Mazuyin bagaimanapun, tidak malu untuk mengakui bahawa dia memang orang Barisan Nasional. Dia telah lama menjadi penyokong PBB dan dia mempunyai pemikirannya sendiri apabila membabitkan politik.
"Saya sentiasa menjadi penyokong PBB. Sekalipun anda fikir saya sudah tua, tiada sesiapa pun yang dapat memaksa saya melakukan sesuatu yang saya tidak mahu lakukan."
Wanita tua itu memberikan respons berhubung tuduhan yang dibuat oleh cucunya, Abdul Aziz, kononnya calon SUPP Lo Khere Chiang terlibat dalam politik kotor memergunakan neneknya yang sudah tua, yang kemudian si nenek pula memberitahu dia tidak bersetuju dengan tindakan cucunya untuk bertanding di bawah tiket Pembangkang di Batu Kitang.
Sambil merayu sokongan kepada Barisan Nasional, Mazuyin juga meminta agar para pengundi di Batu Kitang tidak memilih Abdul Aziz kerana Aziz menentang kerajaan.
Selain itu, Mazuyin juga berkata, Lo tidak pernah meminta bantuannya walaupun dia ke ceramah SUPP atas usahanya sendiri. Justeru, katanya, Aziz tidak seharusnya membuat tuduhan liar sebegitu.
"Apa sebenarnya 'politik kotor' ialah dengan membuat pelbagai jenis tuduhan."
Menurutnya, sokongannya kepada Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem adalah padu dan menggambarkan Adenan Satem sebagai seorang lelaki yang baik yang telah berjaya memenangi hati rakyat.
"Itulah sebabnya, mengapa saya menyokong Adenan Satem," tegas Mazuyin.
"Parti-parti pembangkang tidak boleh menghina wanita tua seperti saya dengan berkata, saya telah dipergunakan oleh BN. Ini hanyalah pilihanraya, dan sebagai manusia biasa, kita tidak perlu terlalu menghinakan diri semata-mata untuk menghina orang lain."
Nenek memang kelas....
ReplyDelete