Pages

Thursday, May 12, 2016

UNDANG-UNDANG RASUAH MALAYSIA PELIK DAN MACAM KARTUN - RAMESH RAO!!!



Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao menyifatkan undang-undang di Malaysia seperti ‘Kartun’.

Menurut beliau, perlaksanaan undang-undang di Malaysia sangat pelik dan beliau mendakwa saksi yang berada dibawah perlindungan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) tidak dilindungi namun sebaliknya disaman.

“Kita amat kecewa dengan SPRM, dalam dunia ini, Malaysia ini undang-undang dia pelik sedikit dan yang paling peliknya mungkin seperti kartun sebab apa saksi SPRM boleh disaman, sepatutnya saksi SPRM diberi perlindungan.

“Tetapi dalam isu ini saksi disaman 10 juta, saksi yang tampil di SPRM ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan undang-undang Malaysia.” katanya ketika ditemui media di Menara Usahawan tadi.

Ini berikutan aduan kes rasuah yang melibatkan Teresa Kok ketika Pilihanraya Umum 13 yang sehingga kini tiada maklum balas dari SPRM sehinggakan saksi untuk kes tersebut telah pun meninggal dunia.

Tambah beliau lagi, ada yang tidak kena dalam siasatan kes SPRM kerana menurut beliau sebarang yang melibatkan kerajaan khususnya Datuk Seri Najib segera diambil tindakan namun ia tidak berlaku jika melibatkan DAP.

“Dan kalau isu 1MDB, Datuk Seri Najib Razak, pembangkang dengan sepantas kilat desak SPRM dan ini berlaku beberapa bulan sahaja, isu Khir toyo berlaku dalam beberapa bulan sahaja, dan beliau sudah masuk penjara pun.

“Tetapi apa yang istimewa sangat dengan DAP ini sampai tiga empat tahun, bukan Teresa Kok sahaja tetapi banyak lagi pemimpin DAP.”ujarnya.

Menurutnya, insiden seperti ini hanya akan memburukkan nama datuk Seri Najib sekiranya ia tidak diselesaikan.

Teresa Kok sebelum ini didakwa mengeluarkan wang sebanyak RM117,230 secara berperingkat dalam bentuk cek sebanyak lima kali dan membayar kepada pihak ketiga yang tidak dikenali tanpa kebenaran parti.



3 comments:

  1. Pegawai2 SPRM juga manusia biasa, tetapi telah diberikan kuasa mutlak dimana tiada siapa yang mmantau kegiatan mereka. Tapi Allah itu adil, setakat ini sedikit demi sedikit ketirisan SPRM akan ditunjukkan oleh Allah. Amin.

    ReplyDelete
  2. Agak2 adakah pegawainya yang turut makan?

    ReplyDelete
  3. tidak menghairankan dgn sikap SPRM ni....bersepah org DAPigs dlm SPRM....munkin kalau ada pehak ke tiga yg berani semak akaun peribadi para penjilat tegar DAPigs dlm SPRM ni, kita akan jumpa ber tan tan duit yg kita sendiri hairan, dari mana duit ini dan kenapa parking dlm akaun mereka...

    ReplyDelete