Pages

Saturday, May 28, 2016

MUSLIMAH BERTEMU WANITA, DOKTOR BERTEMU PEGUAM... SITUASI DI KUALA KANGSAR SANGAT MENARIK!!!



Seperti yang dijangkakan ramai, akhirnya balu Allahyarham Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar terpilih sebagai calon PRK Kuala Kangsar mewakili UMNO-BN.

Allahyarham Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar adalah penyandang kerusi Parlimen tersebut dan terkorban dalam tragedi helikopter terhempas pada awal Mei lalu di Sebuyau, Sarawak.

PAS lebih awal mengumumkan calon mereka, Dr. Najihatussalehah Hj. Ahmad, yang berasal dari Pasir Salak dan pernah berkhidmat di Hospital Besar Kuala Lumpur. Dia adalah Ketua Muslimat PAS Perak.


Parti Amanah Negara (AMANAH @ PAN) belum lagi mengumumkan calon mereka, meskipun begitu yakin, kemenangan di Kuala Kangsar akan berpihak kepada PAN.

Kedua-dua calon dari UMNO-BN dan PAS ini terdiri daripada kaum muslimah yang berlatar belakangkan akademik dan kerjaya profesional. Bagaimanapun, dari sudut tempatan, Datin Mastura Mohd Yazid lebih berkelebihan memandangkan sepanjang Allahyarham suaminya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar, dia tidak pernah ketinggalan untuk sama-sama berkhidmat kepada masyarakat.

Baik UMNO mahupun PAS, berhadapan dengan masalah kepimpinan yang agak meruncing di Kuala Kangsar. Kuala Kangsar pernah menyaksikan bekas Ketua Wanita UMNOnya, Kamelia Ibrahim keluar dari parti sewaktu PRU-13 hampir berlangsung sehingga menyebabkan majoriti yang diperolehi oleh Allahyarham Datuk Wan Muhammad Khairul Anuar merosot terus berbanding keputusan pada PRU-12.

Ancaman sabotaj merupakan masalah yang perlu dihadapi oleh UMNO-BN di Kuala Kangsar.


Begitu juga dengan PAS yang berhadapan dengan masalah serpihannya, PAN. Setakat ini, tidak diketahui seramai manakah ahli-ahli PAS menyeberangi parti itu ke pangkuan PAN yang dipimpin oleh Mat Sabu. Walaupun dikatakan jumlahnya terlalu kecil berbanding cakap-cakap besar para pemimpin PAN yang cuba mendapatkan kekaguman daripada taukeh-taukeh mereka dalam DAP, hakikatnya, ancaman daripada PAN tidak boleh dipandang ringan oleh PAS.

Pada masa yang sama, PAS dan UMNO berhadapan dengan satu lagi musuh bersama iaitu Tun Dr. Mahathir dan team Deklarasi gilanya!

Difahamkan ada ura-ura tajaan ke atas seorang Ketua Cawangan UMNO untuk menjadi calon BEBAS di Kuala Kangsar. Bukan untuk menang tetapi sekadar untuk memecahkan undi dan memalukan UMNO serta PAS.

Ditambah pula dengan ikrar Tun Dr. Mahathir sendiri bahawa dia akan turun berceramah, berkempen dan menghasut para pengundi agar tidak memberikan undi kepada BN mahupun PAS yang disifatkannya sebagai berkompromi untuk memenangkan calon BN.

Perkembangan yang amat menurut sementara menunggu hari pencalonan dan hari-hari berkempen!!!


2 comments:

  1. Pilihlah UMNO BN demi kesinambungan berkhidmat kepada rakyat yg telah terbukti sejak sekian lama.

    ReplyDelete
  2. Pilihlah pakatan yg tak mau berpakatan...

    ReplyDelete