Setelah sekian lama mempercayai dongengan kehilangan RM42 bilion, dan RM2.6 bilion telah disodok masuk dari akaun 1MDB ke akaun peribadi Najib Abdul Razak, selain segala hujah adalah berkisar kepada fakta tersebut, hari ini, laporan PAC menunjukkan sebaliknya.
Sebaliknya DANA AWAM di dalam 1MDB langsung tidak hilang. Malah 1MDB sendiri sedang mencatatkan keuntungan walaupun pada masa yang sama, laporan PAC menyatakan keperluan kepada pembaikian serta beberapa saranan untuk melancarkan lagi pengurusan 1MDB.
Jangan terkejut dan jangan hairan apabila golongan yang selama ini mencipta pelbagai cerita Monster tentang 1MDB akan kembali dengan cerita yang lebih PUAKA sifatnya malah akan cuba membuatkan orang lain percaya bahawa keputusan laporan PAC itu adalah hasil daripada 'rasuah dan pembelian' Najib. Dengan kata lain, keseluruhan PAC telah 'dibeli' oleh Najib.
Bagaimana dua auditor antarabangsa, Laporan Ketua Audit Negara dan PAC selepas setahun gagal mengesan sebarang kehilangan atau kecurian atau penyelewengan wang, tidak akan diperkatakan sama sekali. Mereka hanya mahu semua orang percaya bahawa RM42 bilion telah dicuri dan buktinya, adalah 'KATA-KATA MAHATHIR' dan 'TONY PUA'.
Hakikatnya, Laporan PAC hari ini tentang 1MDB membuktikan, TUN MAHATHIR PENIPU BESAR!
Tuduhan dan dakwaannya bahawa RM42 bilion telah hilang dari 1MDB, merupakan satu fitnah jahat yang besar kemungkinan bersandarkan hanya kepada andaian-andaian yang dibuat oleh Sarawak Report yang kemudian dipanjangkan pula oleh Wall Street Journal yang mana maklumat yang dicerna oleh Sarawak Report, datangnya daripada dalang yang mahu menggulingkan Najib dan Kerajaan Malaysia setelah 1MDB banyak mengambil serta merampas kepentingan kroni-kroni tertentu.
Laporan PAC ini belum menoktahkan fitnah dan tohmahan daripada pihak berkenaan. Tidak hairanlah mengapa Tony Pua begitu teruja untuk mendahului Laporan PAC kerana sebagai salah seorang anggota PAC, Tony Pua tahu apa yang terkandung di dalam laporan tersebut. Tony Pua perlu membiaskan laporan tersebut pada persepsi orang ramai. Dia perlu menimbulkan kepercayaan dan keyakinan bahawa laporan tersebut telah 'dibeli'.
Justeru itulah, dia bersungguh-sungguh sehinggalah dia mulai terancam dengan Akta Rahsia Rasmi apabila laporan tersebut diOSAkan selain amaran tentang kehilangan jawatan politik yang disandangnya, barulah Tony Pua senyap sedikit. Pun begitu dia melepaskan baton kepada Rafizi Ramli pula. Hari ini, Rafizi Ramli berada di lokap Jinjang!!!
Penipu besar ke tak kita tunggu PRU nanti..
ReplyDeleteBetul tu. Kita tgk apa perjanjian ex pm dgn limkomunis selepas pru yer. Jgn main2 dgn komunis dari dulu hgga sekarang benci terhadap org melayu dan islam. Jgn perasan.
DeletePenduduk kgbr.
insyaallah kalu Allah beri kesempatan utk hidup lagi smapai pru nanti...jgn sombong sgt, kita x tau bila akan dijemput Allah so byk kan amalan jgn nak sibuk mengata org sana sini tanpa bukti yg nyata
DeleteYa betul tu. Najib memang tak salah sbb tu kita tunggu PRU nanti. Moga pjg umur. Hidup Najib!
DeleteSaman la WSJ. Berani kerana benar.
DeleteMasa ni baru nak fikir komunis la apa la..diberi mandat dan kepercayaan kamu khianati.
DeleteKomunis tidak pernah lenyap dari muka bumi seperti munafiqun sama saja dgn kafir.
DeletePAC result is expected because interfere from politic... the PAC was changed by the suspect !!!
