Baca: ‘Deklarasi Rakyat’ Bukan ‘Suara’ 30 Juta Rakyat Malaysia – Dr Salleh Said Keruak
Pemimpinnya, Suhaizan Kaiat berkata, tidak menjadi kesalahan untuk Mahathir menyertai pembangkang kerana perkara sama pernah dilakukan bekas pemimpin kerajaan.
“Kalau Mahathir bersama Pakatan Harapan jadi pertikaian, apakah bezanya Tengku Razaleigh Hamzah (1990) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (1999) yang pernah menjadi menteri kerajaan Barisan Nasional (BN) kemudian bersama barisan pembangkang?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mahathir selepas gagal menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu kini menjalin kerjasama dengan parti pembangkang untuk merealisasikan cita-citanya.
Beliau kelihatan cukup terdesak untuk menjatuhkan Najib atas kepentingan peribadinya hingga menyatakan tidak mengapa jika Malaysia diperintah DAP pada satu sidang media baru-baru ini.
Sidang media yang diadakan bersama parti pembangkang itu turut disertai anggota kumpulan penentang dalaman UMNO yang lain termasuk anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dr Salleh Said Keruak Berotak Keruak!!!
ReplyDelete30 juta rakyat Malaysia bukan semua pon yang sokong BN.
PRU13 BN tak dapat 2/3 Majoriti.
PRU14 nanti BN jadi pembangkang kerana PM USD1 Billion kau!!!
Kita tunggu nanti "SIAPA YANG KENA"!!!
Semuga ko mendapat perdana menteri idaman ko di suatu hari nanti. Buat masa ni sabar la dulu. Buat la kje ko n biar mohd najib buat kje dia. Jgn sakit2 hati.
ReplyDelete