Pages

Sunday, April 10, 2016

ZAMIHAN KECAM ASRI ZAINAL ABIDIN SEBAGAI 'MUFTI SIBER' YANG MENYAMAKAN ASWAJA DENGAN HINDRAF!!!



1. ASWAJA berasa jelik dengan taktik dan sikap Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang berterusan bukan saja mencetuskan kontroversi, malah menimbulkan fitnah terhadap pertubuhan ini apabila ASWAJA dikatakan menjadi penentang kepada kedatangan pendakwah bebas Dr Zakir Naik ke negara ini. ASWAJA sebenarnya tidak pernah membuat penolakan atau kecaman keatas Dr Zakir Naik. Ia hanyalah kreativiti fitnah dan tipu daya dari Dr Mohd Asri Zainul Abidin sahaja.

2. Sebagai seorang Mufti yang berakhlak, beliau sepatutnya menjaga tutur kata dan mengemukakan bukti apabila melontarkan sebarang tuduhan. Apatah lagi menyamakan ASWAJA yang memperjuangkan Islam dengan HINDRAF. Di manakah akhlak seorang Mufti yang 'suci' ini apabila menyamakan pertubuhan Islam dengan pertubuhan jelas ditunjangi bukan Islam. Perjuangan ASWAJA dgn HINDRAF adalah jauh berbeza. So, perbuatan menyamakan doktrin ASWAJA dgn Hindraf adalah satu persamaan yg keji, satu cubaan pentakiran yg halus terhadap ASWAJA dan mencetuskan fitnah yg besar ke atas pertubuhan ini. Jika beliau tidak memohon maaf dan bertaubat, Asri pasti menerima azab yg besar di dunia dan akhirat.

3. Apakah ini Islam yang diamalkan Asri? Apakah Islam mengajar umatnya berkelakuan sebegini apatah lagi dari seorang Mufti. ASWAJA meminta Mufti Perlis mengemukakan BUKTI berhubung sebarang batahan ASWAJA terhadap Zakir Naik untuk masuk ke negara ini. Jangan melontarkan tuduhan tanpa mengemukakan bukti dan membawa mulut tanpa menyelidiknya kerana itu adalah perbuatan orang yang fasik.

4.Kita sememangnya faham dengan permainan Mufti yang berlagak 'suci' dan 'mulia'ini. Mengaitkan kedatangan Zakir Naik dengan ASWAJA adalah untuk mengheret orang ramai membenci dan mengkritik ASWAJA tanpa hujung  pangkal. Sedangkan apa yang disebarkan oleh Mufti siber itu adalah sekadar tuduhan serta tohmahan tanpa sebarang bukti dan asas kukuh. ASWAJA tidak terkesan dengan cara Asri dalam usaha memburukkan imej ASWAJA.

5. ASWAJA sememangnya faham dengan rentak Asri yang mengambil kesempatan terhadap populariti Zakir Naik bagi memburukkan ASWAJA yang sememangnya pertubuhan tidak disenangi Mufti Perlis itu. Bertaubatlah Asri, malulah dengan kedudukan anda sebagai Mufti sebelum menyebarkan fitnah dan tuduhan. Ingatlah Allah sentiasa memerhatikan kita, jangan lakukan sesuatu yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

6. Berdasarkan tuduhan Asri terhadap ASWAJA yang boleh mencalarkan imej pertubuhan ini, kita akan merujuk kepada peguam untuk mendapatkan khidmat nasihat seterusnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Perlis ini. Kami tidak akan membiarkan perbuatan fitnah terhadap ASWAJA berterusan dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap perkara ini. SEKALI LAGI, MUFTI PERLIS DIMINTA MENGEMUKAKAN BUKTI YANG MANA ASWAJA MEMBANTAH ZAKIR NAIK KE NEGARA INI.

7. Siapapun Dr. Zakir Naik, beliau adalah penceramah asing. Jadi, kedatangannya ke Msia sepatutnya memerlukan tapisan keselamatan pihak KDN, PDRM dan pihak berkuasa agama negeri. Kedatangan beliau tidak boleh dibuat mengikut selera peribadi atau kapasiti politik semata2. Hal ini dibuat bagi mengelakkan pelbagai  isu kontroversi agama yg boleh membingitkan masyarakat muslim di negara ini. Sekaligus menjadikan ekosistem Ahli Sunnah Wal Jamaah Msia terpelihara dari sebarang unsur yang tidak diingini.

Sekian terima kasih.

US HJ ZAMIHAN HJ MAT ZIN Al-GHARI
Presiden ASWAJA Malaysia
Ohio University, Athens, OHIO, USA 

10 April 2016


2 comments:

  1. AWAS! Islam bergaduh sesama Islam...yang batu apinya adalah dapigs yang tengah ketawa besar.

    Jangan jadi macam Timr Tengah...ISLAM MEMBUNUH ISLAM....yang ketawa besar dan semakin berkembang dan mempeluaskan jajahan di sana adalah yahudi!

    ReplyDelete
  2. Alamak...gadoh lagi...kalau benar menyamakan Jemaah Muslim dan Hindu itu adalah perkara mungkar...bersalahan dengan sharak..

    ReplyDelete