Koleksi baju raya yang diilhamkan oleh pereka Anuar Faizal dikecam selepas membabitkan rekaan yang dilihat tidak sesuai untuk digayakan semasa Aidifitri.
Koleksi yang dinamakan Eid by Anuar Faizal itu memperaga sesetengah model yang mengenakan koleksi yang hanya berseluar.
Tindakan Anuar memuat naik beberapa keping gambar rekaannya laman sosial Instagram menarik perhatian netizen yang menggesa pereka itu menghormati bulan Syawal.
Seorang netizen, Afiqqkamal menyifatkan ia fesyen yang tidak bijak ekoran rekaannya itu mendedahkan aurat.
“Bodohnye la hai fesyen Baju Melayu macam ni, siap dedah aurat” katanya.
Selain, “Raya 2016 tidak ada baju, tahun 2017-2018 pakai spender dan bikini sahaja, yang penting selitkan warna-warna Aidilfitri,” kata abam_ad96 pula.
Tidak kurang yang menyokong dan menyifatkan rekaan Anuar sebagai di luar kotak pemikiran pereka biasa.
“Creative people thinks outside the box.. good job,” kata ronn_luffy.
Bagaimanapun, sehingga kini Anuar masih tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai rekaanya itu. - FMT
Job creativity kepala hotak!
ReplyDeleteKalau fikir outside the box, pilih nama tema saperti 'orang bodoh santai di pantai'!!
minda & jiwa melayu Islam yg bertaraf Longkang...
ReplyDelete