Pages

Wednesday, August 31, 2016

ASAL BUKAN UMNO, ASAL BUKAN NAJIB, ASAL BUKAN 1MDB, PENGHINAAN KE ATAS MELAYU-BUMIPUTERA DAN ISLAM PUN TAK MENGAPA!!!



Semuanya bermula sebagai ASALKAN BUKAN UMNO...

Kemudian menjadikan ISU 1MDB sebagai matlamat menghalalkan cara... atau lebih tepat lagi menutup motif dan objektif sebenar perjuangan.

Ketika pro-Najib dan pro-Mahathir bercekau tentang 'siapa yang lebih benar', isu 1MDB terus menjadi penghangat perbalahan. 1MDB dijadikan sebagai kambing hitam untuk menyalahkan pentadbiran Najib, sekalipun penjelasan demi penjelasan, penerangan demi penerangan, bukti demi bukti tentang keupayaan dan perubahan 1MDB di bawah pentadbiran Arul Kanda berbanding di bawah pengurusan terdahulu yang telah bercempera, dengan sebahagian daripada mereka melarikan diri daripada tindakan undang-undang di Malaysia, dibuat dari semasa ke semasa. Tuduhan-tuduhan bahawa 1MDB telah mengalami kerugian besar dan kerugian besar tersebut terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia, bertukar menjadi penjualan aset iaitu tanah kepada pihak asing seolah-olah negara ini tidak ada Kanun Tanah Negara yang jelas terpampang mengenai pemilikan asing ke atas tanah di dalam negara ini setelah kumpulan anti 1MDB gagal menunjukkan bukti sepertimana yang mereka laung-laungkan selain hanya HEARSAY sepertimana yang kerap diperakui oleh Mahathir dan Muhyiddin.


Kemudian muncul pula gelombang #TANGKAPMO1 yang dijayakan oleh pelajar-pelajar universiti dari bangsa Melayu yang diketuai oleh seorang pelajar perempuan yang bidang pengkhususannya adalah linguistik Arab dengan pembiayaannya pula adalah daripada pinjaman PTPTN.

Maka dalam kecelaruan dan semangat membara untuk menuntut keadilan dan kebenaran itulah, satu pihak lagi yang selama ini bertepuk tangan dan bersorak apabila golongan majoriti berpecah dan bercekau antara satu sama lain, menjalankan tugas mereka dengan sebaik-baiknya.


Gerakan LGBT dan Liberalisme yang sentiasa menunjukkan bahawa Islam adalah sebuah agama jumud, manakala penganutnya pula adalah golongan gasar yang masih bangga dengan panah, pedang dan kuda, telah menganjurkan satu majlis MENGHINA ISLAM dan INSTITUSI ISLAM beberapa hari lepas di Petaling Jaya.

Dengan beralasankan ia adalah satira semata-mata dengan tujuan bergurau, anugerah diberikan kepada individu atau entiti yang tidak mengiktiraf kepercayaan kaum LGBT yang mahu umat Islam mengiktiraf mereka. Antara yang diberikan anugerah oleh gerakan yang memperjuangkan kebebasan seks itu adalah Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Selangor.

Ada yang seronok dan meloncat-loncat. Medium pro mereka membesar-besarkan cerita tersebut tanpa sebarang sanggahan kecuali segelintir yang dapat melihat apa sebenarnya yang sedang dilakukan oleh pihak terbabit.



Kemudian, hakim Mahkamah Sesyen Kajang memutuskan bahawa Presiden ISMA, Abdul Zaik Abdul Rahman bersalah di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 setelah mengeluarkan artikel berjudul "Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan" di laman web Isma dua tahun lalu.

Mei lalu, mahkamah yang sama membebaskan Abdul Zaik atas tuduhan utama kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan namun mengarahkan beliau untuk membela diri atas tuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

Teresa Kok dan Lim Lip Eng dari DAP segera mengambil kesempatan dengan mendesak Abdul Zaik meminta maaf kepada masyarakat Cina di seluruh Malaysia dengan alasan, Abdul Zaik bertuah kerana tidak dipenjarakan setelah mahkamah mendapati dia bersalah kerana menerbitkan artikel berbaur hasutan. 

Kedua-dua orang ini yang cukup terkenal dengan provokasi-provokasi ke atas orang Melayu, India dan umat Islam, bertindak seperti cacing naik ke mata walaupun Abdul Zaik hanya didapati bersalah kerana menerbitkan artikel tersebut berbanding melakukan hasutan seperti yang terkandung dalam Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.


Pada masa yang sama, Teng Chang Kim mewakili DAP dalam Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan penghapusan diskaun 10% bagi pemilikan aset di kalangan Melayu-Bumiputera. Ada pembelaan ke atas keputusan tersebut dengan hujah, Melayu tidak berkemampuan untuk membeli hartanah mewah. Jadi kewujudan diskaun tersebut tidak mendatangkan sebarang makna dan penghapusannya juga lebih memudahkan.


