Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang petunjuk mahupun sebarang berita tentang keberanian Lim Guan Eng untuk berada di Parlimen menjawab dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang meminta tiga pihak berkuasa termasuk SPRM laporan siasatan membabitkan pemilikan hartanah pada harga diskaun yang luar biasa rendahnya.
Semalam Lim Guan Eng mengamuk dan kemudian mendabik dada yang dia jauh lebih berani kerana mahu bersemuka dengan orang yang membuat tuduhan ke atasnya tetapi orang yang menuduh pula sampai ke sudah tak nampak batang hidung.
Cerita dan kisah sebenar yang dia memperolehi hartanah tersebut pada kadar harga rendah tidak munasabah selain kaitan antara pemilik asal banglo tersebut dengan syarikat pemaju yang kemudian berjaya membeli tapak perumahan rakyat termiskin PPRT untuk pembangunan klinik pakar pergigian serta hotel mewah, cuba dihilangkan dengan penafian kosong Lim Guan Eng kononnya Phang Li Koon tidak ada sebarang kaitan dan kepentingan dengan tanah Taman Manggis sedangkan bukti-bukti sedia ada jelas menyanggah kata-kata Guan Eng.
Dakwaan dibuat di Parlimen, samalah seperti DAP mengenakan Khir Toyo sebelum dibincangkan di DUN Selangor. Kenapa dalam hal ini, Lim Guan Eng menuntut keistimewaan sedangkan dia seharusnya mencelah, menjawab dan menerangkan di Parlimen sebelum secara sukarela memberikan keterangan dan kerjasama kepada SPRM yang jelas buntu dan lembab dalam isu LGE berbanding Khir Toyo walaupun kesnya hampir sama.
Jadah apa punya kaitan nilai hartanah tu dengan membawa para wartawan melawat luar dalam rumahnya? Jadah apanya mencabar dan kemudiannya marah kerana orang yang dicabar bersemuka tidk melayan kerenahnya?
Apa sebenarnya yang mahu dilakukan oleh Lim Guan Eng dalam sesi face-to-face dengan Shabudin Yahaya boleh diandaikan dengan pelbagai gambaran. Namun perkara pokok yang perlu diambil kira ialah nilai hartanah tersebut dan kaedah atau dorongan yang membolehkan Lim Guan Eng memoerolehi hartanah tersebut pada kadar 60% lebih rendah dari harga pasaran dan projek di bekas tapak perumahan orang miskin PPRT yang telah ditukar status kepada pembangunan mewah.
FACE-TO-FACE atau semua alasan yang diberikan oleh budak-budak RBA untuk membela Lim Guan Eng tidak terpakai langsung. Sebaliknya ia memalukan Lim Guan Eng kerana kegabraannya telah ditokok oleh pembelaan yang tidak munasabah.
Benda paling mudah untuk Lim Guan Eng selesaikan perkara ini untuk tempoh sterdekat iaitu bersemuka di Parlimen, menjawab di sana dan kemudian secara sukarela bekerjasama dan memberi keterangan kepada PDRM dan SPRM.
Ni tak abis-abis dengan cerita "you ulang, I saman!"....
No comments:
Post a Comment