Pages

Thursday, May 5, 2016

HELIKOPTER BAWA VIP HILANG DALAM PERJALANAN DARI BETONG KE KUCHING... RAMAI PAKAR AVIASI DAN KONSPIRASI MUNCUL SEMULA DI FACEBOOK!!!



Berita mendebarkan dan mengejutkan, sekaligus melarikan seketika persoalan tentang Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11 yang sedang hangat berlangsung. Begitu juga dengan berita tentang Lim Guan Eng dan Betty Chew yang mungkin akan dipanggil ke balai polis untuk memberikan keterangan berhubung pembelian rumah banglo yang kini bagaikan satu puaka besar kepada Guan Eng kerana ia bakal mendedahkan lebih banyak skandal dan penyelewengan Lim Guan Eng yang lain serta bersama-sama isterinya, Betty Chew, menjadi padam seketika kerana masing-masing ingin mengetahui nasib lima orang individu di dalam sebuah helikopter  yang hilang di Sarawak.

Laporan rasmi menyatakan, helikopter malang itu membawa dua orang Ahli Parlimen BN - salah seorang daripada mereka dari Selangor dan seorang lagi adalah dari Perak. Ahli Parlimen dari Selangor dikatakan salah seorang Timbalan Menteri. 


Pasangan salah seorang daripada mereka juga turut menaiki pesawat malang itu. Turut menaiki pesawat tersebut adalah Ketua Setiausaha Kementerian yang sama dengan Ahli Parlimen Selangor itu. 

Helikopter tersebut telah berlepas pada jam 5:00 petang tetapi kemudian hilang dari radar dan perhubungan. Operasi Mencari dan Menyelamat dikatakan sedang diaktifkan.


The Star pula melaporkan, 

Enam individu termasuklah timbalan menteri dipercayai berada di dalam sebuah helikoputra yang masih hilang di Sarawak. 

Timbalan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon bersama-sama suaminya, Asmuni Abdullah dilaporkan berada di dalam helikopter tersebut. 

Empat individu lain adalah Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr. Sundaran Annamalai, Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan ahli lembaga pengarah Malaysian Palm Oil Board, Datuk Wan Mohammad Khair-il Annuar Wan Ahmad dan pengawal keselamatannya Ahmad Sobri Harun, selain juruterbang Penerbangan RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.


TERBAHARU!!!

Helikopter dan kesemua penumpangnya didapati selamat dan telah pun dihubungi.

Juruterbang terpaksa mendaratkan helikopter tersebut kerana cuaca buruk. Walaupun ianya sekadar EMERGENCY LANDING, bukannya bermaksud CRASH LANDING. 

Kesemua mereka dipercayai berada di kawasan Sebuyau - sebuah kawasan pedalaman Sarawak yang bersempadan dengan Sri Aman dan Simunjan.

Selain The Star, China Press turut membuat laporan yang sama, dan melaporkan bahawa keenam-enam orang tersebut terselamat.

Ini mungkin merupakan berita buruk kepada haramjadah-haramjadah yang sebelum ini begitu seronok dan menggeledek sambil berharap sangat, nama Najib Abdul Razak adalah salah satu nama penumpang helikopter berkenaan. 

BAGAIMANAPUN...

Kesemua ini bukannya berita rasmi. Kita tidak perlu jadi penyibuk dan berlumba-lumba untuk menjadi news-breaker. Lebih baik kita tunggu pengumuman rasmi berbanding mengumpulkan maklumat entah dari mana-mana. 



No comments:

Post a Comment