Pages

Tuesday, April 26, 2016

CINA DAN INDIA PERLU KELUAR DARI MALAYSIA KERANA NEGARA INI TIDAK BAGUS UNTUK MEREKA!!!



Membaca tulisannya sekali imbas, dan dengan otak singkat pasti akan membuatkan kita menganggap tulisannya itu adalah satu bentuk rasisme yang amat tegar.

"Orang Cina dan India perlu keluar dari negara ini kerana negara ini sudah tidak bagus untuk mereka tinggal di dalamnya."

Tanpa ayat-ayat seterusnya atau faham bahasa sindiran, tulisan Eddie Putra, seorang aktivis masyarakat dan seorang jurugambar, pasti akan disalahfaham dan dia akan dikatakan sebagai seorang pengamal rasisme.

Dalam salah satu postingnya di Facebook yang mendapat banyak reaksi daripada para pengikut dan pembacanya, Eddie mencadangkan agar orang Cina dan India mula mengumpulkan dana untuk membeli 'mana-mana bahagian di dunia ini' bagi membina negara baru kerana mereka tidak seharusnya dilayan dengan teruk di Malaysia.

"So, wa ingat ar, Cina sama India boleh kasi plan mau cari lain tempat duduk la. Semua orang Cina sama India derma sikit wang, beli mana mana tempat dalam dunia, kasi bina satu negara baru. Ini tempat sudah tarak syok la.
"You guys don't deserve to be treated this bad.
"And kalau lu orang ingat mau kasi chance Melayu pun chip in, share, tolong la invite wa sama. Wa pun mau pindah. Jom sama sama bikin Negara Baru. Kita hidup balik sama sama. Wa ingat ar, bukan wa sorang Melayu mau ikut lu orang. Ramai lagi kot yg mau chow." (RUJUK SINI)
Menurutnya, keharmonian antara kaum di negara ini sudah berlalu seiring dengan zaman. Zaman di mana orang Cina memperkukuhkan ekonomi negara manakala orang Melayu memastikan negara ditadbir dengan sempurna dan orang India, sama ada yang terlibat dengan perniagaan mahupun bekalan tenaga kerja, sudah lama berlalu. 

Mungkin ada benarnya seperti yang dinyatakan oleh Eddie Putra, apatah lagi hubungan antara kaum diburukkan lagi oleh golongan pemburu kuasa yang sedang gila mencari pelbagai alasan agar mereka menang. 

Contoh terbaik adalah di PRN Sarawak sekarang ini. Pada ketika parti-parti politik tempatan Sarawak menggunakan isu-isu pembangunan dan keselesaan penduduk, parti-parti politik dari Semenanjung khususnya DAP mempersoalkan tentang keistimewaan dan kedudukan bangsa Bumiputera. DAP mempersoalkan tentang sesuatu yang telah diterima ramai suatu ketika dahulu dan mahukan satu perubahan besar berlaku di negara ini dengan perubahan tersebut menuntut segala teras yang membentuk negara ini, diruntuhkan dan dihapuskan. 

Dan mereka jugalah yang banyak memperkatakan tentang ketidakadilan kepada orang Cina di negara ini tetapi pada masa yang sama, mereka sendiri enggan mencari tempat lain selain Malaysia untuk tinggal dan berhabitat.

Perubahan-perubahan yang dituntut, hampir keseluruhannya melibatkan hak-hak Melayu-Bumiputera dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Isu yang tidak pernah dipopularkan sebelum ini, kini menjadi satu rutin yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia, sekaligus menjarakkan hubungan antara kaum dan pengamal agama di Malaysia. 


3 comments:

  1. Klu xde dorang tu kita nak bahan sapa? Tggl lapiji dgn sam ketot je.. hihihi

    ReplyDelete
  2. Elok sekali kalau kita juga semak diri kita sendiri sebagai orang Melayu.100% org Melayu beragama Islam.Malangnya bangsa kita tidak melambangkan yg kita ini Islam. Dengan pemimpin politiknya, ketua jabatan,polisnya dll yg banyak terlibat dgn rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa . . .majoritinya Melayu Islam.Ada antara yg buat hal itu mengaku kononnya perbuatan mereka itu demi kebaikan Melayu.Semaklah kenyataan 2perkauaman yg diluahkan oleh polilikus Melayu dilepas PRU 13 dulu.Sepatutnya semuanya mereka tu dah kena ISA!!!Asyik salahkan orang lain saja.Dari merdeka sampai aku nak mati ni, kau org menjaja kat org luar kononnya bangsa di Malaysia ini bersatu padu betul ke!!!. Patuhlah dengan ajaran Islam wahai pemimipin2 Melayu.

    ReplyDelete
  3. Brtul juga kata rdi putra tu..

    ReplyDelete