Pages

Friday, June 17, 2016

PILIHANRAYA KECIL PUJUT PULA AKAN DIADAKAN EKORAN ADUN DAP ADA DUA KERAKYATAN!!!



Sepatutnya SPR awal-awal lagi telah dapat mengesan tentang pemilikan dua kewarganegaraan oleh mana-mana calon pilihanraya. SPR ada kemudahan itu tetapi tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Ia samalah seperti SPR tidak berbuat apa-apa dalam meningkatkan kapasiti talian Internet di kawasan-kawasan berlakunya PRK atau PRU, walaupun SPR adalah pihak yang paling layak meminta TELCO untuk meningkatkan keupayaan mereka sepanjang tempoh kempen dan hari pengundian.

Sepatutnya ada tapisan yang lebih ketat terhadap calon-calon pilihanraya. Mana-mana calon yang gagal berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan, secara automatik mereka tidak layak untuk menjadi calon. Mana-mana calon yang diketahui mempunyai rekod membenci Malaysia, secara automatik tidak boleh menjadi calon bagi mana-mana parti politik. Malahan orang itu seharusnya diheret ke mahkamah bagi kemungkinan melucutkan kewarganegaraannya.

Tapi nak buat macam mana...

Di Malaysia nih, semuanya akan hanya kelihatan, menjadi bahan perdebatan, hangat sementara dan mencetuskan panik di kalangan pemuka-pemuka pemerintah apabila ianya sudah berlaku.

Sebab itulah, apabila media mendedahkan tentang warga asing yang bermaharajalela di negara ini, barulah Imigresen kelam-kabut buat kenyataan, panggil wartawan tv dan media lain untuk buat liputan operasi, mencipta keazaman yang bukan-bukan, cuba menunjukkan yang operasi membanteras imigran haram berlangsung setiap masa, tetapi akhirnya rakyat melihat bahawa ia tidak ubah sebagai satu lakonan semata-mata kerana usaha tersebut tidak pernah dibuat secara berterusan.


Di DUN N74 Pujut, ADUNnya dari DAP, Dr. Ting Tiong Choon dikatakan memiliki dua kewarganegaraan. Datuk Hii King Chiong, calon BN untuk DUN tersebut, telah mencabar keputusan bagi kerusi Pujut.

Peguamnya, Peter Lin Kuah Yuh berkata, petisyen itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Miri atas alasan kemenangan Dr. Ting Tiong Choon dari DAP tidak sah kerana dia adalah warganegara sebuah negara lain.

Petisyen tersebut difailkan mengikut Seksyen 16 dan 17 (g) Perlembagaan Negeri Sarawak berkaitan kewarganegaraan. Mengikut Seksyen 16 dan 17(g), seseorang ADUN akan hilang kelayakan sekiranya dia secara sukarela memperolehi kewarganegaraan sebuah negara lain.

Dalam PRN Mei Lepas, Ting Choon menang dengan majoriti 1,759 undi dalam pertandingan empat penjuru melibatkan calon DAP, BN, PAS dan BEBAS.


No comments:

Post a Comment