Hari ini, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang yang banyak mulut, cukup angkuh dan sentiasa berasakan dia berasa di atas undang-undang, Lim Guan Eng, telah diheret ke mahkamah untuk didakwa atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dan melakukan rasuah bersama-sama rakan seperbuatannya, Phang Li Koon.
Maka di sinilah untuk kita memerhatikan benarkah DAP mengamalkan dasar bukan rasis dan bukan anti agama tertentu. Adakah Lim Guan Eng akan meletakkan jawatan atau 'bercuti sementara' dari jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, atau akan terus memegang jawatan itu serta jawatan-jawatan lain dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dengan seribu satu macam alasan bagi mengelakkan penghakisan kuasa dan pengaruhnya?
Manakala Timbalan Ketua Menteri II pula adalah P.Ramasamy, ADUN Prai yang sangat membela kumpulan pengganas Tamil Eelam yang melakukan keganasan di Sri Lanka. P. Ramasamy sebelum ini terlibat dalam kontroversi apabila menggelarkan pendakwah terkenal dunia, Dr. Zakir Naik sebagai syaitan.
Berbanding P. Ramasamy yang kuat menjilat Lim Guan Eng, nama Rashid Hasnon agak kurang terkenal. Bahkan tidak banyak berita tentangnya sama ada dalam media pro-DAP, apatah lagi yang pro-BN. Tiada kontroversi, juga tiada polemik, Rashid dilihat hanya makan gaji buta sebagai Timbalan Ketua Menteri I yang juga tidak mempunyai sebarang kuasa serta tidak boleh membuat sebarang keputusan.
Dengan penahanan Lim Guan Eng, bermakna jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, perlu dikosongkan dan dilepaskan bagi membolehkan pentadbiran negeri berjalan lancar dan tidak konflik dengan kepentingan peribadi Lim Guan Eng sekaligus tidak mengganggu kelancaran proses undang-undang ke atas Lim Guan Eng.
Adakah DAP benar-benar akan mengotakan kata-kata mereka bahawa DAP bukannya sebuah parti berasaskan kaum atau kepercayaan agama tertentu? Adakah transaksi kuasa akan dipindahkan kepada Timbalan Ketua Menteri I atau Timbalan Ketua Menteri II yang bukan Cina dan tidak juga beragama Katholik?
Atau DAP terus mengamalkan CHINESE FIRST sepertimana yang telah mereka lakukan dalam melantik ketua-ketua penting negeri walaupun yang dilantik itu merupakan individu yang paling kurang mendapat sokongan daripada akar umbi DAP sendiri?
To dapigs, integrity is only to be applied onto others, not themselves.
ReplyDeleteWhat is integrity to them when they don't have integrity?