ReplyDeleteThe board for PAC are including DAP members. So you mean Tan and Tony had been bought?
Deletetan seng giaw dan tony pua pulak dah makan dedak....itu la pembangang selalu bangang. sentiasa tak puas. dah masuk kubor baru senyap.
DeleteHaiii tun m... Bnyak dosa fitnah org kau lakukn.. Disaat nyawa diujung usia..
ReplyDeletetiada lain selain memanjatkan syukurvkehadrat Allah.... Alhamdulillah Syukur.....
ReplyDeletehanya di Msia saja 1mdb suci murni..bagaimana pula negara2 lain yg sedang menyiasat. Kenapa tiga mangkuk hayun menyorok..dlm kertas semuanya cantik, tidak hilang..tapi hutang 42billion..duit SRC 42 juta apa citer?
ReplyDeleteKALAU MACAM TU...TAN SENG GIAW DAN TONY PUA DAH MAKAN DEDAK LA YER?
DeleteDr Tan Seng Giaw is a DAP stalwart and was not even a PAC member. Yet, he still believes that executive officers of 1mdb and not Najib are to blame. Care to prove political interference? I don't think the lame Pakatoons and Tun Dun have any evidence at all. Suspect? What a stupid choice of word. Lapiji Lembu is now in fact a suspect.
ReplyDeleteHasil siasatan PAC tidak memenuhi 'kehendak' kaki fitnah. Tak hairanlah andai kaki fitnah akan memutarbelit hasil siasatan ini dengan tempelan2 fitnah2 baru pulak, dengan disokong dan dihebahkan oleh pengikut2 yang terdorong oleh iblis dan syaitan. Sedangkan hakikatnya, pengikut2 ini tidak pernah mengetahui keadaan yang sebenarnya.
ReplyDeleteBahan2 fitnah datang dari hati2 yang busuk dan hina. Mereka tidak pernah rasa bersalah. Kita terpaksa terima hakikat ini: bahawa kaki fitnah tidak akan lenyap dari bumi Allah ini dan mereka hanya mengisi neraka2 jahanam kerana mereka tiada upaya untuk memperbetulkan keadaan sesama manusia apabila nyawa2 mereka berada dihujung kerongkong mereka kelak di ambang kematian.
Saya dah berpesan.
Manusia x bole terima kenyataan.. yg bersalah meliwat di mahkamah pon dok nyalak konspirasi la tahanan politik laa apa nk heran puak2 tu
DeleteJgn salahkan org fitnah tp cara ko tangani fitnah tu. Kejap nafi kejap ngaku. Mula2 nafi dana masuk personal account. Lepas tu kantoi baru ngaku. Mula2 utk benteras IS lepas tu utk pilihanraya last2 jd derma....kata nak saman tak saman2 pun. Org yg nak siasat kena buang. Eh macam2 lg la. Perkara2 mcm ni yg menyebabkan org mula syak dan prasangka.Lepas tu org dah tak caya nak salahkan org pulak.
ReplyDeleteSaya setuju...anak2 dajjal sudah menjalan tugas mereka menghancurkan islam..
ReplyDeleteIngatlah wahai penulis dan org2 yg bersekutu dgn anda, kebatilan akan tetap kalah dan hancur,kebenaran tetap akan menang.hakikat sebenar adalah pm yg anda sokong itu tetap seorang rasuah krn dlm akaun beliau ada duit 2.6 billion masuk dan ini disahkan oleh sprm dan manakala 42juta juga masuk akaun peribadinya,ini diakui sendiri oleh beliau dlm kes saman kpd datok lim leong sik.nak putarbelit kat mana lg penulis. Takutlah pd pembalasan Allah.kelak Allah turunkan bala ke atas kamu baru tau berbaloi ke tak berbaloi kau sokong penjenayah perasuah dan pencuri duit rakyat.
ReplyDeletemulut awak tu..prot pret tak takut hukum allah ke. kalau awak setakat dengar cakap jer..itu fitnah namanya. awak pun tunggu juga hukum allah.
Deleteaku pernah terbaca dari imam shafie dengan anaknya.
ReplyDeleteanak bertanya: pemimpin bagaimana
yang harus diikuti
imam shafie : ikutlah pemimpin
banyak difitnah.
lebih kurang begitulah. andai aku tersalah. tolong betulkan. wallahua'lam.