Pages

Wednesday, June 8, 2016

RAFIZI DEDAHKAN PEMBAZIRAN TERBAHARU YANG DILAKUKAN OLEH ROSMAH MANSOR!!!



Dengan penuh bangga, dengan penuh kembang hidung, dengan penuh megah, Rafizi Ramli cuba membuat kejutan dengan pendedahan terbaharunya membabitkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Dia mahu memberitahu rakyat Malaysia, khususnya para pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar bahawa Perdana Menteri dan isterinya adalah pembazir wang rakyat. Jadi, rakyat pengundi perlu menolak BN dan memilih apa yang disukai oleh PKR dan Pakatan Harapan.

Senang cakap BODOH PUNYA RAFIZI RAMLI!!!

Rosmah Mansor adalah isteri Perdana Menteri. Isteri Perdana Menteri bukanlah surirumah sepenuh masa. Kalau suaminya ada tanggungjawab kepada negara, isteri Perdana Menteri juga menjalankan tugas-tugas rasmi negara mengikut kapasiti dan peleruan yang telah diperuntukkan.

Isteri Perdana Menteri bukannya orang awam sepertimana yang cuba dipersepsikan oleh Rafizi Ramli. Apatah lagi perjalanan selama 13 jam dari Kuala Lumpur ke Istanbul dan kemudian bergegas pulang untuk bersama-sama DYMM Permaisuri Agong yang merasmikan Mesyuarat Agung Pandu Puteri Malaysia yang turut dihadiri oleh kenamaan-kenamaan lain.

Rafizi Ramli ingat, Rosmah Mansor pengamal ILMU LIPAT BUMI yang boleh bergerak ke sana ke mari dalam tempoh yang tersangat singkat.

BODOH PUNYA RAFIZI RAMLI!!!

Pesawat yang dipertikaikannya itu adalah pesawat sewa gantian untuk pesawat ACJ320 yang kini sedang diselenggara. Pesawat ACJ319 bernombor pendaftaran A6-CJE yang dipertikaikan oleh Rafizi dan dikatakan DISEWA KHAS untuk Rosmah Mansor sebenarnya adalah pesawat gantian yang disewa oleh Kerajaan Malaysia bagi kegunaan kenamaan-kenamaan negara termasuklah DYMM ang Di-Pertuan Agong, Permaisuri Agong dan lain-lain kenamaan.

Penggunaan pesawat kerajaan bukan hanya pada zaman Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri tetapi semenjak negara mempunyai pesawat-pesawat khas terutama sekali pada zaman Tun Dr. Mahathir. Malahan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail semasa bergelar isteri Timbalan Perdana Menteri pun, guna pesawat rasmi kerajaan juga!

BODOH PUNYA RAFIZI RAMLI duk ulang-ulang pembohongan lamanya.

Hairan juga, Rafizi Ramli dalam negara sendiri pun, bergerak ke sana ke mari dengan kenderaan sendiri yang semuanya mempunyai tuntutan dan rakyat yang akan membayar kos minyak, tol mahupun penyelenggaraan kenderaannya. Mengapa dia tidak naik bas sahaja?

Mengapa perlu dia pandu kenderaannya kemudian membuat tuntutan kepada Parlimen?

Macam tak munasabah, Rafizi Ramli langsung tidak berperangai seperti Ahli Parlimen yang matang sampaikan benda seperti itu pun hendak dipertikaikan. Sedangkan kalaulah ditakdirkan Allah Taala Rafizi Ramli menjadi Perdana Menteri dan isterinya pula bergelar isteri Perdana Menteri yang sudah tentu akan menjadi penaung agensi-agensi tertentu selain perlu menghadiri protokol untuk jarak yang berbeza jauh, takkanlah isteri Rafizi Ramli akan menggunakan keretapi, kereta, mahupun berjalan kaki untuk semua kerja itu?

Patutlah Latheefa Koya bercakap tentang 'PENTERNAK IKAN'....


5 comments:

  1. hello...tak payah cakap banyak....dah tau fitnah tu saman jer dia sampai bankrap 3 generasi.
    what are u waiting for lah.

    ReplyDelete
  2. Penting sangat jer bik mama yg ambut kembang p turkey?
    Ambut Kembangan tu plk kos RM1200 nk bgi kembang
    Kembng ambut leh lh kelihatan tinggi swormi ahjib tu
    Bodoh jib tu dpt swormi ketot

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahasa apa nih? mcm dari bapok terencat akal...kesiannya selalu ponteng klas...

      Delete
  3. Si Rafizi nie kerja dia cari kesalahan orang aje... kesalahan dia dan kroni dia tak nampak... ini lah produk MCKK yang terunggul... layak jadi tunggul aje dia ni...

    ReplyDelete
  4. DIA Bahlol satu hal, yang heran itu ramai pulak penyokongnya...

    ReplyDelete