Pertuduhan pertama denda RM1,000
Pertuduhan kedua denda RM 1,500
Pertuduhan ketiga denda RM 1,800
Semua denda dibayar hari ini jika tidak akan dihantar ke penjara sungai buloh.
Itulah keputusan mahkamah hari ini yang mana Aku diperintahkan membayar denda kepada Kerajaan Malaysia RM4,300 bagi ketiga ketiga pertuduhan menampar, menumbuk dan terajang pekerja asing warga Pakistan sepertimana didalam video yang tersebar 4 Febuari tempoh hari.
Aku mengaku salah bagi ketiga tiga pertuduhan yang dibuat kerana Aku tidak mahu lari dari kesalahan yang Aku lakukan.
3 hari 2 malam Aku direman di lokap Jinjang yang mana pada mulanya Aku dituduh dibawah seksyen 506 & 323 KK. Sebenarnya 506 kk tidak wujud tetapi sengaja diadakan agar membolehkan Aku direman. Itu kuasa pihak Polis dan Aku tak boleh nak pertikaikan.
Apa pun dengan keputusan ini Aku bangga sebab Aku telah menanggung satu hukuman yang Aku buat demi membela maruah adik perempuan Aku yang juga darah daging Aku. Sebagai Abang Aku bangga dan sebagai seorang lelaki juga Aku bangga 💪🏼.
Dan sekarang Aku harap pihak Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah D5 (Jenayah Terkelas) dari Bukit Aman dapat menyiasat gangguan seksual yang dibuat oleh pekerja asing warga Pakistan itu yang mana pekerja asing itu sekarang telah ditahan di lokap Jinjang kerana kesalahan tidak memiliki permit kerja dan pasport tamat tempoh.
Aku juga harap pihak JSJ D5 Bukit Aman dapat mendakwa majikan pekerja asing warga Paksitan itu kerana adalah satu kesalahan :
Majikan yang menggaji pekerja secara tidak sah boleh ditangkap mengikut Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM50,000 bagi setiap orang pekerja haram.
Majikan berkenaan juga boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada enam bulan tetapi tidak melebihi lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak melebihi enam sebatan.
Semoga apa yang berlaku kepada Aku dijadikan pengajaran kepada semua pihak. Dan yang pastinya Aku tak pernah sesekali menyesal dengan tindakan Aku memberikan pengajaran kepada pekerja asing yang membuat gangguan seksual kepada adik perempuan Aku.
Abang mana yang tak bangga pertahankan maruah keluarga? 😉
Terima kasih wartawan yang hadir tadi dan juga pihak Polis yang menyokong tindakan Aku lakukan pada pekerja asing tu - DARI FB SIR AZRI
------- *** -------
BIASANYA saya mempunyai terlalu sedikit perkara positif untuk diperkatakan tentang PAPAGOMO tetapi kali ini, saya perlu akui bahawa saya sangat menghormatinya kerana dia mengambil tanggungjawab atas perbuatannya menyerang pekerja asing dan mengaku salah.
Dia telah didapati bersalah untuk ketiga-tiga tuduhan dan dihukum seperti berikut:
1) mengaku bersalah menampar pipi warga Pakistan.
Bagi kesalahan itu, Papagomo didenda RM1,000 atau penjara dua bulan.
2) mengaku salah dan didenda RM1,500 atau tiga bulan penjara kerana menumbuk pipi sebelah kanan pekerja asing itu.
3) Papagomo didenda RM1,800 atau penjara lima bulan kerana menendang kemaluan mangsa. (Jelas, menendang kemaluan jauh lebih mahal harganya)
Jumlah keseluruhan dendanya adalah RM4,300 kerana cuba MEMPERTAHANKAN MARUAH WANITA yang didakwa cuba dicabul atau diganggu oleh warga asing.
Ia adalah alasan yang mulia dan wajib, tetapi masih lagi salah dan haram di mata undang-undang negara!
Satu pukulan keras pada tempat yang salah dan orang yang diserang meninggal dunia, kita bakal berhadapan dengan dakwaan yang berasingan.
Jadi, jangan ambil tindakan undang-undang sendiri. Hanya tahan si suspek dan kemudian serahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Tetapi BAGUSNYA, Papagomo memperakui kesalahannya dan menerima hukumannya.
P/S: Sekiranya anda bangga dengan tindakannya tetapi masih berasakan ia adalah tindakan yang salah, pertimbangkan untuk derma RM10 kepadanya sebagai tanda anda berkongsi membayar dendanya. Ia jauh lebih baik berbanding menderma RM10 kepada sekumpulan BILLIONAIRE yang sedang merancang untuk 'SELAMATKAN MALAYSIA' - DARI FB LIM SIAN SEE.
saya tahu perasaan papagomo dan saya faham situasi kes, sebagai lelaki dan punya adaik perempuan , saya bersedia untuk melakukan 100 kali sebagaimana papagomo lakukan! kalau papagomo setakat tampar ..saya pula akan potong lidah pekerja asing yang cuba menganggu adik saya!
ReplyDeletesaya sokong papagomo 100% , saya setuju dengan tindakan papagomo, inilah contoh lelaki bermaruah, melayu bertanggungjawab , dia sanggup jadi lilin demi menerangi orang lain , dia sanggup terbakar demi adiknya, dia sanggup korban apa pun demi maruah ahli keluarganya,
perkataan apa lagi yg mampu kita berikan pada seorang abang sebagai penghargaan atas tindakan nya pertahan maruah adiknya?
Kpd papagomo sila berikn no akaun krn kami menyokong perjuangan anda...anda lebih mulia drp pemimpin sotong melayu yg byk menempelkan muka hari ini
ReplyDelete