Lim Guan Eng dalam perutusannya, sekali lagi beretorik tentang rasisme dan eksploitasi agama demi kemerdekaan negara. Namun orang yang sama jugalah, menggalakkan provokasi ke atas agama dan umat Islam termasuklah yang terbaharu menerusi cetakan sebuah hadis di punggung patung beruang yang terdapat dalam satu pameran di tengah padang di Pulau Pinang sempena Hari Kebangsaan. 




Patung-patung tersebut kemudiannya telah dipindahkan dan dihilangkan apabila Netizen memuatnaik gambar-gambar ke Facebook dan tindakan provokasi tersebut menerima kecaman teruk daripada Netizen lain.

Persoalannya sekarang ialah, mengapa provokasi ke atas Islam dan umat Islam begitu berleluasa tetapi tidak pula dianggap sebagai satu bentuk ekploitasi agama? Apakah kerana ianya Islam? 


Melayu-Bumiputera dan umat Islam sentiasa disibukkan dengan isu-isu yang telah disensasikan dan diperbesar-besarkan. Tidak sukar untuk menaikkan sentimen Melayu-Bumiputera dan umat Islam yang berasakan mereka serba tahu dan serba bertanggungjawab. Namun mereka juga tidak sedar, bahawa mereka sebenarnya sedang diserang di sebalik sokongan yang diberikan oleh puak berkenaan kepada mereka. 

Hanya kerana ASALKAN BUKAN UMNO... ASALKAN BUKAN NAJIB... dan ASALKAN BUKAN 1MDB!!!


17 comments:

  1. I want to defend najib but he is a thief.

    I want to defend my Islam but my muftis are silent and issued controversial statements

    I want to defend 1MDB but it is a scam by najibvwith the help of jho low.

    So.....what, nak berdosa sama??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuduh orang lain mencuri tanpa bukti pun dah berdosa.
      Simple as that..

      Nak defend konon... LOL

      Delete
    2. abih ko nak buat bodo? lagi berdosa ko tinggalkan pemimpin dan ulama. mungkin mereka tu ada salah silap tapi bab agama kena hina tetap kena bantu mereka. sbb banyak orang islam mcm ko la nabi pernah sabda akhir zaman umat islam banyak tp mcm buih je. sbb ada penyakit wahan takut mati cinta dunia. sbb tu ko suka sgt bila dgr citer pemimpin salahguna kuasa dan wang. sbb 2 perkara tu mmg nikmat dunia. mukmin yg bagus akan concern pd benda2 mcm tu dan tegur pemimpin. dalam masa sama kalau agama kena serang, jatuh hukum wajib kau bantu mereka untuk pertahan islam.

      jentayu

      Delete
  2. Ini kerja golongan liberal dn anti agama yg sdg menular di kalangan parti politik...di belakangnya ada penggerak anti islam yg bekerja secara halus.

    ReplyDelete
  3. Mempecayai fitnah cuma dengar cerita hearsay pm mencuri x tangung dosa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mempertahankan org yg dituduh menyamun tu tak berdosa ke?.

      Delete
  4. u menuduh pon dah tanpa bukti pon dah berdosa...so xpayah ckp bnyk.

    ReplyDelete
  5. Kerja putarbelit oleh penulis memang high class. Isunya kelemahan dalam kecerdikan menipu oleh seorang tu atau pemimipin itu telah menyebabkan senang di manipulasi oleh DAP dan pak turut pakturutnya. Mana mungkin pemberian berbilion ringgit boleh dianggap sebagai derma sedangkan ia telah melangkau jauh definasi rasuah itu sendiri. Mana mungkin boleh didiamkan jika dalam buku akaun kita tiba tiba terdapat berjuta juta RM? Jangan jadik seperti ayam jantan, berkokok seantero kampung tetapi ekor bergelumang dengan najis. Bila penulis mau sedar?

    ReplyDelete
  6. Sejak bila Melayu dan Islam jadi keutamaan pada UMNO dan najib?
    Sejak TERDESAK DAN TERSEPIT

    bagi umno, jaga presiden no. 1

    ReplyDelete
  7. Isu nye memang untuk menjatuhkan najib sebab duit telah hilang. Bila ditanya, ditegur, pecat orang. Nak selamatkan diri, tukar AG. Duit simpanan org2 yang nak pencen, SRC pinjam, masuk 42 juta dalam akaun peribadi. Rakyat terpaksa tanggung beban hutang 1MDB. Nak simpan lagi ke macam tu saudara? Minta undur tak nak..apa lagi pilihan?

