Rang undang-undang persendirian itu disenaraikan sebagai agenda terakhir dalam aturan mesyuarat pada hari akhir sidang Dewan Rakyat hari ini.
Ini adalah kali ketiga Ahli Parlimen Marang itu mengemukakan rang undang-undang yang serupa ke Parlimen selepas dua cubaan sebelum ini pada tahun lepas.
Sama seperti sebelum ini, rang undang-undang persendirian ini juga dipercayai tidak akan sempat dibentangkan dalam persidangan.
Rang undang-undang persendirian itu bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan hudud dan qisas di negara ini.
Presiden PAS itu kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan PAS mengemukakan rang undang-undang persendirian (RUU) itu.
Baru sahaja kemukakan RUU, tetapi DAP dan beberapa orang Ahli Parlimen bukan Melayu dari BN, melompat, meloncat dan menyeranah UMNO kerana kononnya telah mengkhianati Perlembagaan Malaysia.
Tidak cukup dengan itu, salah seorang Exco Negeri Kedah dari Kedah, Leong Yong Kong mengambil tindakan keluar parti tetapi tidak meletak jawatan sebagai Exco Negeri kerana menentang RUU itu.
Reaksi yang ditnjukkan oleh pemimpin-pemimpin golongan bukan Islam yang terdiri daripada cauvanis DAP seperti Ong Kian Min, Anthony Loke Siew Fook, Teresa Kok Suh Kim dan Chong Chien Jen yang bermati-matian menentang dan berusaha menggagalkan Abdul Hadi Awang daripada membentangkan RUU itu memperlihatkan sikap mereka yang jahat walaupun RUU tersebut bertujuan untuk permulaan tindakan dan penguatkuasaan undang-undang ke atas umat Islam di Kelantan.
Tidak cukup dengan itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy kemudiannya mencabar parti-parti seperti MCA, MIC, SUPP dan GERAKAN meninggalkan Barisan Nasional sebagai cara menekan dan menggugut UMNO agar tidak menyokong RUU itu. Manakala Ahli-Ahli Parlimen bukan Islam dari BN seperti Ong Ka Chuan, Dr. Wee Ka Siong, Mah Siew Keong, Ti Lian Ker dan lain-lain lagi turut menunjukkan permusuhan dan kebencian secara terbuka kepada usaha untuk memperkasakan undang-undang Islam di negara ini.
Aneh, mengapa mereka perlu menentang sedangkan perundangan ini hanya tertakluk kepada umat Islam dan langsung tiada kaitan dengan bukan Islam.
Apakah kebimbangan 87 orang Ahli Parlimen UMNO akan menyokong RUU PAS, sekaligus mewujudkan satu kerjasama politik jitu antara umat Islam, sebenarnya yang membimbangkan mereka?
Tapi buat apa nak marah, kan? Sebab sebahagian besar daripada penentang RUU ini adalah penyokong kuat Mahathir dalam gerakan menggulingkan Najib, UMNO dan Barisan Nasional. Mungkin tentangan ini merupakan pemangkin dan pencetus kepada penubuhan sebuah parti politik yang diterajui oleh Mahathir, yang bukan sahaja menentang Najib, UMNO dan Barisan Nasional tetapi juga memastikan RUU tersebut tidak dibahaskan dan kemudian diuji dengan sokongan Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
nampaklah siapa yg tak suka islam.
ReplyDeleteBila umat islam bersatu, ramai yang dengki. Harap PAS membantu BN/UMNO dalam masa yang genting ini.
ReplyDeleteAgaknya PAS baru kenal yang mana kafir dan yang mana Islam. Baru sedar bahawa ramai kafir dalam negara.
ReplyDeleteAllah dah tunjuk pada Pas siapa DAP sebenarnya,sekarang Allah tunjuk pula pada Umno saipa MCA.
ReplyDeleteMCA, MIC & Gerakan pum membantah sedangkan semua MP mereka hanya boleh menang di kawasan majority Melayu/Islam. Kalau mereka berpaling tadah Najib harus membubarkan parlimen dan PAS perlu bersatu dengan UMNO untuk membentuk Kerajaan yang mendaulatkan Islam. Sesungguhnya haram bagi setiap muslim untuk menentang hukum Islam biar pun mereka dari UMNO, PAS, PKR, PAN, DAP dan lain2. Allah akan melihat tangan mana yang menyokong dan tangan mana yang menentang hukumNya apabila undian dibuat selepas perbahasan usul TG Haji Abdul Hadi di Parlimen nanti.
ReplyDelete