Pages

Saturday, March 5, 2016

KALAU SUDAH MUNAFIK... A.KADIR JASIN LANGSUNG TAK CAKAP TENTANG MAHATHIR TUTUP AKHBAR, HARAMKAN BUKU DAN MAJALAH YANG MENENTANGNYA DALAM FORUM BELA MALAYSIAN INSIDER DAP SEMALAM!!!



Penyangak kewartawanan A.Kadir Jasin barangkali beranggapan dia sahaja yang lebih tahu, dia sahaja yang lebih pandai dan dia sahaja yang lebih bermaklumat kerana kebanyakan orang mengambil maklumat daripadanya. Dia masih lagi beranggapan khalayak awam boleh terus dipengaruhi dengan pembohongan dan cuba-cuba melupakan sejarah masa lalu.

Semalam, satu forum yang dianjurkan oleh DAP telah diadakan di Dewan Perhimpunan Perniagaan Cina KL-Selangor bertajuk 'Media Shacked, Democracy Dead?'.

A.Kadir Jasin hadir. Antara yang hadir lain adalah pemilik Malaysiakini Premesh Chandran, Lim Kit Siang, Nurul Izzah dan Mujahid. Clare Brown pun ada juga tetapi menerusi layar besar SKYPE.

Yang diperkatakan adalah tentang sekatan Internet ke atas Sarawak Report, blog-blog seperti Outsyed The Box, Malaysian Chronicles dan Malaysian Insider. Sekaligus memberikan gambaran tentang betapa teruknya kebebasan bermaklumat di negara ini kerana semua yang menentang kerajaan, akan disekat walaupun hakikatnya, maklumat datang dari segenap penjuru.

Kecuali mereka yang tidak tahu mencari maklumat sahaja yang akan mengatakan, kebebasan maklumat di negara ini telah disekat!

Sesuatu yang menarik tentang forum malam tadi adalah tentang kehadiran A.Kadir Jasin. Orang yang berpuluh-puluh tahun meratib, menzikirkan, mentahlilkan DAP dan sesiapa sahaja yang menentang Mahathir dan kerajaannya. A.Kadir Jasin yang mempunyai kepentingan dari kuasa UMNO untuk menjadi kaya-raya menerusi kaitan sebagai budak Mahathir.

Sepanjang forum tersebut, tiada pula sepatah haram A.Kadir Jasin menyebut tentang perbuatan dan ketakutan Mahathir kepada tulisan-tulisan, media, akhbar, majalah mahupun buku-buku yang telah diharamkan sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun?

Mengapa Kadir Jasin langsung tidak menyebut tentang empat buah akhbar utama yang telah ditutup dan dengan beberapa orang wartawan serta editor yang dihumban ke dalam penjara di bawah ISA ketika pentadbiran Mahathir berbanding pentadbiran Najib yang sekadar mengenakan denda, dan sekatan berkarya?

Agak aneh, mengapa A.Kadir Jasin tidak menceritakan kepada kita siapa yang telah membiayainya untuk mengambilalih 20% syarikat multi-bilion ringgit RealMild Bhd (yang memiliki MRCB dan NSTP/TV3) dan apa yang telah dilakukannya dengan wang tersebut apabila dia menjual kesemua saham-sahamnya?

Bukankah selama ini pengharaman dan sekatan media yang dibuat oleh Mahathir telah menyelamatkan A.Kadir Jasin daripada terpaksa menerangkan tentang anugerah-anugerah istimewa yang diperolehinya?

Dan sekarang dia bercakap tentang kebebasan maklumat hanya kerana puak-puaknya tidak dibenarkan terus melakukan fitnah dan hasutan bagi menghuru-harakan negara ini? Kebebasan bagaimana yang dia dan konco-konco barunya dari DAP mahukan?



No comments:

Post a Comment