Namun, berita-berita tentang Ketua-Ketua Cawangan UMNO terutama di Sabah keluar dari UMNO, tetap menarik perhatian, sehinggakan berita kononnya UMNO Bahagian Semporna telah ditutup secara rasmi kerana tiada lagi ahli yang tinggal, sebelum dinafikan oleh beberapa orang pemimpin UMNO tempatan, turut mendapat reaksi yang besar oleh golongan ProTun.
Gambar-gambar pembakaran buku perlembagaan, baju UMNO mahupun bendera UMNO turut mendapat tempat di media-media sosial.
Muhyiddin dan Mukhriz yang telah dipecat dari UMNO kerana persekongkolan dan sokongan mereka kepada parti pembangkang, telah diangkat sebagai pejuang rakyat oleh ProTun.
Walaupun di Sabah khususnya Semporna dan Kinabatangan, berlakunya drama keluar parti oleh golongan oportunis yang diketahui tidak mempunyai kekuatan sokongan akar umbi, malah di Pagoh juga berlakunya perkara yang sama, di Ayer Hitam dan Jerlun lain pula kisahnya. Tiada sebarang perubahan dan tiada juga sebarang peristiwa keluar parti.
Muhyiddin mahupun Mukhriz Mahathir masih lagi meroyan dan gila talak dengan UMNO. Sehingga setakat ini, hanya suara-suara sumbang yang kedengaran kononnya kedua-duanya yang dirancang sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri oleh bekas Perdana Menteri, tidak mengambil tindakan selanjutnya.
Dengan berita-berita yang bersungguh-sungguh pula golongan ProTun menyebarkannya, sudah tentulah parti baru yang mana Muhyiddin adalah Presiden dan Mukhriz sebagai Timbalannya, akan mendapat sokongan utuh untuk tujuan tersebut. Kalau mereka menang dan menyingkirkan Najib Abdul Razak, bolehlah mereka menyertai UMNO semula dengan membubarkan parti baru yang mereka terajui dan telah berjaya menjadikan mereka sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Manakala yang membakar bendera, baju UMNO mahupun seronok menonton muka sendiri dalam televisyen ketika berita mereka keluar dari UMNO pula, sudah bolehlah memasang cita-cita untuk mendapat jawatan sepertimana yang berlaku kepada mereka yang pernah membakar bendera dan mengencingi bendera UMNO sewaktu zaman Semangat 46 dan Reformasi dahulu.
Takkan hanya berani menyalak sahaja tetapi masih tetap meroyankan UMNO yang dikatakan menjadi pembela Najib Abdul Razak, padahal UMNO yang sama jugalah yang membela Dr. Mahathir sehingga orang tua itu berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun!!!
Jngan nak spin la bro...diaorang tak cakap pun nak keluar dan menentang Umno tetapi hanya nak menjatuhkàn Najib yg maha korup tu sahaja
ReplyDeleteWow bhai apa yg boleh aku katakan ialah supaya kepimpinan umno tidak takbur dan bonkak atas kekuatan umno..hrp2 hnya blogger upahan sprti lu yg 'terover' disbbkn upah..jgn mnjd blogger yg lbh sudu dari kuah..bkn apa takut nti umno makin dibenci hnya kerana golongan pencari mkn terlebih2 seoalah2 "AKULAH UMNO TOTOK"
ReplyDeletebersekongkol dgn komunis sbb nak najib trn. boleh percaya org2 politik. takan tak da janji2 manis dgn ketua komunis tuh....bummer..
ReplyDeleteKo ingat spesis kominih ni mahu ke buat kerja free klw tak de imbuhan...bongok ler
DeleteX tahan di uji.. Mudah jdi pengkhianat.. Inilh mereka!!! Biorkn dorg berambus!
ReplyDelete