Pages

Friday, March 4, 2016

MAMPUKAH PAKATUN MENGGANTIKAN PAKATAN RAKYAT DAN PAKATAN HARAPAN?



Secara rasmi, bermula hari ini, pengisytiharan perang antara dua kumpulan besar UMNO (dan bekas UMNO) dengan salah satu kumpulan yang diketuai oleh penaung/pelindung taukeh-taukeh konglomerat yang menaja deklarasi anti-Najib hari ini, manakala satu kumpulan lagi adalah UMNO yang sedang menjadi kerajaan yang enggan menjadi proksi Mahathir untuk taukeh-taukeh konglomeratnya yang telah meratah dan menghirup setiap titisan peluh dan rakyat Malaysia selama hampir 3 dekad selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Pakatan Rakyat dicipta oleh Anwar Ibrahim dalam usahanya menjadi Perdana Menteri dan merampas kuasa Putrajaya pada PRU-12. Pakatan Rakyat bermula apabila berlakunya krisis kepimpinan Perak apabila tiada mana-mana pihak yang berhak menjadi Kerajaan Negeri selepas Barisan Nasional kehilangan majoriti. Anwar Ibrahim melihat peluang tersebut dan kemudian menggabungkan PKR-DAP-PAS selain drama 16 September untuk kumpulannya menguasai Perak. Kompromi PAS-DAP menerusi penasihat Parti Amanah Negara sekarang ini, membolehkan Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak paling gila yang telah menukar status tanah di Perak dengan sewenang-wenangnya mengikut kehendak DAP.

11 bulan kemudian, Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, hancur apabila tiga orang ADUN mereka melompat keluar dari parti.

Pakatan Harapan pula dicipta oleh Lim Guan Eng membabitkan DAP-PKR-PAN apabila PAS dan kepimpinan utama PAS tidak berminat lagi untuk akur dengan kehendak DAP yang cuba bertindak sebagai taukeh besar yang menguasai segala-galanya ke atas PAS. Apatah lagi, DAP tidak bersembunyi-sembunyi untuk menaja kumpulan-kumpulan tertentu di dalam PAS untuk merampas parti tersebut bagi dijadikan macai DAP bagi menguasai undi-undi orang Melayu-Islam. Keengganan Majlis Syura dan penentangan Majlis Ulama PAS, akhirnya menolak PAS dari Pakatan Raekyat dan Pakatan Harapan.

Namun Pakatan Harapan tidak terlalu hebat dan mendapat sambutan ramai. Mat Sabu yang mengetuai Parti Amanah Negara, tidak mampu mengulangi kecemerlangan dan kegemilangannya di dalam PAS. PAN kurang mendapat sambutan. Malah, DAP sendiri tidak lagi menaruh keyakinan besar kepada Parti Amanah Negara biarpun hampir keseluruhan kepimpinan parti tersebut terdiri daripada muka-muka glamour yang mendapat publisiti sewaktu mereka di dalam PAS.

Kemarahan Mahathir kepada Najib kerana merampas kekayaan mudah kroni-kroni konglomeratnya telah dilihat sebagai peluang terbesar untuk mewujudkan satu lagi Pakatan yang dirasakan lebih kuat dan lebih berpengaruh.

Lebih kuat dan lebih berpengaruh kerana di dalam Pakatan baru ini, terdapat para pemimpin UMNO yang masih lagi aktif, kaya-raya kerana UMNO, hidup senang-lenang kerana menjadi pemimpin UMNO, dibela walaupun tindak-tanduk mereka amat mencurigakan kerana mereka pemimpin UMNO, malah anak-beranak, kaum keluarga hidup dengan projek-projek dari UMNO.

Antara mereka adalah Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir yang sekarang ini mencabar UMNO untuk bertindak ke atas mereka.

Namun begitu, setakat ini, pengaruh daripada para pemimpin UMNO yang berada dalam KUMPULAN PAKATAN PAKATUN yang telah melancarkan deklarasi anti-Najib itu masih diragui. Kecuali Mukhriz Mahathir yang kononnya sansgat berpengaruh di kalangan anak-anak muda, keupayaan anak lelaki Mahathir yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah tetapi lebih banyak berada di luar Kedah itu, amat diragui.

Ini adalah kerana cubaannya untuk mewujudkan gelombang di Kedah, bukan sahaja gagal, malah ditertawakan!

Justeru, berapa lamakah hayat PAKATAN PAKATUN berbanding Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan?


4 comments:

  1. Suma kaya raya hasil dari naungan UMNO... masih x sedar diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya...kita sbgi rakyat kena redha je lah dgn apa yg perdana menteri and the gang buat lh ya..sbb diaorg ni pemimpin umno..umno tk pernah dn tkkn buat silap ya sbb yg jd pemimpin umno ni bkn manusia biasa ttp keturunan wali2 ya...dan yg jd ahli umno lak keturunan apa bhai,hantu raya kot sbb org kata hantu raya ni setia gilerrr ngan tuannya...hmmm

      Delete
  2. pemimpin yang kena pimpin..rakyat bagi subsidi GST 6% pada kerajaan siang malam sampai mati...
    orang playsafe ternyata tidak layak memimpin negara..

    ReplyDelete
  3. sedar pru14 pakatun akan kecundang di cari cara haram yg tidak demokratik konon deklarasi rakyat..elok di sebut deklarasi puak2 rejim pembangkang yang bodoh..

    ReplyDelete