Pages

Saturday, March 5, 2016

ADAKAH LIM KIT SIANG AKAN ARAHKAN GUAN ENG SIAPKAN TEMPAT ISTIMEWA UNTUK MUKHRIZ MAHATHIR DALAM PAKATUN?



Walaupun berbekalkan nama Dr. Mahathir, Mukhriz dalam kerjaya politiknya tidaklah berbintang
cerah, sekaligus menafikan dakwaan skeptikal selama ini bahawa nama Dr. Mahathir adalah suatu jenama politik yang kukuh.

Mukhriz gagal dalam dua cubaan pemilihan agung UMNO. Dia gagal terpilih sebagai Ketua Pemuda walaupun mendapat publisiti besar-besaran malah, diwujudkan aura hebat di sekelilingnya. Dia juga gagal menjadi Naib Presiden UMNO walaupun dikatakan mempunyai peluang besar kerana dia adalah anak Dr. Mahathir.

Aura mengatasi kebolehan. Publisiti mengatasi realiti.

Itu yang berlaku kepada Mukhriz Mahathir.

Kehilangan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah membuatkan Mukhriz Mahathir seperti seorang yang tidak tentu arah, sama seperti dia tidak tentu arah sebagai Menteri Besar Kedah yang gagal menghayati tugas serta tanggungjawabnya di negeri yang diamanahkan kepadanya sehingga dia kehilangan jawatan tersebut.

Kini Mukhriz Mahathir bersama-sama dalam barisan kepimpinan PAKATAN PAKATUN yang diketuai oleh bapanya sendiri untuk menentang Najib Abdul Razak. Pakatan PAKATUN menerusi mulut Dr. Mahathir, telah mengisytiharkan untuk mengangkat sesiapa sahaja walaupun Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri Malaysia, asalkan mereka dapat menjatuhkan Najib Abdul Razak.

Walaupun ADUN Ayer Itam itu sebelum ini masih lagi mendapat simpati daripada sebahagian orang UMNO ekoran kehilangan jawatan Menteri Besar Kedah, namun penglibatan aktifnya bersama-sama barisan pembangkang, akhirnya telah membuka mata untuk menyedari siapa dia sebenarnya.

Sebagai orang yang tidak berpendirian, walaupun naik dan kaya-raya kerana UMNO menerusi bapanya atau pun keberadaannya di dalam UMNO sendiri, Mukhriz Mahathir sebenarnya sedang menggali liang lahad dan menyediakan paku terakhir untuk keranda politiknya sendiri.

Cuma barangkali kalau Mukhriz Mahathir mempunyai kedudukan istimewa di dalam mana-mana parti yang membentuk PAKATAN PAKATUN, selamatlah dia. Tetapi berbeza dengan UMNO, mana lagi parti yang akan memberikan kedudukan istimewa kepadanya hanya kerana dia anak Dr. Mahathir?

Dengan berbaiknya Dr. Mahathir dan Lim Kit Siang, adakah Mukhriz Mahathir mempunyai tempat dalam DAP dan Lim Guan Eng pula sedia berkongsi tempat dengan Mukhriz Mahathir?


5 comments:

  1. Yg tuo2 tu antu rayo.. Yg botak2 tu toyol. Menghasut manusia kearah kehancuran, sanggup bersubahat dgn kafir utk hancurkan bangsa seagama...

    ReplyDelete
  2. klu tun ikhlas lawan saja najib dlm pru14 nanti. baru blh nilai siapa rkyat terima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Knp tk suruh najib lwn kt marang je bhai...kita tngk siapa yg kena...kah kah kah sbb insan yg sehebat najib ni lawan kt mana pun menang...

      Delete
  3. madey marah bukan pasai.1mdb..
    cuma pmbngkgng jer marah pasal 1mdb..
    madey marah pasal..lain.. ko mana tahu.. ko tu pmbngkang..

    kalu ko nk pilih presiden pi la negara usa.. depa mana sistem raja.. kita merdeka bukan dr usa.. dr british... kita,terikat dgn british.. jk xsetuju dgn depa..depa pun xsetuju dgn kita.. lps malayan union persekutusn tanah melayu baru semua agree..


    malaya byk kapir cina.. ikut sistem british muslim selamat...
    andai kita mdeka dr US. dah lama cina jd perdana menteri..hang tu otai dap..mmg nk.LKS jd PM la...

    tgk obama tu kapir bg warga us..tp jd PM..

    ReplyDelete