Pages

Monday, August 15, 2016

BERANI KE MUKHRIZ MENYANGGAH CERITA TOK ABU TENTANG KETAMAKANNYA UNTUK TERUS JADI MENTERI BESAR KEDAH WALAUPUN DIA TIDAK BERUPAYA?!!!



Tok Abu sebelum ini dilabelkan sebagai orang Mukhriz. Ketika Ketua-Ketua Bahagian UMNO Kedah membuat persetujuan untuk mendesak Mukhriz Mahathir melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah kerana ketidakmampuan dan ketidakupayaannya kerana terlalu banyak bercuti dan terlalu banyak berada di Kuala Lumpur berbanding di Kedah, para penyokong Mukhriz cuba menimbulkan retorik dan polemik kononnya, Tok Abu tidak akan menderhakai Mukhriz.

Dan seperti yang diketahui, kalau Tok Abu tidak derhaka Mukhriz, bermakna Suraya Sungai Tiang juga tidak akan menderhakai Mukhriz. Dan kalau Suraya Sungai Tiang tidak akan menentang Mukhriz bermakna, beberapa orang ADUN lain, termasuklah Sabrina Bandar Baru juga tidak akan berbuat perkara yang sama.

Malangnya, ianya tidak berlaku. Kebanyakan pemimpin UMNO Kedah lebih mengutamakan UMNO berbanding pesona individu seperti Mukhriz yang bersandarkan kepada populariti bapanya, Mahathir Mohamad.

Ada banyak versi tentang kisah di sebalik kecewanya Mukhriz kerana kegagalan mengekalkan jawatanya sebagai Menteri Besar Kedah apabila memandang rendah pengaruh serta gerak kerja orang lain, khususnya yang membolehkan dia menjadi Menteri Besar Kedah.

Di bawah ini adalah salah satu ceritanya:

Kisah sebenar disebalik krisis yang menimpa Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Umum melemparkan kesalahan kpd PM terhadap apa yang menimpa DSMM. Seolah2 beliau dianiaya dan dizalimi. Tapi umum tidak mengetahui siapa yang menganiaya siapa ? Datuk Abu Hassan, orang lama dalam politik negeri Kedah telah menceritakan perkara yg sebenar semasa Mesyuarat Persidangan Umno Bahagian Jerlun beberapa hari lepas.

Apabila mengetahui MB Kedah akan ditukarkan , Datuk Abu Hassan selaku Adun Kedah dan juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerlun (Timbalan kpd DSMM) berusaha menemui PM empat mata. Dan akhirnya beliau berjaya menemui PM. Beliau bertanya kpd PM, kenapa hendak pecat DSMM sbg MB ?

PM menjelaskan perkara sebenar. PM berkata beliau tidak berhajat untuk memecat DSMM. Tapi mahu membawa beliau ke pusat sebagai Timbalan Menteri dan seterusnya selepas beberapa bulan akan melantik beliau sebagai menteri penuh. Ini kerana DSMM lbh sesuai berada di pusat dan kerajaan perlukan beliau di peringkat pusat.

Balik ke Kedah, Datuk Abu Hassan jumpa pula DSMM dan bertanya kesahihan apa yg diperkatakan PM. DSMM sendiri mengesahkan kpd Datuk Abu bahawa PM ada menawarkan begitu kpd beliau.

Tapi apa yang terjadi sebaliknya. DSMM menolak apa yg ditawarkan PM dan kemudiannya memilih jalan untuk berperang dgn PM. Jadi salah siapa ? Siapa yang menganiaya siapa ? Siapa yang bunuh karier sendiri ?

Jika seorang cikgu yang mengajar di sekolah luar bandar, kemudian ditukarkan ke sekolah yg lbh besar di bandar, tetapi enggan bertukar. Jangan kata cikgu itu menyerang Ketua Pengarah Pendidikan, Pengarah Pendidikan Negeri atau Daerah atau guru besarnya sendiri. Enggan bertukar pun sudah cukup untuk diambil tindakan dan boleh ditamatkan perkhidmatannya.

Dalam kes DSMM, beliau bukan sahaja enggan bertukar, tapi turut menyerang PM dan mencari gaduh dgn rakan2 adunnya di Kedah. Termasuklah membuat gerakan orang ramai membenci ketuanya sendiri. Jadi tak kan PM yang juga Presiden Umno nak biarkan saja ? Beliau pun mestilah menggunakan kuasa yang ada kpdnya yang diperturunkan oleh ahli2 Umno seluruh negara kepadanya.

Apa2 pun, selamat maju jaya diucapkan kepada DSMM di pentas dan jalan baru.

Terima kasih kpd Wan Suhaijie Aupn yg berkongsi kisah Datuk Abu Hassan dari Jerlun.


