Pages

Wednesday, March 9, 2016

TAMAKKAN TANAH DI SARAWAK MENDORONG DAP BERCITA-CITA BESAR BERTANDING 35-40 KERUSI DUN!!!



DAP walaupun tidak diasaskan oleh taukeh-taukeh besar, sebaliknya mereka yang kononnya berkiblatkan sosialis, hakikatnya mereka jauh lebih kapitalis berbanding MCA yang ditubuhkan oleh persatuan saudagar-saudagar bank, lombong dan estet Cina.

Itu pasallah DAP begitu  menggila mahu menawan Pulau Pinang, tetapi tidak pernah berminat hendak menawan Perlis. Itulah sebab mengapa sekarang ini DAP begitu bermnat dan menfokuskan untuk menawan Johor berbanding menawan Terengganu.

Sebabnya nilai tanah di negeri-negeri yang ingin dan sudah ditawan oleh DAP amat tinggi hasil dasar dan polisi Kerajaan Barisan Nasional sebelum itu. DAP menggunakan kredit tersebut untuk menjual dan menukar status tanah, sepertimana DAP Pulau Pinang menjual tanah kerajaan negeri kepada syarikat dari China, bukan sahaja pada kadar harga yang amat murah tetapi juga pada 'diskaun' tertentu.

Sarawak dan Sabah sudah lama menjadi idaman DAP. Selain kedudukan Sabah dan Sarawak, yang digeramkan sangat oleh DAP adalah tanah-tanah di Sarawak, khususnya NCR dan tanah adat dan anak negeri. Sehinggakan beberapa orang pemimpin DAP turut kantoi kerana menipu sijil Anak Negeri sepertimana yang berlaku kepada Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong.

Semuanya dilakukan demi membolehkan dia mendapat tanah di Sabah!

Di Sarawak, DAP di bawah Chong Chien Jen jauh lebih mengarut. Walaupun terdapat perbezaan status ketara antara Cina dan bukan Cina di Sarawak, namun apabila membabitkan kekayaan negeri, semuanya akan dilanggar.

DAP yang selama ini hanya bertanding di kawasan bandar bermajoritikan Cina, kini mengintai untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat Iban dan Dayak (kaum Bumiputera) untuk memperkukuhkan kedudukan bukan Bumiputera sebagai pemerintah di Sarawak.

Hampir keseluruhan hierarki dan kedudukan jawatan penting DAP Sarawak, dimonopoli dan dikuasai oleh orang Cina beragama Kristian Katholik!

Dengan menggunakan sentimen agama, DAP cuba mempermain-mainkan emosi rakyat Sarawak, khususnya di DUN-DUN yang ingin ditawan oleh DAP. Dengan lakonan terbaik 'IMPIAN SARAWAK' yang mana lakonan mereka hanya untuk tujuan rakaman dan siaran tetapi kerja-kerja penyiapan dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional Sarawak, DAP cuba mendabik dada bahawa mereka adalah sebuah parti berkebajikan.

Adakah masyarakat Iban dan Dayak yang ingin dibodohkan oleh DAP Sarawak di bawah Chong Chien Jen akan akur dengan kehendak orang yang bahasa Inggerisnya berterabur, tidak tahu langsung berbahasa kebangsaan, tetapi lagaknya seperti orang asing yang diberi imuniti untuk tinggal di mana-mana lokasi di Malaysia dan kemudian menjadi wakil rakyat?

Kaum Bumiputera di Sarawak khususnya Dayak dan Iban seharusnya mengajar Chong Chien Jen bahawa chauvinist sepertinya perlu berada di kalangannya sahaja, dan tidak boleh sama sekali bercampur dengan orang lain.

Apatah lagi DAP ADALAH PARTI SEMENANJUNG yang dihantar untuk menjajah Sarawak!


1 comment:

  1. http://www.mynation.news/syed-saddiq-an-asia-disgrace-as-a-debater-syed-saddiq-keaiban-asia-sebagai-pendebat/

    mohon admin untuk link kan pedebatan ini antara saudara Azmi dan syed saddik

    ReplyDelete