Pages

Sunday, May 29, 2016

AZMIN ALI MERAJUK DI SUNGAI BESAR, HABIS SEMUA DIBATALKANNYA!!!



Beria-ia Azmin Ali berjanji dia akan terus berkampung di Sungai Besar sehingga hari pengundian. Azmin Ali dikatakan mahu meletakkan calon PKR di kerusi parlimen tersebut. Beberapa nama juga sudah diangkat.

Tetapi apabila UMNO dan PAS menamakan calon masing-masing, Azmin Ali mulai kendur. PAS yang dikatakannya akan termakan dengan pujukannya, bukan sahaja tidak mengendahkan, tetapi mereka memperolok-olokkan Azmin Ali dengan pencalonan Dr. Rani Osman, ADUN Meru. Manakala UMNO-BN pula mencalonkan Budiman Zohdi, ADUN Sungai Panjang.

Tidak cukup dengan itu, tiada sebuah bendera PKR pun di sepanjang laluan Sungai Besar ke Sabak Bernam atau Tanjung Karang. Sebaliknya yang kelihatan hanyalah kelompok-kelompok bendera berwarna jingga milik parti Amanah.

Sokongan DAP dan Wan Azizah Wan Ismail secara terbuka kepada Parti Amanah Negara, dikatakan menjadi faktor utama Azmin Ali merajuk dan berkemas meninggalkan Sungai Besar. Keengganan PAS dan PAN menyerahkan kerusi Parlimen Sungai Besar untuk ditandingi PKR, adalah faktor kedua. Dia tidak sahaja merajuk tetapi juga memulaukan pilihan raya kecil itu.

Untuk menunjukkan dia benar-benar merajuk dan ambil hati, beberapa pihak mendakwa Azmin Ali telah menyekat segala peruntukan yang dicanang-canangkannya sebelum ini ke Parlimen itu seperti peruntukan berbuka puasa di setiap masjid, peruntukan membaik pulih masjid dan surau usang dan sebagainya. Malahan Azmin turut menutup semua bilik gerakan yang dibukanya semenjak 7 Mei lalu.

Selain itu, Azmin turut membatalkan semua tempahan hotel, chalet, homestay dan rumah-rumah sewa yang sepatutnya menempatkan jentera PKR di Parlimen Sungai Besar.

Selepas Wan Azizah menyatakan sokongan agar Parti Amanah Negara mencalonkan calon mereka di PRK Sungai Besar, cadangan Azmin Ali untuk meletakkan calonnya sendiri, tidak mendapat sokongan. Tanpa sokongan daripada DAP dan kem Wan Azizah, bermakna Azmin Ali hanya membuat kerja sia-sia.

Jadi tidak hairanlah mengapa Menteri Besar yang berlakon dengan kain pelikatnya kemas kain baju dan pulang segera meninggalkan Sungai Besar!!!


No comments:

Post a Comment