Pages

Tuesday, May 10, 2016

AWAS!!!! AIR MATA BUAYA TUA, MENGALIR LAGI... BAHANA APA LAGI YANG RAKYAT MALAYSIA PERLU TANGGUNG DEK AIR MATANYA!!!



4 Mei 1996, sajak yang cukup terkenal, PERJUANGAN BELUM SELESAI, telah dinukil dan dideklamasikan sendiri oleh Tun Dr. Mahathir pada Malam Puisi UTUSAN.

Berjejeh-jejehlah air mata apabila Mahathir tersedak dan tersedu ketika menghayati pendeklamasian sajaknya itu. Berpeluk-peluklah, bersayu-sayulah hati para pengikut dan pendengar. Belum jatuh lagi air mata Mahathir ke pipi, nun mereka yang mendengarnya sudah pun berlinang-linang dan basah muka dengan air mata!

Awal sebelum itu, Ananda Krishnan dan projek KLCC yang dimulakan pada Januari 1992-1994, sudah mula dikuak-kuak oleh musuh dan konspirator yang mahu menggulingkan Mahathir daripada kerusi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Urusniaga termasuklah proses penganugerahan, pembelian dan tender bekas tapak Kelab Lumba Kuda Kuala Lumpur/Selangor, mulai dirungkai satu persatu sambil mempersoalkan kewajaran Kerajaan Persekutuan membayar dan memberikan keistimewaan sebegitu rupa kepada Ananda Khrishnan...

Mujur masa itu tak ada Facebook dan tidak ada juga WhatsApp... jadi tidak banyaklah maklumat yang boleh diperolehi seperti hari ini... selamatlah Mahathir dengan air mata, PERJUANGAN BELUM SELESAInya!!!


22 Jun 2002, ketika sedang berucap hampir satau setengah jam menggulung perbahasan perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO, dengan mengulas mengenai cadangan kerajaan melaksanakan meritokrasi, hukum hudud PAS dan kemudian mengenai cara kerajaan mengendalikan ekonomi negara, lebih kurang jam 6:00 petang, Mahathir mencetuskan kepanikan dan kegemparan!

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden UMNO dan semua jawatan yang dipegang oleh saya dalam parti, perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan semua jawatan dalam BN...."

Mahathir tidak meneruskan ucapannya kerana terlalu sebak. Para pemimpin UMNO yang terpinga-pinga menerpa sambil memujuk Mahathir.

"Saya dah lama buat keputusan... dah lama dah..."

Air mata Mahathir mengalir. Para pemimpin Melayu termasuklah Abdullah Badawi yang bakal dikapaknya dalam tempoh beberapa bulan selepas dia mengalirkan air mata di atas pentas Perhimpunan Agung UMNO itu, beria-ia memujuk Mahathir dan kemudian membuat pengumuman dengan bangga, kononnya telah berjaya memujuk Mahathir untuk terus memimpin Malaysia setahun lagi.


September 2003, sebulan sebelum Tun Dr Mahathir Mohamad bersara sebagai Perdana Menteri, kerajaan secara rahsia menganugerahkan satu-satunya lesen judi taruhan sukan kepada syarikat milik hartawan Cina, Vincent Tan.

Harga lesen tersebut hanyalah RM25 juta berbanding nilai sebenar RM760 juta. Pada masa sama, Resort Bukit Tinggi milik Vincent Tan juga diberikan lesen bagi 420 mesin slot yang bernilai jutaan ringgit.

Abdullah Badawi yang menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri, serta-merta menggantung lesen judi tersebut. Manakala Najib Abdul Razak yang menggantikan Abdullah Badawi, langsung enggan berunding dan berlembut untuk membenarkan lesen-lesen judi di Bukit Tinggi di resort milik Vincent Tan beroperasi.

Tiada lagi air mata Mahathir... selepas itu, yang ada hanyalah suara kemarahannya dan wajah gumamnya.



Hari ini, projek SEJUTA TANDATANGAN Deklarasi Rakyat yang dibangunkan oleh para penyembah atau golongan bankrap yang mahu mengambil kesempatan dengan menggunakan nama Mahathir, diumumkan dengan jayanya. Mereka yang pada tahun-tahun di mana Mahathir hanya bergantung kepada NGO Cina seperti Suqui dan Dong Zhong, hilang entah ke mana, malahan langsung tidak berani bersuara kalau tidak pun, bersama-sama Anwar Ibrahim, hari ini cuba membuktikan yang mereka adalah pejuang rakyat dengan sejuta tandatangan Deklarasi Rakyat yang bakal dipersembahkan kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong agar Najib boleh dipecat dari jawatan Perdana Menteri.

