Pages

Tuesday, March 8, 2016

USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP MENTERI BESAR TERENGGANU... HADI AWANG BAGI ISYARAT, DIA PRO-NAJIB!!!



Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari kecoh apabila mantan Menteri Besar Terengganu yang ke 13 Dato’ Seri Ahmad Said telah menbawa usul tidak percaya kepada Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Usul yang dibawa pada sebelah pagi tadi dan keputusannya sebentar tadi diumumkan oleh Speaker Dewan Dato’ Mohd Zubir Embong telah di tolok oleh dewan dengan perkara-perkara 33 dan 35 undang-undang sidang dewan.

Pada sebelah petang ini, kelibat Dato’ Seri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan didalam Dewan yang bersambung sebentar tadi.

Ketiadaan Hadi telah mengambarkan bahawa beliau tidak bersetuju dengan cara yang dibuat oleh Adun Kijal tersebut dan beliau tidak menghadirkan diri dalam dewan.
Pembangkang (PAS) mempunyai 14 kerusi dun dan PKR satu kerusi tidak mungkin jika undian dibuat akan berpihak kepada pembangkang kerana Barisan Nasional (BN) mempunyai 17 kerusi dun.

Jika ianya ditolak dengan kerusi dun Kijal maka BN mempunyai 16 kerusi dan 14 kerusi di pihak pembangkang dimana satu kerusi dimiliki Abdul Hadi Awang dari Rendang.

PAS kononnya tidak sabar untuk mentadbir negeri Terengganu dengan menyebarkan kepada ahlinya bahawa PAS akan mengambil alih Terengganu hari ini dengan undi tidak percaya kepada Ahmad Razif.



2 comments:

  1. AHLI POLITIK SEMAKIN GILA DUA TIGA MENJAK NI.KOT YA PUN TUNGGU LER PRU14 NANTI,TIME TU SAPO MENEY BANYOK DUN DIPERSILAKAN TUBOH KERAJAAN TADOK SAPO2 NAK MAROH.

    ReplyDelete
  2. mat said muka mmg muka org bodoh
    bila dia bukak mulut hehe bertingkat
    tingkat la lagi kebodohan dia

    ReplyDelete