Video di atas adalah melibatkan pergaduhan antara para penyokong JDT dan Perak dalam salah satu perlawanan bolasepak di Malaysia semalam.
Isu keganasan bolasepak nampaknya sudah menular ke negara ini walaupun standard permainan bolasepak Malaysia masih terlalu jauh daripada bagus. Apakan tidak, main pada peringkat Asia Tenggara sahaja, Malaysia sudah tercungap-cungap dan berhempas pulas untuk tidak dikalahkan - selalunya kalahlah!
Glamournya sukan bolasepak di Malaysia, hampir setara dengan Liga-Liga Bolasepak Utama dunia. Cerita-cerita tentang bolasepak di Malaysia, mengalahkan ceritera-ceritera hikayat bagaimana anak raja terpaksa bertarung dengan bota, gergasi, jin, ifrit dan sebagainya untuk merampas puteri raja yang berkesudahan dengan perkahwinan dan happily ever after. Bagaimanapun, pencapaian paling tinggi dan yang paling dibangga-banggakan pun, hanyalah Piala Suzuki AFC. Selain daripada itu, Malaysia hanya bermimpi dan terus berangan-angan sambil memberikan alasan, 'MENCARI PENGALAMAN'.
Dah tua berbulu pun, masih lagi mencari pengalaman. Entah bila betul-betul main tanpa mencari pengalaman pun, tiada seorang pun yang tahu.
Apa yang dibanggakan daripada sukan bolasepak Malaysia?
Apa yang boleh dibanggakan kepada maskot Harimau Malaya yang disinonimkan dengan Pasukan Kebangsaan?
Apa yang boleh dibanggakan dengan para pemain Malaysia yang minta dilayan seperti lima bintang tetapi permainannya seperti tidak ada bintang?
Dengan gelagat dan kelakuan para penyokong, khususnya membabitkan JDT - paling banyak bermasalah - seelok-eloknya, Liga Bola Sepak Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Malaysia, perlu melakukan sesuatu yang lebih drastik tanpa perlu peduli dengan thumbdrive yang konon-kononnya terdapat bukti rasuah atau penyelewengan di dalamnya. Malahan badan induk bolasepak negara itu juga perlu melakukan transformasi yang lebih telus, bukannya sekadar retorik yang tidak berkesudahan. Pegawai-pegawai yang sudah berpuluh-puluh tahun di dalam FAM itu, eloklah direhatkan atau dibersarakan. Sama seperti pemain, pegawai-pegawai tersebut juga tidak mendatangkan hasil sebaliknya hanya membuang hasil!
Kalau UMNO dikatakan Mahathir sebagai busuk dari kepala ke usus, FAM juga nampaknya lebih sesuai untuk perumpamaan itu. Bukan sahaja busuk dalam pentadbiran, nampaknya jauh lebih teruk lagi busuk dan buruk membabitkan penonton dan para pembesar bolasepak di seluruh Malaysia juga.
Inikah standard bolasepak Malaysia?
Atau sememangnya kumpulan-kumpulan hooligans yang hanya wujud di Amerika Selatan, Eropah dan England, sudah ditiru bulat-bulat oleh manusia berkulit sawo matang, berhidung peset dan berbadan katik?
Yang peliknya, mengapa pula kali ini FAM tidak mengenakan tindakan larangan ke atas pasukan yang memiliki hooligans itu daripada bertanding? Bukankah lebih baik mana-mana pasukan yang para penyokongnya gagal dikawal dan bertindak seperti samseng, dilarang daripada terbabit dalam mana-mana sukan bolasepak di negara ini?
Namun apa-apa pun, klip video di atas menunjukkan sekumpulan hooligans yang berpakaian hitam menyerang seorang jurugambar sebuah media arus perdana di stadium. Dalam kejadian tersebut, jurugambar itu bukan sahaja dipukul tetapi juga kameranya telah dirampas tetapi berjaya ditemui oleh polis di tengah padang.
Dalam klip video di atas, tertera jelas wajah salah seorang samseng yang memaksa si jurugambar memadamkan rakamannya.
Cuba kita lihat kepada sinarai tindakan2 dan hukuman2 yang dikenakan oleh FAM keatas pasukan2 bolasepak di Malaysia, kata kan dlm tempoh 3 tahun yang lepas samada pasukan negeri atau kelab yg diterajui oleh kerabat2 dan yang tidak diterajui oleh kerabat2. Ada perbezaan tak terutama atas kesalahan yg serupa atau sama. Kemudian kita tengok pasukan mana yang banyak memprotes bila dikenakan tindakan atau hukuman.
ReplyDeleteEta
Tajuk kat atas admin tulis pasal THUMBDRIVE dan FAM, teringin nak baca tulisan admim pasal PENGADIL dan THUMBDRIVE sebab malam tu nampak penyokong Perak mendidih dgn beberapa keputusan pengadil.
ReplyDeletependrive dicipta untuk simpan dan keluarkan maklumat. namun apa saja yang baik contohnya bola guli boleh digunakan secara tidak baik iaitu untuk dibaling ke arah orang lalu membenjolkan.
ReplyDeleteDULU MAIN BOLA UNTOK MENJALIN PERSAHABATAN,SEKARANG MAIN BOLA UNTOK CETUSKAN PERANG SAUDARA,HAMPEH,APA2 PUN AKU TIDAK PERNAH PIJAK KAKI DALAM MANA STADIUM BOLA,MENYERAMKAN.
ReplyDelete