Disember 2015.
Indeks Bursa pada akhir September adalah sebanyak 1600 mata namun pada akhir tahun 2015, ia ditutup sedikit rendah daripada 1700 mata – ini bermakna bahawa penilaian ekuiti pelaburan TH pada akhir tahun kewangan 2015 mungkin akan menjadi lebih tinggi.
Pada tahun 2014, ia telah membayar dividen dan bonus sebanyak 8% berjumlah RM3.2 bilion – yang tertinggi direkodkan dalam tempoh 14 tahun.
Oleh itu, untuk membayar dividen sebanyak 8% dan bonus pada kadar yang sama serta menampung kejatuhan nilai pada bulan September, TH perlu meningkatkan nilainya dari bulan September-Disember 2015 pada nilai sekitar RM4.6 bilion – atau kira-kira 8% peningkatan dari aset pada bulan September yang bernilai RM56. 72 bilion – dimana ianya adalah tidak mustahil.
Walau bagaimanapun, deposit TH dilindungi oleh kerajaan supaya pendeposit tidak mengalami kerugian.
Tetapi, berdasarkan situasi keseluruhan ekonomi yang lemah pada tahun 2015, untuk menjangkakan nilai dividen sebanyak 8% dilihat sangat optimis.
Sebagai contoh, pada tahun-tahun kemelesetan yang lepas iaitu pada tahun 2008-2009, nilai dividen hanya 5% manakala pada tahun 2001 hingga 2004, jumlah dividen hanya di antara 3.25% hingga 4.3% sahaja.
Bagaimanapun, Pengerusi TH telah mengeluarkan kenyataan bahawa TH tidak mempunyai sebarang masalah untuk memperolehi keuntungan dan membayar dividen untuk tahun lepas serta mereka sedang menunggu pengumuman dividen rasmi – jadi, mari kita tunggu.
Bebulu org kapir baca artikel ni.... Mahu dicipta lg fitnah utk hancurkn TH.
ReplyDeleteSape yg asaskn TH ni ye?? Bawah kerajaan Pas ke?? Lu pikir sendiri.
Masaalah org islam sekarang byk yg kurang berdoa itu salah satu sbb anasir asing mudah masok ke dlm hati.
ReplyDeleteYang sebenarnya mereka ini bukannya benar2 ikhlas nak lihat TH maju tapi lebih nak pastikan TH ini gagal dan tidak boleh bagi apa2 dividen kepada penyimpan TH. Aku dah lama menyimpan dengan TH dan selama ini pun TH tak pernah gagal bagi dividen kepada penyimpannya. Kadar turun naik adalah pekara biasa dan ianya mengikut putaran ekonomi. Pelik juga kalau TH bagi dividen yg tinggi tapi institusi kewangan yang lain beri kadar yang lebih rendah.
ReplyDeleteSehingga saat ini pun aku tidak pernah dihalang daripada membuat sebarang pengeluaran bila memerlukan wang dan baki pun memang tak kurang sesen pun tanpa pengetahuan aku.
Biarlah apa orang nak kata tapi bagi diri aku....niat aku semata kerana ingin membantu sesama umat Islam kerana dengan simpanan wang di TH ini dptlah TH melabur bagi mendapatkan keuntungan dan dengan itu dapat memberikan susidi kepada umat Islam bagi mengerjakan ibadah haji.
Semoga Allah swt memberikan pertolongan dan bantuan supaya institusi sperti TH dan lain2 yang dapat memberikan manafaat kepada umat Islam akan terus maju dan berjaya di masa depan.
yg bagi surat tu Zeti,gabenor bank negara,adakah Zeti menipu?atau macai najib yg menipu?susah nak percaya cakap2 macai ni.belit kuat.kalau nak kata pembenci TH,mana ada pembenci TH bro.yg ada pembenci NAJIB RAZAK jer.tak payah spin lagu tu bro.kenapa nak bela Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ni bro?sepatutnya pengerusi lembaga TH disandang para Ulama atau agamawan yg dipercayai,bukan politikus2 yg kejar duit bro.ini duit org2 yg nak mengerjakan haji bro.kenapa nak labur sana sini bro?penyimpan bukan nak dividen bro,diaorg cuma nak mengerjakan ibadah haji.kenapa sibuk dgn kekayaan dunia bro?tak payahlah bela puak2 jamban yg terang2 menghancurkan negara kita ni bro.di akhirat nanti,akan ditanya kenapa sanggup menyibarkan berita palsu hanya kerana wang.hati2 bro yer.
ReplyDeleteIngat org islam zaman dulu kumpul duit ja ka?. Diaorg pun meniaga tambah keuntungan. Ingat kita org islam disuruh kumpul duit ja? Mana nk kumpul duit? Kena jual beli la.. Apa ra. Ingat duit tu beranak sendiri ke..
DeleteKalau dah bodoh tu jangan komen bro...
DeleteTapi jangan juga lupa membaca penjelasan dpd pihak TH supaya dpt pencerahan.
ReplyDeleteOrg melayu biasalah... marahkan nyamuk. habis kelambu dibakarnya... tak nampak kapir2 tgh gelak... tengok Islam lemah dan bercakaran sesama sendiri
ReplyDelete