Yang pasti, sejarah UMNO sama ada diherotkan mengikut kesesuaian atau dipertegaskan walaupun mungkin akan menyinggung sesetengah pihak, sedang diperkatakan. Sama ada golongan yang berpegang kepada sejarah penubuhan UMNO di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Bharu, mahupun golongan yang menerima kisah rasmi bahawa UMNO ditubuhkan di Istana Bukit Serene, nama tokoh-tokoh lama UMNO akan didendangkan semula sambil jasa-jasa mereka kembali diperdengarkan.
Kita tidak bercakap tentang sejarah UMNO kerana UMNO itu sendiri sentiasa bersejarah, terutama dengan kewujudan Tun Dr. Mahathir Mohamad, orang yang paling bertanggungjawab membiarkan UMNO tahun 1946 dilupuskan oleh undang-undang dan dikembalikan menerusi 'pembaharuan' UMNO yang kemudian mengambilalih aset-aset UMNO lama dengan cara yang amat kontroversi.
Kita juga tidak akan bercakap tentang retorik-retorik para pemimpin UMNO yang akan mengeluarkan kenyataan seolah-olah mereka sedang tenggelam dek peluh kerana terlalu bekerja kuat untuk rakyat dan parti, sedangkan perut masing-masing buncit dengan jalan pun terhanggak-hanggak seperti robot tidak bersendi kaki.
10 Mei 2016, dengan penuh bangga, diumumkan, Deklarasi Rakyat telah ditandatangani sejuta orang.
11 Mei 2016, Sekretariat 'Selamatkan Malaysia' yang mengendalikan dan mengumpulkan tandatangan tersebut, Kamaruddin Jaafar mengakui, mereka berhadapan dengan kesukaran dan jumlah tandatangan hanya mencecah 500,000 bukan sejuta. Itu pun jumlah tersebut belum diaudit.
Sembang deras bertujuan gempak yang hari ini adalah Sidang Raja-Raja Melayu, sedang berkumandang. Gempar sungguh seolah-olah Najib sudah pun diarak di atas tandu dengan tangan dan kaki terikat untuk dijatuhi hukuman bunuh.
Puak Protuns makin sedar, kebodohan dan kebebalan mereka tidak lagi dapat disembunyikan. Memang kerja sia-sia mengumpulkan tandatangan terutama menerusi media sosial yang boleh dipertikaikan dan telah pun dibuktikan sebagai mudah dipalsukan.
Untuk menjatuhkan Najib, jauh lebih mudah Mahathir mendapatkan persetujuan dan Aku Janji 112 Ahli Parlimen untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Najib. Atau Mahathir boleh mempengaruhi Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan sekarang ini lebih mudah kerana pemilihan UMNO lebih terbuka dan tidak tertutup seperti zaman pentadbirannya di mana skop orang yang boleh ditemui dan dipengaruhi lebih besar.
Kenapa Mahathir tidak berbuat begitu dan mengapa Mahathir memilih jalan sukar yang sebenarnya adalah jalan sia-sia kalau benar dia mahu menjatuhkan Najib?
Atau sebenarnya dia terlupa bahawa orang yang dah BERSARA, elok bersara sajalah dan tidak perlu lagi menyibuk-nyibuk dengan apa yang pernah dilakukannya dahulu.
Dia paling banyak menuduh Najib dan keengganan Najib menjawab, disorak oleh para pengikutnya sebagai BUKTI KELAKUAN JENAYAH, tetapi Mahathir sendiri tidak pernah menampilkan bukti. Namun pada masa yang sama, pelbagai dakwaan yang disertakan bukti ke atasnya, seperti tuduhan dia menggelapkan wang negara lebih RM100 trilion, langsung tidak dijawab dengan harapan, berita-berita tersebut dianggap sebagai berita khabar angin tidak berasas.
Barangkali, permintaan dan doa Allahyarham Fadhil Nor agar Mahathir dipanjangkan usia dan dia mahupun orang ramai diperlihatkan kesilapan dan kebobrokannya, telah pun ditunaikan oleh Allah Taala.
Look like innocent. .. then tears 'cum' again.. but Malaysia people know its fake... looser... this bloody asshole.... are starting big liar again .... off course its come from northern peninsular... all ex Prime minister and PM in making from northern are 'sucks' ....
ReplyDelete