Pages

Monday, March 21, 2016

PATUT GUAN ENG NAK LARI KE CHINA, RUPA-RUPANYA DIA TERKANTOI LAGI... KALI INI KLIDC DAN PHANG LI KOON PULAK!!!



KANTOI! KANTOI! KANTOI!

Maka tidak hairanlah mengapa Lim Guan Eng seperti yang dikatakan oleh Setiausaha Politiknya, Wong Hong Wai, akan berada di Hainan, China pada minggu ini walaupun sesi penggulungan di Parlimen sedang berjalan dan Lim Guan Eng pula tidak mengambil kesempatan untuk menjawab tuduhan yang dia terasa daripada Shabudin Yahaya. (RUJUK SINI)

Lim Guan Eng dalam sidang medianya sebelum ini, menafikan Phang Li Koon terlibat atau mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat pemaju yang telah merampas tanah PPRT untuk dijadikan klinik pakar pergigian dan hotel mewah. 

Tender untuk tanah Taman Manggis telah dikeluarkan pada Februari 2010 dan telah dimenangi oleh Kuala Lumpur International Dental Center Sdn. Bhd (KLIDC) untuk pembangunan dan pengurusan sebuah pusat perubatan. 


Selepas tender tersebut dimenangi oleh KLIDC, syarat-syarat kegunaan tanah tersebut yang dinyatakan dalam tender, beransur-ansur berubah menerusi surat kepada KLIDC pada tahun 2011. 



Daripada penggunaan tanah 100% untuk kegunaan pusat perubatan swasta, ia bertukar menjadi 30% pusat perubatan swasta dan 70% pula adalah hotel dan apartment servis.

Ini bermakna, memang dari asal pun, projek PPRT dianggap menyemak mata dan mengganggu keuntungan yang akan diperolehi. Justeru, dengan penuh helah, termasuklah menolak tawaran lebih lumayan dari parti BN yang menawarkan RM22 juta untuk tanah yang telah dijual RM11 juta kepada KLIDC yang mempunyai pula kaitan dengan Phang Li Koon. 

Sebagai Ketua Menteri dan Ahli Exco Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan, selain Pengerusi Majlis Perancangan Negeri (SPC), sudah tentu Lim Guan Eng tahu tentang perubahan ini yang memerlukan pula kelulusan daripadanya!

Surat ini telah disahkan sebagai notis Kelulusan Perancangan 2014:


Bidang tanah ini sebenarnya diperuntukkan untuk pembinaan 272 unit rumah kos rendah untuk rakyat termiskin tetapi projek tersebut dibatalkan oleh Lim Guan Eng atas alasan Kerajaan Negeri Pulau Pinang saiz tanah tersebut tidak mencukupi. 

Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkata, tanah berkenaan tidak mencukupi untuk pembinaan 272 unit rumah kos rendah tetapi cukup lebar untuk pembinaan hotel dan suites servis 24 tingkat - siap dengan apa yang sangat dikehendaki oleh Lim Guan Eng iaitu KOLAM MANDI. 

Pemilik KLIDC adalah Datuk Tang Yong Chew dan Tang Yong Chew adalah boss kepada Phang Li Koon - wanita yang telah menjual hartanah bernombor 25, Jalan Pinhorn dengan harga di bawah paras nilai pasaran sebenar RM2.8 juta pada tahun lepas.

Banyak yang perlu dijelaskan dan tidak hairanlah kenapa tiba-tiba sahaja Lim Guan Eng ada lawatan rasmi di Hainan. 


2 comments:

  1. LGE dan Kolam Mandi seperti isi dan kuku
    mungkin LGE ada pengalaman yang sweet sweet bila ada kolam mandi ni ,,,
    apa apa pun ingat kolam mandi ...ingat LGE

    ReplyDelete
  2. ini hanya satu kes, mungkin ada banyak lagi rasuah , bersangkutan dengan lim guan eng, yang kononnya bersih

    ReplyDelete