Pages

Friday, April 22, 2016

APAKAH TNB AKAN PAPA KEDANA KALAU BAGI REBAT KEPADA PENGGUNA SEPANJANG MUSIM EL-NINO INI?



El Nino yang membawa cuaca panas dan kering, masih lagi berlangsung di negara ini. Di beberapa bahagian, masalah bekalan air mulai menjadi masalah apabila bekalan air mentah semakin berkurangan. 

Namun di serata negara, bil elektrik pula menjadi bahan yang diperkatakan kerana berlaku peningkatan mendadak selama dua bulan kerana penggunaan elektrik yang berlebihan kesan daripada cuaca panas. 

Hawa panas pada zaman di mana pokok-pokok balak ditebang dan kawasan hutan diterangkan bagi tujuan komersial, tidak sama seperti zaman dahulu. Kalau zaman dahulu, cuaca panas atau lebih dikenali sebagai kemarau sekadar menggugurkan daun getah, tetapi cuaca panas zaman sekarang, telah menyebabkan beberapa nyawa melayang kerana kesan sampingan serius. 

Penggunaan tenaga berlebihan pada musim cuaca panas, adalah satu permintaan asasi, sama ada disengajakan atau tidak terutama sekali yang berkaitan dengan alat pendingin hawa dan peti sejuk. Ada yang bergantung kepada alat penghawa dingin sepanjang masa, terutama sekali di rumah-rumah pangsa yang tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik sebaliknya bersifat memerangkap haba sepertimana yang terdapat dalam hampir kesemua rekabentuk rumah pangsa di negara ini.

Namun kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh sebahagian rakyat, menjadi keuntungan dan laba kepada sesetengah pihak. 

Justeru, memandangkan pengeluar tenaga di Malaysia - sama ada di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak - adalah bersifat monopoli, pelbagai pihak mula mendesak agar pihak pengeluar tenaga yang mencatatkan keuntungan berbilion-bilion ringgit setahun agar turut bertanggungjawab terhadap masyarakat pengguna mereka. 

Desakan PEMUDA UMNO dan Netizen agar pihak pengeluar tenaga seperti TNB memberikan rebat kepada rakyat sepanjang musim panas ini, semakin kuat kedengaran. Syarikat-syarikat pembekal tenaga seharusnya mengambil sikap prihatin terhadap masalah pengguna, dan tidak hanya seronok mengira keuntungan besar yang mereka akan nikmati pada penghujung tahun nanti.

Takkanlah syarikat-syarikat tenaga seperti TNB yang memonopoli pasaran tenaga elektrik di negara ini langsung tidak boleh mengorbankan sedikit daripada keuntungan berbilion ringgit mereka setelah mereka menikmati perniagaan tanpa saingan?

Adakah syarikat tenaga seperti TNB akan mengalami kerugian besar sehingga terpaksa menutup operasi hanya kerana memberikan rebat yang tidak seberapa kepada pengguna?



2 comments:

  1. ko suro madey kempen turonkn tarif ipp kalo x lame dh tnb cas murah2 je

    ReplyDelete
  2. JANGE GEGER,TIGO PAT HARI LG POK JIB BUKA MULUT,MISTI TNB PATUHI.HIDUP TOK NAJIB3X

    ReplyDelete