Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mengkaji cadangan untuk mengambil pengawal keselamatan dari Sri Lanka dan keputusan mengenainya masih belum dibuat.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata kajian terhadap cadangan itu perlu mengambil kira kepada faktor permintaan dalam negara, keperluan guna tenaga sebenar dan implikasi kepada keselamatan serta ketenteramaan awam.
"KDN menerima beberapa cadangan daripada pihak industri perkhidmatan kawalan keselamatan untuk mengkaji semula dasar sedia ada yang hanya membenarkan warganegara Nepal untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia memandangkan mereka yang berpengalaman atau bekas tentera di negara itu semakin berkurangan," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengenai tindakan untuk tidak hanya membenarkan rakyat Nepal sebagai sumber utama pengawal keselamatan tetapi membukanya kepada warga Sri Lanka.
Menurut Alwi, KDN sentiasa mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan semua kementerian dan agensi keselamatan serta pihak industri perkidmatan kawalan keselamatan sebelum membuat sebarang dasar dan keputusan untuk membenarkan mana-mana warganegara asing lain bekerja sebagai pengawal keselamatan di negara ini.
"Pada masa ini, KDN hanya membenarkan pengawal keselamatan warganegara Nepal untuk bekerja bagi tempoh tiga tahun sahaja," katanya.
Namun, Alwi berkata, mereka boleh memohon pelanjutan tempoh bagi tahun keempat dan kelima sekiranya masih mendapat permohonan daripada syarikat kawalan keselamatan tertakluk kepada dasar perkhidmatan pekerja asing di negara ini.
Sebelum ini, Nur Jazlan berkata rakyat Nepal bekerja sebagai pengawal keselamatan di pasaran tempatan adalah mencukupi.
Katanya, kerajaan cuma perlu memastikan tiada lagi Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) yang memenuhi operasi kawalan keselamatan sebelum membuka pasaran baharu. (MSTAR)
Bnyk betul agenda2 bodoh yg dicadangkan oleh si rakus di dalam kerajaan. Semuanya nak sakau duit, maka caranya sentiasa dicari. Akhirnya pencen askar sri lanka juga dpt peluang.
ReplyDeletedah tk ada lagi org cerdik nk dilantik..jika tunjuk cerdik..awal2 kena cantas...maka yg bangang sj la dilantik isi jawatan.
ReplyDeletelepas nepal sri lanka pula..tak termasuk bangla,indon,pakistan dan warga india yg dah sedia bekerja sebagai pengawal walaupun undang2 melarangnya.