Pages

Wednesday, June 15, 2016

ADAKAH CALON PAS SUNGAI BESAR AKAN IKUT PERINTAH LIM KIT SIANG SUPAYA TARIK DIRI DAN KELUAR DARI PAS MENJELANG HARI PENGUNDIAN?!!!



Perkembangan yang amat menarik sedang berlaku di Sungai Besar apabila calon PAS, Dr. Rani Osman telah dinasihati oleh Lim Kit Siang agar menarik diri daripada PRK Sungai Besar, keluar dari PAS dan menyertai salah satu daripada komponen Pakatan Harapan.

Dari semalam lagi, 'arahan' Dewan Ulama yang meminta agar Rani menarik diri dari PRK Sungai Besar kerana terlibat dalam majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan di Sungai Besar, menjadi viral. Antara lain, 'arahan' tersebut turut mengarahkan agar para penyokong PAS memboikot dan tidak memberikan undi kepada Rani Osman kerana Dewan Ulama tidak berkenan dengan tindakan Rani.

Bagaimanapun, ramai yang berpendapat 'arahan' Dewan Ulama tersebut adalah 'blackop' pihak-pihak tertentu yang menunjukkan PAS sudah kecewa dengan Rani Osman yang sebelum ini didedahkan sebagai 'HARUM MANIS' selain cubaan terdesak untuk mendapatkan sokongan kepada calon PAN yang jauh ketinggalan di Sungai Besar berbanding calon-calon dari Barisan Nasional dan Dr. Rani sendiri.


Kata Lim Kit Siang ketika berceramah tidak jauh dari Restoran Kuala Kurau malam semalam, Dr. Rani adalah seorang yang baik tetapi parti yang diwakilinya TIDAK BAIK. Rani akan diterima dengan mudah oleh PKR dan PAN bahkan kalau dia mau menyertai DAP pun, DAP akan menerimanya.

Rani menyertai majlis Pakatan Harapan bersama-sama dengan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali awal semalam. Dalam majlis tersebut, Azmin Ali secara terbuka memberikan sokongan kepada Azhar dan mengucapkan selamat berjaya kepada Rani. 

Sumber-sumber dari DAP mengesahkan, mereka telah cuba menawarkan Rani untuk menyertai parti mereka, tetapi Rani tidak memberikan sebarang jawapan balas. 

Sementara itu, PAS akan mengadakan sidang media hari ini untuk mengulas isu ini.

No comments:

Post a Comment