Gambar Mahathir berpeluk dengan mimik muka menangis atau tersenyum, menjadi begitu viral. Para penyembahnya amat berbangga dengan gambar tersebut.

Bagi yang pernah terkena dengan Mahathir, mereka sedar, air mata Mahathir adalah air mata yang akan menyusahkan rakyat demi kroninya yang tercinta!

Sejarah air mata Mahathir telah membuktikannya berkali-kali. Dia mencari simpati atau dia menyerang untuk melindungi taik-taik di belakangnya.

Mujurlah Mahathir tidak lagi berkuasa pada zaman media sosial berleluasa dan bebas seperti sekarang... Jadi selamatlah AIR MATA MAHATHIR dengan DEKLARASI HALIMUNANNYA!!!


9 comments:

  1. The tears come again.... its does not make any sense at all..... ITS SUCKS..... the idiot henious tears ever had in Malaysia history.... the FACT it all nothern PM are sucks.. all the prime land in malaysia its already gone as name of privertsation to the all cronies and belove sons.... not even prime land are gone....but also an island are gone too.. whos did it....Northern leader......Now the PM in waiting The Boboi swap the prime land with the sponsored Dherbs KFA football association in Kedah.. the land almost RM60 million but the value of sponsorship its only RM30 million the same concept as what his father did last time so what are they left for us especially to malay people..... only STONE....only BATU they left to malays .... the stone or the batu is Pulau Batu Putih (White STONE Island) which inherith to Johorian .... ist soo SHAME...

    No more nothern to be a PM..... they re sucks.... the nothern opposition leader also fucking sucks too....

    ReplyDelete
  2. Maaf, Najib buat hutang bertimbun. Sila komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum komen nak tanya kau dulu...
      Najib buat hutang dengan sape..?

      Dengan abah kau ke..??

      Delete
  3. si tua bangka tak sedar diri tu menangis sebab dia sedang terberak terkencing dalam seluaq akibat kecewa yg teramat sangat kerana angan2 nyanyuknya nak menjatuhkan dsn semakin tak menjadi.

    ReplyDelete
  4. Anonymous Anonymous said...
    si tua bangka tak sedar diri tu menangis sebab dia sedang terberak terkencing dalam seluaq akibat kecewa yg teramat sangat kerana angan2 nyanyuknya nak menjatuhkan dsn semakin tak menjadi.

    May 11, 2016 at 12:21 AM

    PUHHHH
    Tulisan ,,, ngutuk hina org tua
    takut yg nyanyuk waktu umur muda

    ReplyDelete
  5. 1mdb berhutang najib rembat jgk,jho low rembat byk semua tak siasat.rakyat kena tanggung mujur ada tun yg berani kalau tidak lg byk penyelewengan najib dan rosmah buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni sembang lebeeehh la...
      Lenkali guna akal...bukan guna lutut... Bahalol..

      Delete
    2. Apalah nak emosi2 sangat.Nasi dah jadi bubur.Yang peliknya ramai melayu yang jadi macai(dibayar).Puji gila bila bos dia ada power . . .sedihnya bila bos tu 'no power' dia kutuk habis!
      Dia diupah tulis fitnah.Orang macam ni yang kita mohon pada Allah timpakan balak! Sebab jadi batu api!

      Delete
  6. Wah..memang..hebatlah.yang mengata PmNajib dan isteri rembat.duit..1mdb...saja nak tanya...kau.tu..kerja apa...superman ke.badman..loyar buruk man...sebab..setahu.aku...tak.ada.sorang.polis.pun.atau sprm pun ada bukti yang membuktikan Pm dan isteri songlap duit...so kau ni lagi teror..so bila nak tunjukkan bukti tu..jangan jadi budak tadika...senang je cakap mak kau hitam mak kau hijau...tapi apa maksudnya..tak tahu...kesian..lah...orang yang mcm gini...menfitnah tanpa bukti..tanggung sendiri..ingat akhir zaman ni Allah bayar cash kat dunia lagi...

    ReplyDelete