    ReplyDelete
  8. saya mahu defend Najib kerana tidak ada lagi setakat ini yang membuktikan atau menunjukkan dia seorang pencuri atau perompak dan tidak pula dibuktikan dimana-mana mahkamah perbicaraan bahawa ianya ia bersalah melainkan komen-komen berbentuk fitnah semata-mata.

    saya mahu defend islam kerana tu adalah kewajipan ku sebagai muslim dan islam adalah syumul didunia dan akhirat dan tentunya mufti-mufti berakal bijak dan sempurna kerana sebelum membuat keputusan atas sesuatu isu..hendaklahlah disiasat dari segenap segi dari hujung sampai kepangkal kerana dibimbangi tersalah membuat fatwa... dan tulah hebatnya mufti-mufti...bukannya mufti-mufti alam siber ...

    saya mahu defend 1MDB kerana saya tahu ianya hanya entiti perniagaan biasa cuma dia dijadikan isu atas sesuatu aganda olih pihak lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apalah bebalnya kau ni.Kan duit 2.6 b.tu diakui Najib ,masuk dlm akaun dia.Beritahulah sejelas2nya sehingga sen yang terakhir.Janganlah putar2 dalam membuat penjelasan.Boleh dapatkan bukti2 tu daripada bank terlibat.Kes ini melibatkan akaun bank peribadi dia, bukan akaun umno. Malaysia ada undang2 Akta Pengubahan Wang Haram, awak tahu tak?
      Hutang 1MDB sedia ada sekarang ini telah dijamin oleh Kerajaan Malaysia.Awak faham tak apa kaitannya Kerajaan Malaysia dengan rakyat Malaysia? Kalau belum faham pergilah mengaji.
      Tahap iman seseorang Muslim itu TIDAK semestinya bergantung kepada jawatan/pangkat mereka.Jadi tentang Mufti bisu tu hang pikirlah sendiri.Kubur lain2 kan? Tapi mahkamah akhirat nanti satu saja.Marilah kita ingat2 sikit.Wassalam.

      Delete
  9. asalkan bukan Umno
    asalkan bukan Dap
    asalkan bukan Bunga
    asalkan bukan PKR
    nampaknya pilihan yang ada ialah Pas, MCA dan MIC.

    ReplyDelete
  10. Tuduhan pertama MO1 adalah NAJIB...

    Dulu orang kata fitnah
    Rahman Dahlan kata sah najib
    Jadi ianya FAKTA dan BUKTI

    Tuduhan kedua aset dibeli di US dengan wang yang dicuri dari 1MDB....

    Yang ini insyaAllah akan diketahui dalam bulan september ini

    Tuduhan ketiga wang derma dari putera raja saudi adalah wang curi dari 1MDB

    Yang ini selepas tuduhan kedua.

    Yang penting sekarang....TUDUHAN PERTAMA BUKAN FITNAH

    ReplyDelete
  11. Kepada yang masih tidak tenteram tidak puas hati isu 1 mdb.. Isu derma....apa kata munajatlah pada Allah..mohon pada Allah....tunjukkan..cerita yang sebenar...kekadang manusia asyik dengar orang tu cakap gitu cakap gini bila suruh beri bukti tak ada....apa erti hidup begitu...percaya cakap orang... Orang tu pulak kagir Wsj Sr...sapa empunya...cukuplah...lebih baik kita perbaiki diri dan mohon pertolongan Allah dari suka sampai menyampai.benda yang kita juga tak pasti kesahihannya

    ReplyDelete
  12. Anon 1.11,

    1. Dah bermunajat dah...alhamdulillah MO1 SAH NAJIB DAN IANYA FAKTA BUKAN FITNAH

    2. Bukti banyak dah

    a) dokumen Gani Patailm, zeti, abu kassim - malangnya di block oleh apandi, dihancurkan oleh PAC. Akibatnya laporan audit kena OSA...naper ye?

    b) dokumen ada pada DoJ dan akan dibicarakan dalam mahkamah US - detailed and damaging

    3. Maklumat kafir tak semestinya haram dan tak betul. Kalau begitu maklumat sains dari kafir haram dan tak betul juga? On the same score naper harussaini percaya kata peguam kafir rozario? Political convenience?

    4. Kami dah banyak berdoa pada Allah swt. Alhamdulillah kemusykilan kita, ahli politik, rakyat biasa, mahasiswa telah dijawab oleh Allah swt. Buktinya sapa MO1.... ingat ini bukan fitnah tapi dari menteri kesayangan najib sendiri

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  13. Islam jelas sudah.Hadis bukan ayat suci. Maka kalau tulis atas kertas kita buat istinjak jadi kertas tandas pun tak salah apatah lagi tulis kat punggung beruang. Yang salahnya kalau yang tulis tu ada niat buruk memalukan Islam tapi tolol sebab sepatutnya amik Quran bukannya hadis. Yang lagi salah ialah yang tolol mengatakan hadith setaraf quran.

    ReplyDelete