Pages

Sunday, April 10, 2016

LIM GUAN ENG CARI HELAH UNTUK ELAK DEBAT DENGAN ABDUL RAHMAN DAHLAN WALAUPUN KELIHATAN SANGAT ANGKUH!!!



Perang Twitter antara Abdul Rahman Dahlan dengan Lim Guan Eng semakin menarik. Dan lebih menariknya lagi ialah apabila Lim Guan Eng masih cuba berbohong dan terkantoi kering apabila dia mengakui perbuatan yang tidak dilakukannya.

Lim Guan Eng sendiri telah menetapkan tarikh iaitu sehingga 16 April untuk berdebat dengan Abdul Rahman Dahlan. Bagaimanapun, Abdul Rahman memberitahu yang dia mempunyai urusan kerja sepanjang minggu ini apabila terpaksa menghadiri program yang telah diatur lebih awal.

Ternyata, anak lelaki Lim Kit Siang itu semakin menjadi-jadi lagaknya. Dia mengungkit kononnya, dia mampu memendekkan lawatan rasminya ke China semata-mata untuk berdebat. Namun Abdul Rahman Dahlan segera membalas, Lim Guan Eng bukannya balik awal untuk berdebat kerana tiada sesiapa pun mencabarnya berdebat pada ketika itu sebaliknya kerana isu skandal banglo dan hartanah di Jalan Pinhorn sedang hangat diperkatakan.

Persetujuan RTM dan Media Prima untuk menyiarkan perdebatan secara langsung antara Lim Guan Eng dan Abdul Rahman Dahlan, menambahkan lagi kehangatan pra-debat yang bakal berlangsung.


Pengakuan dan pendedahan yang dibuat oleh Datuk Tang, pemilik KLIDC tentang peranan Phang Li Koon, serta kaitan antara KLIDC dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng menerusi Phang Li Koon, telah disiarkan secara meluas oleh media sosial dan media massa, khususnya akhbar-akhbar berbahasa Cina yang selama ini banyak membantu publisiti kepada Lim Guan Eng dan DAP.

Pendedahan dan pengakuan itu sendiri telah melemaskan Lim Guan Eng kerana ia merupakan percanggahan dengan SD yang dibuat oleh Phang Li Koon dan dibacakan oleh Phee Boon Poh dalam satu sidang media.

Dek kerana itulah, Lim Guan Eng barangkali memberikan arahan agar skandal banglo dan hartanahnya di Jalan Pinhorn tidak dimasukkan sekali dalam debat tersebut, sekalipun ianya merupakan isu penting yang merupakan kunci kepada urusniaga tanah Taman Manggis yang didedahkan lebih awal oleh Abdul Rahman Dahlan.


3 comments:

  1. PADA HEMAT SAYA, JANGAN DILAYAN CABARAN LGE TU. IBARAT ORANG YG SEDANG HANYA, DIA AKAN BERPAUT WALAU DENGAN OBJEK SEBESAR RAMBUT DIBELAH TUJUH.BIARKAN DIA HADAPI SIASATAN SPRM. BARU DIA TAHU TINGGI RENDAHNYA LANGIT. KENA KAT BATANG HIDUP ORANG BERKOKOK DIA, BILA KENA KAT HIDUNG SENDIRI....MELENTING TAK TENTU ARAH, MACAM KERA KENA NAJIS/BELACAN DER...

    ReplyDelete
  2. Cepat SPRM. Apa tunggu lagi. Dakwa cina puaka yang memperkayakan diri sendiri ini semenjak jadi Ketua Menteri Penang. Dianggarkan wang kang taw nya sedah mencecah ratusan juta.

    ReplyDelete
  3. takyah bazir air liur debat2 nak tunjuk sapa hebat, siasat saja dan kalau terbukti salah ambil tindakan habis cerita, kenapa nak debat2 nak gertak la nak tunjuk samseng ke...

    ReplyDelete