Pages

Wednesday, July 27, 2016

JANGAN CONTOHI KEZUHUDAN ANAK MAHATHIR YANG KONONNYA TIDAK MENGGUNAKAN KEPENTINGAN AWAM UNTUK MENIMBUN KEKAYAAN PERIBADI!!!



Penulis: Rozmi Mokhtar

DS Mukhriz Tun Mahathir Bertungkus Lumus Meningkatkan Dana Kekayaan Peribadi Dan Kepentingan Dalam Saham Syarikat Opcom Holding Berhad. Sementara Rakyat Di Ajak Turun Ke Jalanan!!!.

■ Pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB. Sabitan kesalahan boleh membawa kepada hukuman pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative (KARI).

■ Bursa Saham telah mengumumkan DS Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd dengan penambahan 29% saham kepentingan.

■ Walaupun DS Mukhriz Mahathir bukan lagi MB Kedah, mantan CEO Opcom Holding Berhad ini akan terus kaya dan kaya. Syarikat yang mendapat projek gentian optik Telekom Malaysia (TM) semasa ayahnya Tun Mahathir Perdana Menteri  lagi tak mungkin menjadi miskin.

■ Pada tahun 2009 ketika DS Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, beliau telah meletak jawatan sebagai Pengerusi dan CEO Opcom Holdings Bhd. Ketika itu DS Mukhriz  menguasai 65.062 juta saham dalam Opcom. Ia digantikan dengan Dato Mokhzani Mahathir.

■ Pada Mac 2015 selepas Dato Mokhzani Mahathir menstruktur semula Opcom dan dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), saham Opcom melonjak tinggi 31.2%. Bursa Malaysia turut mengumumkan di dalam portal mereka.

■ Media melaporkan DS Mukhriz Mahathir ketika itu terus memiliki kepentingan 23.5% dalam Opcom di atas namanya sendiri, 20.93% melalui Rezeki Tegas Sdn Bhd. Isteri DS Mukhriz, Toh Puan Norzieta Zakaria 26.94% melalui M Ocean Capital Sdn Bhd.

■ Opcom Holding Berhad dan DS Mukhriz pernah menjadi isu apabila Opcom dan adik- beradik DS Mukhriz mendapat kontrak daripada kerajaan ketika ayahnya Tun Mahathir  sebagai PM Malaysia. Ia dianggap amalan kronisme dan nepotisme.

■ Opcom pada tahun 2003 mendapat Kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta 'secara rundingan terus' (Direct Nego) diberikan oleh Telekom Malaysia dan kelulusan Kementerian Kewangan. Di mana Tun Mahathir pada ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan. Opcom telah memonopoli projek fiber optik Telekom Malaysia sehingga ke hari ini. Sila rujuk surat Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 7 Oktober 2003.
(S/K.KEW/PK/M/504/000000/110/89/SJ.14) dan Surat dari Telekom Malaysia Berhad (bil 18/PA(ST)7120/5/2003)
Bertarikh 15 September 2003.



■ Februari 2015, kerajaan telah menganugerahkan Telekom Malaysia Bhd (TM) projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Fasa ke 2 melibatkan kos RM3.4 billion. Projek ini turut memberi manfaat kepada Opcom Holding Bhd  apabila dalam tahun 2015 Telekom Malaysia menganugerahkan 3 projek berjumlah RM282.24 juta ekoran dari surat sokongan MOF yang masih ada.

■ Kroni Tun Mahathir bukan baru malah penghujung tahun 1990-an, syarikat perkapalan milik Dato Mirzan, MISC diambilalih oleh Petronas dalam urusniaga bernilai lebih RM1 bilion. Malah Dato Mokhzani menerusi syarikatnya, Tongkah Holdings mendapat kontrak bernilai ratusan juta ringgit dalam penswataan perkhidmatan sokongan hospital.

■ Sudah tiba masanya Kerajaan membuat keputusan ADIL walau pun sukar untuk MEMBATALKAN monopoli Pengilangan, Pembekalan dan Penghantaran Cabel Fiber Obtik dari vendor TM. Syarat merujuk kepada Opcom haruslah dibatalkan.

■ Berilah peluang kepada pengilang dan pembekal fiber lain. Jika boleh lahirkan lagi syarikat bumiputera lain bagi elak monopoli proksi Tun Mahathir.  Mereka bersekongkol dengan kuasa asing, pembangkang tetapi kekal mendapat projek ratusan juta. Banyak lagi syarikat bumiputera yang boleh jika diberi peluang.

Renungan: Apa lagi Tun Mahathir mahu?  Majalah Forbes meletakkan kedudukan Dato Mokhzani di tempat ke-28 sebagai individu terkaya di Malaysia.

Kasihan pesara telekom pencen dapat RM250 ~ RM300 sebulan. Kekayaan Telekom dirompak Mahathir untuk anak anak beliau..


