Cuma kali ini sasarannya agak lebih rendah iaitu memastikan Tabung Haji ditutup dan operasi Tabung Haji untuk memudahkan jemaah-jemaah Haji Malaysia menunaikan ibadah tersebut menerusi skim simpanan yang disubsidikan oleh kerajaan, terganggu kerana sabotaj.
Rafizi Ramli sekarang ini cuba menimbulkan kesangsian dan ketakutan di kalangan para pendeposit dengan menggambarkan seolah-olah Tabung Haji tidak lagi mempunyai wang dan para pendeposit akan kehilangan wang simpanan mereka di Tabung Haji.
Menerusi Facebook peribadinya, Rafizi Ramli dilaporkan sebagai berkata, "Maka sahlah, rizab Tabung Haji tidak cukup untuk membayar kembali simpanan pendeposit kerana kerugian terkumpul."
Motif ayat tersebut amat mudah, iaitu menimbulkan kepanikan dan para pendeposit Tabung Haji berpusu-pusu untuk mengeluarkan simpanan masing-masing, sekaligus menghakis kepercayaan kepada Tabung Haji untuk menguruskan dana jemaah Haji. Walaupun tidak secara berterus-terang, tetapi maksud daripada ayatnya itu ialah, para pendeposit perlu mengeluarkan 100% simpanan mereka dari Tabung Haji sebelum wang tersebut hilang, sekaligus menyukarkan jemaah Haji yang mencarum di Tabung Haji untuk mengerjakan ibadah tersebut.
Rafizi Ramli mungkin tahu dan ada jalan untuk mendapatkan visa Haji yang sukar diperolehi kecuali menerusi Tabung Haji. Bagaimanapun, Rafizi Ramli yang mengaku pernah bekerja sebagai seorang akauntan, langsung tidak dapat membezakan antara simpanan dan aliran tunai. Dia juga dengan sengaja dan berniat jahat menyembunyikan 'pengiraan nilai aset' menerusi fair value of portfolio of assets Tabung Haji di mana tidak semuanya akan ditaksir semula atau dimasukkan ke dalam akaun. Dan sudah tentulah, manusia keji seperti Rafizi Ramli tidak mempunyai sebarang sifat husnuzun dan tabayyun kerana dia telah terbukti sebagai seorang penfitnah!
Berbekalkan cop mohor sebagai penfitnah yang telah disahkan oleh mahkamah kepadanya, adakah Rafizi Ramli yang perlu dan layak dipercayai berbanding Tabung Haji yang tidak pernah gagal menghantar atau memenuhkan kuota jemaah haji yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi semenjak ia ditubuhkan?
Kasi saman je rafizi babi ni..
ReplyDeleteBak pepatah Melayu: Jangan baru dengar guruh dilangit air di tempayan dicurahkan. Silap langkah hujan tak jadi "kita yg melopong" Kalau ikut cakap "pemfitnah" "simpan duit bawah bantal lah jawabnya. Cakap dia tu guna "KEPALA OTAK KE ATAU GUNA KEPALA LUTUT"?
ReplyDeleteSemoga laknat Allah menimpa ke atas orang yg Rafizi Ramli ni. Mungkin dia lebih suka bank seperti Hong Leong kot yg uruskan haji.
ReplyDeleteTH boleh saman Rafizi jika dia memfitnah. Cakap banyak pun x guna tindakan mahu.
ReplyDeleteYang paling BODOH..adalah manusia yg pernah saman si pandan ni dgn melepaskannya bila bapok ni minta maaf
ReplyDeleteManusia yang sakit. Setelah memfitnah sekarang cuba jatuhkan umat Islam dari menyimpan untuk amal ibadah.
ReplyDeleteTujuan menabung adalah untuk menunaikan ibadah haji bukan untuk dividen. Sekiranya rezeki Allah kurniakan banyak itu tahun ini maka bersyukurlah.
Rfizi tu bongok! Busuk hati. Sesama islam pun dia nk huru harakan.
ReplyDeleteBandar Ensteak di Nilai adakah ia satu projek TH Properties. Kalau Projek sebesar itu mesti ianya dapat menjana berjuta ringgit keuntungan. Dengar cerita banyak lagi esset kelapa sawit di Sepang dan Nilai kepunyaan Tabung Haji.
ReplyDeleteBIARKAN JER,DUIT DEPA IKUT SUKA DEPA LAH NAK SIMPAN KER NAK ANGKUT KELUAR.AKU DAH LETIH DOK PIKIR PERANGAI RAKYAT MALAYSIA YANG DOK PERCAYA DENGAN SETIAP APA YANG KELUAR DARI MULUT VAVI TUNGGAL NI.AKU MARAH NIIII
ReplyDelete