Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching menjadi ahli politik pembangkang terbaru yang dihalang memasuki negeri itu.
Menurutnya, beliau menaiki pesawat ke Sarawak pada jam 5.10 petang semalam bersama Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong telah tiba di Bintulu pada 7.40 petang.
Namun setelah mendarat, dua orang pegawai imigresen telah menunggu kehadirannya.
“Dua orang pegawai imigresen telah menunggu saya di bangunan imigresen. Mereka menegur saya dan bertanyakan, adakah saya ‘Madam Teo’, kemudian mereka memberitahu yang saya seharusnya tahu mengapa mereka menunggu,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Teo yang juga merupakan Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP juga menyatakan pegawai berkenaan membawanya ke pejabat imigresen. Seterusnya pada jam lapan malam, beliau dihantar pulang menaiki pesawat yang sama ke Kuala Lumpur.
“Pegawai Lee dan Ismail yang terlibat menahan bertindak sopan dan menyatakan mereka bertindak sedemikian kerana hanya menjalankan tugas,” katanya lagi.
Malah, Teo turut memberitahu bahawa beliau langsung tidak mendapat sebarang maklumat mengenai dirinya yang dihalang di Sarawak.
“Sudah tentu saya mendengar ramai Ahli Parlimen yang telah disenarai hitam. Tetapi Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan juga Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin dibenarkan memasuki Sarawak pada minggu lalu.
“Jadi, saya ingatkan saya juga dibenarkan masuk. Lagipun, berapa ramai mereka sangat yang mengenali saya di Sarawak,” katanya.
Bagaimanapun, Kok Seong tidak dihalang oleh mana-mana pegawai imigresen dan dibenarkan memasuki negeri berkenaan.
Mereka adalah antara kumpulan pertama pemimpin DAP yang tiba di Bintulu untuk menghadiri majlis makan malam mengutip dana, menjelang PRN Sarawak.
Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem sebelum ini telah mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri itu akan dibubarkan pada 11 April ini.- SUMBER
NOTA THE SAVIOUR
Sarawak mempunyai kuasa imigresennya yang tersendiri yang mana kuasa tersebut termakhtub di dalam Perlembagaan Persekutuan menerusi Perjanjian Malaysia 1963. Ia merupakan salah satu keistimewaan autonomi yang dinikmati oleh Sarawak dan Sabah.
Pembangkang khasnya DAP sebelum ini, seringkali menyatakan kepada rakyat Sarawak yang mereka tidak mempunyai autonomi walaupun autonomi tersebut adalah hak Sarawak di dalam Malaysia. Namun apabila pihak berkuasa Sarawak menguatkuasakan salah satu hak autonomi tersebut, DAP merupakan pihak yang paling tidak boleh menerimanya terutama apabila para pemimpin mereka dari Semenanjung tidak dibenarkan memasuki Sarawak walaupun telah terbukti mereka seringkali menyalahgunakan kebebasan bersuara dengan mencabar Perlembagaan Malaysia.
Konsep Malaysian Malaysia yang dipegang oleh DAP sendiri merupakan satu konsep yang mencabar Perlembagaan khususnya melibatkan Artikel 152 dan Artikel 153.
Gambaran dan persepsi yang cuba dibuat oleh para pemimpin DAP seperti dalam kes Teo Nie Ching ini adalah persepsi klasik di mana mereka mengatakan, mereka tidak tahu kenapa mereka dikenakan tindakan larangan memasuki Sarawak, namun laporan-laporan media dan orang tempatan sendiri sudah cukup untuk menjadi bukti, pembawaan pemimpin-pemimpin DAP dari Semenanjung sememangnya lebih banyak negatif berbanding positif.
SEBAB TELBULU BULU PUNYA PASAL. KAH KAH KAH.....
ReplyDeleteKenalh akur dgn undang2 mereka...
ReplyDelete