Kalau nak harapkan dia beryukya-yayea kat lobi-lobi hotel, sambil pekena kopi mahal atau sepinggan nasi berharga RM38, jangan haraplah.
Kalau nak berangan-angan nak jumpa dia kat mana-mana lokasi mewah, juga jangan haraplah kerana dia lebih banyak berada di kawasan, menginap di rumah ibu bapanya di Tebuk Haji Yusof, dan ke sana ke mari melawat, menziarah mahupun menyelesaikan masalah penduduk-penduduk di DUNnya, DUN Sungai Panjang.
Atau paling mudah, bertemu dengannya di pusat khidmatnya yang terletak di tengah-tengah pekan Sungai Besar. Pejabat yang sangat sederhana tanpa hiasan mewah tetapi menerima kunjungan tidak putus-putus daripada penduduk di DUN Sungai Panjang yang datang dengan pelbagai masalah... dari masalah-masalah besar, sehinggalah ke masalah anak tidak mendengar cakap ibu bapa!
Walaupun terdapat permintaan dan desakan daripada para pengundi di Sungai Panjang agar Budiman menjadi calon kerana kerja-kerja kerasnya bersama-sama rakyat tanpa mengira masa, beberapa nama lain juga yang turut mempunyai kepentingan bagi pihak tertentu, turut dinamakan.
Budiman bagaimanapun, perlu kerja keras dan komitmen yang bukan kecil. Dia mungkin berhadapan dengan masalah di DUN Sekinchan, malah mungkin juga bakal berhadapan dengan onar yang dibuat oleh golongan kecewa yang gagal mencari projek.
Semoga kerja-kerja baiknya untuk rakyat selama ini, menjadi TAWASSUL yang memudahkan usahanya untuk menjadi Ahli Parlimen Sungai Besar.
Ameen..
ReplyDeleteAlhamdulillahlah Wak Man...rezeki Allah swt ni. Tak rugilah buat gigi dan cermin mata tu. Kalau menang jadi rising star Selangor. Lepas tu org Noh Omar nak pancung kau pulak. Itulah jalan cerita dalam umno ni. Org bagus selalu mati awal. Jamal pulak akan cari jalan nak busukkan Wak Man. Kerusi KB dia lepas ni kena langgarlah.
ReplyDelete