7 comments:

  1. Alamak bro ini bukan tipu ini perniagaan,, harga rundingan. Maksud rundingan dan ada juru kira dan mematuhi syarat
    Dan kita bayar kita dapat barang,,
    Tapi1DBm kita bayar barang habuk pun tak dapat dan rugi siapa kena tanggung
    Bukan kecil punya perniagaan kawan oiii,,
    Blogger tak tahu berniaga dan tak perlu cerita pasal perniagaan,, bolger hanya layak jadi tukan karut
    Prepaid,, lambat topup bloger pun putus talian hayat,,, tak up date ,,,
    Kawan apa yg lu takut sangat pada org tua yg tiada kuasa dan usia dah hampir masuk 2abad,, tak ramai lagi dalm dunia ni
    Yg yg berusia seperti itu yg masih boleh berckp,,
    Jgn jadi mcm Nazri nak ajak org tua bertumbuk,,
    Tunggu sahaja Fitra kehidupan dan fitra alam,,,
    Lain lah mcm bogger punya tuan,, orgnya segak ,kaya berpengaruh, ramai pengampu ada kuasa ada jawatan no 1,, anak Bekas PM ,pendekata semua cukut,, cuma ada ketika kita kena setuju manusia membuat kesilapan samada sengaja atau tidak,,
    Jadi runding lah baik baik bukan buat musuh atau cari musuh,,,dan dapat lah blogger cari makan ,,, heheheh
    Penulis bukan peminat PM atau TunM tapi selama tempuh mengundi penulis tidak pernah mengundi selain dari parti cap BN,,
    Penulis menjadi ahli umno lebih awal dari usia KJ menjadi ahli UMNO,, dan penulis juga hidup tampa bantuan umno kecuali semasa zaman belaja dari sekolah rendah hingga abis ada makan budi umno dn kerajaan tapi telah di balas balik dgn Incometax yg di bayar lebih dari 20tahun,,
    Tapi mcm mana penyamun politik yg kaya raya dala sekelip mata,,,, fikir kan

    ReplyDelete
  2. ITU LA....KAN DAH BARAI....SUROH DUK DIAM2 TAK MAU.

    ReplyDelete
  3. Beza dulu dan sekarang:

    Dulu, era Madday hanya cai merasai dedak (share dan lain-lain keistimewaan) bersembunyi belakang kesamaan feather dengan Madday), Daputera (feather yang lain) hanya dapat tengok dan dengar. Bagi Daputera ketidakmerasaan itu dianggap 'hutang' Madday pada mereka.

    Meskipun nampak diberikan berbagai keistimewaan, tida cai dan pemakan dedak yang membazirkan air mata gembira tanda kesyukuran. bagi yang tidak buta pula, semua dedak Madday itu tidak lebih 'gah khabar dari fakta' kerana hanya segelitir dapat daging selebihnya dapat tulang. Sekali sekala barulah dapat lihat air mata tetapi itupun air mata Madday yang kehabisan talian hayat.

    Sekarang ini meskipun dedak yang diagihkan adalah ciput tapi semua bangsa dapat tengok dan rasa dedak Jeban (brim, skim dan interim). Daputera seperti selalu tidak sesekali akan akur kehebatan lawan tentunya tidak akan melihat ianya satu perubahan. Sebaliknya Daputera memilih catch 22: 'beri kena serang tak beri kena penangan'. Makanya tak hairanlah kalau dedak Jeban terus diserang seolah-olah ia satu ancaman besar dan bukan reform yang dinanti-nantikan.

    Setiap usia ada batas waima bintang bintang di langit ada batas hayat. Hayat boleh ditambah dan ia tidak sukar seperti menambah hayat dinosaur. Jeban boleh dapat tambahan talian hayat semudah mengikuti jejak langkah Madday. Buangkan ego 'aku bukan kaki drama' sebaliknya jadilah madday: air mata simpati penambat hati pemanjang legasi.

    Nampaknya Jeban telah lakukan apa yang Madday tidak buat: beri peluang semua bangsa merasa dedak. Cumanya Daputera yang tidak mudah memadam dendam mempunyai misi lain iaitu hidupkan legasi Madday jadi serampang dua mata: Madday tebus 'dosa' lama dan induk ditikam belakangnya. Daputera dapat ketawa yang akhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, lawak antarabangsa komen Awk ni..sy tak tahu Awk umur berapa?..sempat tak merasa hidup berkerja/berkeluarga do era tun memerintah or just dengar2 ckp org,saya cuba jelaskan dlm bahasa mudah,sudut kacamata rakyat biasa yang merasa hidup berkeluaga/berkerja di era tun memerintah.
      Beza dulu dgn sekarang,zaman fun,hutang dan masalah kewangan negara tun tak letakkan atas bahu rakyat..yes,tun n kroni kata raya sebab amalan kronisme..siapa2 pegang kuasa dan jawatan pun sama,diorg buat..Awk,saya even ulatmak PAS pun sama..BUT tgk najib skrang, semua masalah hal kewangan negara,rakyat kena tanggungjawab..
      So what the point lantik najib jadi PM?..bangla jual kapet boleh urus negara if ikut Cara najib..
      To be PM,kena bijak..rakyat lantik jadi PM untuk meyenangkan kehidupan rakyat,bukan menambah beban..zaman tun gaji 900 boleh bela anak isteri,beli keta proton,Ada rumah..life simple back then,now..gaji 2k pun tak mampu nak bela family.
      That the different and why so many Malaysian sayangkan tun.

      Delete
  4. sorry not me...aku dah tak minat kpd tun sbb bersekongkol dgn dap. forget history? i dont think so. never forget history. yer history yg dap komunis halau penduduk2 kgbr dgn loudspeaker naik lori. tak menang banyak undi pon dah org kg kena halau. bayangkan klau komunis lahanat ni memerintah msia dan menyedihkan tun m sanggup lacurkan bangsa dan agama semats nak najib turun. udah la tun mengadap la pulak tikar sembahyang yg senantiasa memanggil manusia2 ke alam barzakh. no i dont love tun...cancel langsong...

    ReplyDelete
  5. Ini meniaga???????? hahaha kelakar - macam takder syarikat lain dalam Malaysia yang diaorang dapat kontrak direct nego. Kenapa tak open tender??? Ini kronisma - plain and simple.

    Kalau ni meniaga YTL pun meniaga jer bukan kroni. Vincent Tanpun meniaga aja bukan kroni.

    Masih tak faham ker????

    ReplyDelete