Pages

Monday, March 28, 2016

PENYAKIT NYANYUK MAHATHIR SEMAKIN TERUK... HANYA SI BODOH SAHAJA YANG PERCAYA, TIDAK ADA DEMONSTRASI BESAR DESAK DIA LETAK JAWATAN MASA DIA JADI PM DULU!!!




Budak-budak yang lahir penghujung 80-an atau awal 90-an yang sekarang ini teruja dengan perjuangan Mahathir untuk menjatuhkan Najib, mungkin akan mudah percaya dengan temberang orang tua itu. 

Mahathir kata, sepanjang dia menjadi Perdana Menteri, tidak pernah ada demonstrasi besar yang mendesak dia meletak jawatan.

Rasa simpati membuak-buak untuk bekas Perdana Menteri Malaysia ini. Terlalu ramai yang memberikan puji-puja membuatkan Mahathir terlupa realiti sebenar. Membuatkan Mahathir terlupa bahawa kalau tidak kerana PERJANJIAN GELAP DENGAN SUQUI dan DONG ZHONG pada tahun 1999, Mahathir besar kemungkinan hilang kerajaan di Putrajaya apabila UMNO kehilangan banyak kerusi Parlimen yang ditandingi kepada PAS dan PKR.



Mahathir mengaku dia menjadi diktator selama 22 tahun tetapi katanya, tiada sesiapa yang menganjurkan demonstrasi mendesak dia meletakkan jawatan berbanding pada zaman Najib Abdul Razak.

Satu pembohongan yang nyata kerana budaya demonstrasi jalanan yang sedang menular sekarang, adalah bermula dari zaman pentadbirannya. Jumlah demonstrasi jalanan mendesak Mahathir meletak jawatan, jauh lebih banyak, jauh lebih besar saiz dan pembabitan orang ramai berbanding zaman Najib.

Makin teruk dah nyanyuk orang tua nih!

Semuanya salah orang yang ada di sekeliling Mahathir, yang menggalakkan Mahathir untuk terus nyanyuk dan lupa, yang menipu dan mengatakan kepada Mahathir, rakyat akan menyokongnya walau apa pun yang dilakukannya.



8 comments:

  1. Mamak ni juga lupa para peserta demontrasi yang mahukan dia turun dari kerusi PM dipaksa sembur dengan air pemedih mata dari trak FRU di tengah-tengah jalan KL tu, suatu permandangan yang memang tak pernah terjadi di zaman Najib ni. Satu-satunya zaman ketika mahafiraun dan mahazalim memegang tampuk pemerintahan dalam negara. Sudah lupa atau memang telah nyanyuk orang tua ni???

    ReplyDelete
  2. Hehe..yeke..
    Kau lahir tahun brp bro?
    Main sedap je cakap..

    1999 aku support dan undi bn dan umno..memang tahun 1998 hingga 2000 kuat dgn reformasi..

    Setahu aku..budak muda yg mentah bnyk terpengaruh dgn anwar..kau boleh tanya diri sendiri kalau kau rasa sesiapa yg lahir 80an dan 90an sokong TDM..diri sendiri tak akan menipu..

    Krisis 99 dap tak kuat..cina tak nak dap..2004 pun..cina tak nak dap..tapi 2008 dan 2013 cina beralih arah..melayu tidak..

    Kau boleh kata apa saja nak sedapkan hati kau yg gundah gulana..

    Kalau TDM nak sign perjanjian gelap sekalipun..sekurang2 cina x suruh pun mahathir resign..yg banyak suruh mahathir resign masa tu balaci anwar..hahahaha..lagi mahu pusing cerita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro cina beralih srah pn d sebbkn tun jg bro , zmn najib cina mrh sbb dia orng dh tk blh nk tipu tax lg . Dlu cukai perniagaan semua dia orng belit sekarang dh pyh skt

      Delete
  3. admin kumpul la dedak byk2..buat simpanan untuk depan sikit..jangka hayat dah tinggal sia2 je lagi selagi pahlawan tu tak nak letak jawatan..aku lebih sygkan parti daripada pemimpin parti.

    ReplyDelete
  4. Tun M sudah lupa almaklumlah Melayu mudah lupa..Dia sudah lupa geng Anwar brarak dari mesjib negara menuju ke seri perdana untuk membakar rumaH Tun M.

    Siapa pun tidak dizalimi Najib, berbanding Tun m berapa ramai dipenjara, diugut dengan cara halus.wang royalti petronas untuk Kelantan ditukar jadi ihsan dan disalurkan meleui wakil persekutuan di Kelantan dan tidak terus kepada Kerajaan Kelantan. Rakyat KELANTAN MENDERITA..OH tUN m KAU SUNGGUH ZALIM.

    ReplyDelete
  5. Kikiki...
    Weii anon 3:11PM...

    Klu kata ko ni bebal & baghal memg patut pn agaknya...ko merapu pegi citer hal dap cina bagai ni pasai ape...artikel TFK ni nk bgtau psl kenyanyokkan TDM yg kata zaman dia xde demo besar suruh letak jwtan...TDM dh lupa & memg mudah lupa...TFK siap letak video lg sbg bukti...era najib ni rasanya xde lg yg seteruk zaman mamak mudah lupa tu...

    Tu la jdnya bila budak berhingus nk komen..lol..hehehe

    ReplyDelete
  6. Makan dedak sebab itu pun cari makan nya.. bior le dia.. kesian dgn si penulis.

    ReplyDelete