Pages

Monday, July 11, 2016

DENGAN 14 TUDUHAN JENAYAH, PEGUAM SANJEEVAN SIFATKAN PENAHAN PENGERUSI MYWATCH BAWAH POCA SEBAGAI 'TIDAK BERASAS'!!!



Ahli AMK PKR merangkap Pengerusi MyWatch, R. Sanjeevan, 32, telah ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959. Peguamnya, S. Prakash telah mengesahkan penahanan tersebut yang dibuat pada jam 4:30 petang semalam dan menyifatkannya sebagai 'tidak berasas'.

Hari ini, polis dijangka akan membuat permohonan reman di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

Di bawah POCA, seseorang boleh ditahan tanpa perbicaraan selama dua tahun.

Penahanan Sanjeevan kali ini adalah kali ketujuh di atas pelbagai tuduhan dan kesalahan.

Pada 23 Jun, dia telah ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Cawangan Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap Bukit Aman selepas dia dituduh menerima RM25,000 sebagai 'wang perlindungan' daripada seorang pengadu yang berusia 38 tahun yang merupakan pengendali judi haram empat nombor ekor.

Sebelum itu, Sanjeevan berhadapan dengan 14 tuduhan jenayah, termasuklah memalsukan dokumen, menipu, menfitnah dan penggubahan wang. Dia juga ditahan bagi kesalahan yang berkaitan dengan Akta Imigresen di bawah Akta Anti Penggubahan Wang 2001.

Di sebalik pelbagai tuduhannya terhadap pihak polis, banyak pihak mendakwa Sanjeevan menjadikan aktiviti serangan ke atas PDRM sebagai folionya untuk menarik perhatian para pengendali sindiket dan kumpulan kongsi gelap untuk membayar wang perlindungan kepadanya agar tidak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Sanjeevan pernah ditembak dari jarak dekat dalam apa yang didakwanya sebagai cubaan bunuh. Bagaimanapun, peluru tersebut hanya menembusi perutnya dan dia terselamat. Terdapat maklumat yang mengatakan, Sanjeevan sebenarnya terlibat dalam konflik antara kumpulan kongsi gelap India, 08 dan 04 yang berebut kawasan kekuasaan di Melaka dan Negeri Sembilan yang mencetuskan serangan ke atasnya.

Bagaimanapun, cerita sebenar tentang cubaan membunuhnya masih menjadi 'misteri' sehingga ke hari ini.

Dengan pelbagai tuduhan jenayah yang dihadapi oleh Sanjeevan, amat wajar penahanan Sanjeevan di bawah POCA berbanding dakwaan peguamnya bahawa penahanan tersebut adalah tidak berasas.

Jenayah yang dilakukan oleh Sanjeevan yang hidup mewah tanpa punca dan sumber kekayaan yang diketahui, tidak boleh dipandang ringan atau dijadikan bahan politik sungguhpun, dia orang penting PKR.




3 comments:

  1. Cantik.taruh dalam sama dia..hindu keling semua same saja.

    ReplyDelete
  2. "Bagaimanapun, cerita sebenar tentang cubaan membunuhnya masih menjadi 'misteri' sehingga ke hari ini."

    Sama macam kes hina ang pow raya yang telah di delete. Hakikatnya tak semudah itu pencerobohan laman fesbuk boleh berlaku.

    Makanya kemungkinan pemilik akuan mengupah seseorang untuk menceroboh laman akaunnya sendiri bagi tujuan 'menginsurankan' risiko yang didepani, tetap ada.

    ReplyDelete
  3. Kah kah kesian pulak tengok keling sekor nih...klu dulu ramai yg terkinja kinja dan guling guling di jalan raya... keadilan news... rocket akan papar kes keling ni besar2an... sejak DAP gaduh dng PAS dan PKR(assmin)... serta PKR dah ade team A & B..... nasib keling sekor ni dah tak ada sapa nak peduli dahhh..... lepas ni mungkin mak lampir dan gang assmin yg lain terima nasib yg sama.... dah tak ada sapa pun yg peduli dahhh.... yg ni PADAN MUKA yg ke 2.... padan muka No 1 dipegang oleh LGExit...


    muahahahahahaaa...

    ReplyDelete