Menurutnya Rafizi Ramli telah melakukan putar belit politik dengan cuba mengaitkan LTAT dengan 1MDB. Hishamuddin turut mengarahkan agar para peguam LTAT untuk mengambil tindakan saman fitnah ke atas Rafizi kerana tuduhan tidak berasas dan fitnah jahat.
"Tolong jangan beritahu saya, LTAT terpaksa memberikan jawapan kepada Rafizi. Setiap kali jawapan diberikan, tiang gol berubah lagi supaya isunya tidak akan berakhir, " katanya dalam satu sidang media di Kementerian Pertahanan hari ini.
Rafizi awal hari ini mengancam untuk mendedahkan dokumen rahsia kerajaan sekiranya LTAT tidak mendedahkan pembayaran gratuitinya. Dia juga menuntut pendedahan sepenuhnya senarai bayaran 1MDB kepada anak-anak syarikat LTAT, Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM) dari tahun 2013 sehingga 2016.
Isnin lepas Rafizi mendakwa urusniaga antara PPHM dengan 1MDB merupakan punca utama kelewatan pembayaran gratuiti kepada bekas anggota tentera tidak berpencen. Sebelum itu, Rafizi juga mendakwa terdapat percangahan kepentingan apabila Pengerusi 1MDB , Lodin Wok Kamaruddin yang juga merupakan Pengarah Eksekutif LTAT.
Dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Rafizi Ramli menuduh Lodin telah mengheret LTAT ke dalam masalah 1MDB dan telah menyebabkan bekas-bekas anggota tentera tidak memperolehi pencen mereka. Rafizi turut mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk dokumen rahsia kerajaan tentang hal tersebut.
Justeru, Hishamuddin mencabar Rafizi untuk membawa perkara itu ke mahkamah seandainya benar dia mempunyai bukti wujudnya conflict of interest berkenaan kedudukan Lodin dalam kedua-dua entiti.
"Bawa ke mahkamah dan biarkanlah mahkamah buat keputusan. Apa yang salahnya kalau dia pegang dua kedudukan? Haram ke?" tanya Naib Presiden UMNO itu lagi.
Rafizi ni mmg kaki fitnah... Mcm hanjing kurap mnyalak2 bukit.
ReplyDeletejgn layan mp pondan tu..eh, mp pandan, mcm gila publisiti pulak dia ni..
ReplyDeletesaman je klu betul itu fitnah...biar fizi sedar diri sikit.
ReplyDelete