15 comments:

  1. Itu bermaksud Mukhriz tolak dedak atas prinsip parti. Menolak kepimpinan Najib kerana skandal 1MDB.



    Jelas dan nyata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis tu kenapa marah bila diminta lepaskan kerusi mb. Bukankah menduduki kerusi mb kedah bermaksud masih sokong najib? Dimana prinsipnya yg awak kata tu? Kalau tak suka dan tolak najib, patut awal2 lagi kosongkan kerusi mb kedah. Barulah ada prinsip dan kukuh dgn prinsip. Ni, mcm tak tentu arah je tindakan dan perlakuan. Papa tak bagi nasihat kot...

      Delete
    2. Bodoh punya statement

      Delete
  2. Apakah ianya pada warisan atau kedudukan atau bakat sendiri yang membolehkan anak anak berjaya dalam perniagaan dan politik sekali gus.

    Kalau atas bakat sendiri bermakna ianya sesuatu yang boleh digilap. Sesuatu yang boleh diajar di IPTA.

    Justeru kalau boleh digilap hairan juga kenapa DEB/NEP masih gagal dalam melahirkan anak anak yang berjaya dalam perniagaan dan politik.

    ReplyDelete
  3. Berani ka Lanun Bugis bertanggong jawab atas segala penyelewengan wang 1MDB dan lepasakan jawatan???!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takat cakap kosong mat bangla pun boleh..bodoh.. Ade bukti dakwa la.. Sembang serupa mau pergi perang tapi bodoh.

      Delete
  4. Hahaha...bhai besar sngt ke isunya smpi lu tk abis mnyerang dsmm..dh mcm klu dsmm ni blh mngamcam ekonomi negara atau mnjejas kreditbiliti negara kpd dunia...hahaha cari le isu lain kot sbb apa sbb atau punca pun rasanya dh selesai dh pun tnpa ada pertumpahan darah atau perang saudara di kedah atau Malaysia...
    Dh ada pnganti dh pun yg mana dianggap lbh hebat yg mmpu mmbawa 'negara' ke persada dunia...ok le tu.Dsmm pun bkn pntng kpd umno dn dh keluar pun dia...ok le tu.Jadi apa isu dia lg dikaitkn dgn umno sbb dia bkn kekuatan umno selama ni pun klu nk dibnding dgn riza aziz...
    Biarkn jln atau pentas mana yg dia pilih sbb tkkn ada bawa kesan kpd umno...umno tkkn goyangkn bhai...knp nk ungkit kelemahan mantan mb yg dh ditunjuk jln keluar...rasanya isu terengganu lbh kalut utk org umno fikirkn..hahaha hnya kerana dia anak mahathir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah bhai, tu kan cerita baru yg datuk abu sampaikan masa mesyuarat umno bahagian baru ni. Relax la, bukan luakpun dedak dalam beg plastik ko tu...

      Delete
    2. Kau tak payah komen la.. Nampak sangat kau bodoh

      Delete
  5. Salah sendiri lwpas tu menyalakan orang lain. Anak dengan bapak sama je.

    ReplyDelete
  6. Cakap tu cakap jugak. Tapi ampa tau ka, kami kt Kedah la ni tgh lena. Xdak apa2 yg baru pun...

    ReplyDelete
  7. 1st time dengar cerita ni..kenapa tak masuk paper?
    Ajaib sungguh umno ni..

    ReplyDelete
  8. pentaksub Madey dan Mokeris botak mengenangkan dedak yg dipakai oleh Madey masa nk kekal 22 tahun berkuasa dan menjatuhkan beberapa pengganti.. itulah dedak. DS Najib Presiden dan PM yg utamakan rakyat dna parti. Sbb itu konon skandal 1mdb gagal ditemui sbrg bukti salah laku.. hanya movie pendedak Madey dgn diarahkan Madey je yg berlegar2..

    Syabas DS Najib. Allah bersama2mu. Kejian manusia takkan menjatuhkan kamu!

    ReplyDelete
  9. Upaya ke tidak adalah perkara subjectif jika mengikut pandangan orang. contohnya, adakah admin nak kata MB sekarang yang asyik keluar masuk hospital tu berupaya penuh? atau takat mengaji SRP tu berupaya penuh?
    saya juga bekan pengikut admin dulu, tapi sekarang saya menjadi amat hairan dgn sikap admin yang bukan saja tak rasional lagi dah, malah macam makan dedak... atau dah memang dedakian?
    saya pun dulunya benci sgt dengat DAP, PKR, Anwar dan lain2... sebut pun saya dah meluat... macam yang dimomokan oleh admin... tapi bila berfikir semula, tambah pulak dgn skandal kewangan terbesar dunia (1mdb), saya dah tak boleh bersabar dan bohongi diri...
    saya nak tanya admin, adakah dedak tu lebih utama dari prinsip hidup, prinsip islam? atau lebih utama dari soal Allah di kubur dan Mahsyar ? kalau ya, maka teruskanlah dengan menyokong pengkhianat negara...

    ReplyDelete