Dan menariknya, yang dipersalahkan adalah adalah ADUN dan Ahli-Ahli Parlimen di kawasan-kawasan tersebut.
Kalau Kajang, sudah tentulah Wan Azizah dengan kipas hikmatnya. Di Kuala Lumpur pula, ia membabitkan dua Parlimen iaitu Lembah Pantai dan Titiwangsa, yang diwakili oleh Nurul Izzah dan Johari Ghani.
Banjir kilat bukanlah sesuatu yang luar biasa di Kuala Lumpur. Ia adalah fenomena biasa terutama pada musim-musim hujan. Sebenarnya tiada apa-apa yang perlu dihairankan dengan banjir kilat di Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi dengan saliran dan perparitan yang dikacau ganggu oleh pelbagai jenis projek pembangunan seperti MRT yang dapat kita lihat sekarang ini.
Semua ini berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Tempatan (PBT).
Kajang walaupun hanyalah sebuah bandar kecil, tetapi PBTnya memang antara yang paling teruk dan paling tidak berguna di seluruh Malaysia. Biarpun cukup terkenal dengan kerenah Ahli-Ahli Majlis, pelbagai masalah yang membabitkan penduduk, tidak begitu dititikberatkan oleh MPKj.
Sudah terlalu acap banjir kilat berlaku di Kajang. MPKj jarang mengeluarkan kenyataan, sebaliknya yang mengeluarkan kenyataan adalah Menteri Besar Selangor dan ADUNnya yang menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional lepas sebagai punca banjir berkelompok tersebut.
Peruntukan PBT daripada Kerajaan Persekutuan yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri kelihatan langsung seperti tidak digunakan untuk tujuan saliran dan perparitan. Sebaliknya pertumbuhan pelbagai projek yang tidak mengambil kira aliran air dan banjir, dapat diihat dengan mudah di kawasan-kawasan yang mudah dinaiki air sekarang.
Bukan salah ADUN... bukan salah Ahli Parlimen tetapi ini adalah salah PBT terutama sekali yang membabitkan perancangan bandar.
Mengapa mereka tidak mengambil kira perangkap air yang terhasil daripada pelbagai projek sepertimana yang berlaku di Jalan Duta dan pekan Kajang?
Mengapa PBT langsung tidak bertanggungjawab?
Undilh pkr lgi...
ReplyDeletetetap jugak salah Nenek Jijah jugak.. sebab dulu nak menang undi kawasan tu siap berjanji nak settlekan masalah banjir.. tapi tetap jugak banjir.. bila dah banjir, xpernah pon turun melawat kawasan yg terkena banjir.. redah lecak utk bantu bersihkan rumah yg kena banjir atau bersihkan longkang yg tersumbat..
ReplyDeleteAntara ahli parlimen yang paling cukup sukar dijumpai ketika kawasan yg dimenangi kena musibah. tetapi akan muncul bila time dah mengundi shj..
MACAM MANA NAK TURUN LAWAT KAWASAN SENDIRI BANJIR, TAKUK TERSELAK KAIN NANTI NAMPAKLAK "BETIS DAN PEHA" SILAP-SILAP TERLONDEH LAK KAIN NAMPAK "PANTIE". OOOOO "KIPAS HIKMAT" KAN ADA!!!!!Hmmmm Bengongnya orang kajang dan lembah pantai dok pilih nenek jijah dan nurul LGBT jadi MP/ADUN.....
ReplyDeleteKali ni flying kick cakap benar.
ReplyDeleteWalau pahit tapi benar.
Contoh mcm mbsa..mmg pbt paling tak guna..tau saman parking kereta..siap ada kereta mcm polis evo..tutup dataran x nak bagi org beriadah dan berniaga kecil2..
Terbalik dunia sekarang..
Salah satu perempuan yg suka berjanji lepas tu tinggalkan air liur saja , ada masaalah tunjuk orang lain . Sepatutnya yg berjanji kena bertanggungjawab ,itu wajib
ReplyDeleteAllah maha kuasa. Setan2 diatas kutuk gila wakil rakyat Kajang.Lepas tu Bandar Raya Kuala Lumpur banjir kilat lagi teruk.KO nak kutuk siapa pulak? Taubatlah adik2.Redha dan bersyukurlah dgn ujian dan rezeki yg Allah tentu untuk kita ini.Sedarlah Melayu!!!
ReplyDeleteBila KL banjir kilat lagi teruk dari Kajang! . . KO nak kutuk siapa pulak? KO lah Melayu yang jenis tak bersyukur & redha dengan nikmat dan ketentuan Allah.Cukup2lah . . .bertaubatlah.
ReplyDelete