Pages

Saturday, February 20, 2016

TONY PUA DAN TEO NIE CHING AMBIL ALIH TUGAS TERESA KOK BUAT KLIP VIDEO LINDUNGI 'MANA RM1.2 BILION DUIT ISRAEL'!!!



Asal datangnya Tahun Baru Cina sahaja, DAP akan segera menonjolkan dan mempersembahkan diri mereka yang sebenar iaitu CINA CHAUVINIST yang ULTRA KIASU. DAP segera menonjolkan dan menampilkan bagaimana hebatnya mereka memutarbelitkan isu dan menggunakan segala peluang demi menutup cerita sebenar yang berkisar tentang mereka sendiri yang tidak terjawab sehingga ke hari ini.

Persoalan tentang bantuan kewangan yang telah diterima oleh DAP dalam usaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada PRU lepas yang diterima daripada Israel langsung tidak dijawab oleh DAP dengan sempurna.

Sebaliknya DAP pula memomok-momokkan tentang RM2.6 bilion yang telah diterima oleh Najib Abdul Razak menerusi akaun peribadinya dan cuba menjadikannya sebagai satu isu 'bersalah' ke atas Najib.

DAP menerusi Tony Pua dan Teo Nie Chin serta seorang pelakon yang tampil berpenampilan Arab, muncul dalam klip video yang khusus dibuat untuk memomok-momokkan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor.

Menurut maklumat, klip video tersebut digunakan untuk kempen DAP di Sarawak bagi Pilihanraya Negeri yang bakal dilangsungkan selewat-lewatnya April nanti.

DAP telah pun memulakan kempen pilihanraya mereka di Sarawak dengan meminta dan memaksa penyaluran dana menerusi video-video satirikal politik sempen Tahun Baru Cina dengan menampilkan 'Dewa Kemakmuran' dan seorang Arab yang memperolok-olokkan Najib Abdul Razak, isterinya, Rosman Mansor dan GST.

Tony Pua, Ahli Parlien Petaling Jaya Utara dan Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kulai membintangi peranan di dalam video tersebut, selain seorang lelaki lain bertindak sebagai Tok Arab, chek besar bernilai RM2,6 bilion untuk Perdana Menteri.

Pasangan tersebut menyanyikan lagu tradisi Tahun Baru Cina, 'Cai Shen Dao' (Dewa Kekayaan Ada Di Sini), manakala tok Arab tersebut menyerahkan wang dan Dewa Kemakmuran mengurangkan kemiskinan.

Cek tersebut adalah satu sindiran merujuk kepada wang yang telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib pada tahun 2013. Kerajaan telah mengesahkan bahawa wang tersebut adalah derma peribadi daripada salah seorang anggota keluarga diraja Arab Saudi untuk menyokong Barisan Nasional dalam kempen menentang DAP dan Pakatan Rakyat yang mendapat bantuan kewangan luar biasa daripada Israel dan Zionis.

Kebanyakan wang tersebut telah dipulangkan oleh Najib Abdul Razak, sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ramai kerana beranggapan mereka juga ada hak ke atas wang tersebut.

Di dalam klip video terbaru ini juga, menunjukkkan Teo memakai bentuk cincin berlian dan menggunakan beg tangan berjenama mewah, satu lagi usaha memomok Rosmah Mansor.

Tahun lepas, Teresa Kok turut mengeluarkan klip video yang sama dengan menjadikan Rosmah Mansor sebagai bahan momokan. Apabila pendedahan dibuat bagaimana Betty Chew, isteri Lim Guan Eng hidup dengan gaya yang mewah, selain beberapa kontroversi melibatkan kedudukan dan kawalan Betty Chew ke atas hartanah di seluruh Pulau Pinang yang dilihat bakal dipanjangkan di Sarawak sekiranya DAP berjaya menguasai PRN akan datang.


2 comments:

  1. bira la mereka buat. mereka ada expert buat video.

    BN ada expert tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunakan expert ke arah kebaikan, bukan buat fitnah dan bersangka buruk. Bn bukan x expert tpi x bodoh mcm dorang tu.. Buang masa buat kojo bodoh!!!

      Delete