Secara logiknya, memang mengecewakan apabila harapan besar yang digalaskan ke bahu Chong Wei, gagal dilaksanakannya.
Namun realitinya, Lee Chong Wei telah mengerah seluruh kudrat dan upayanya untuk berhadapan dengan dua tembok besar Negara China dalam bidang badminton. Dan kesungguhan itu dapat dilihat secara langsung di kaca televisyen.
Apa-apa pun pencapaian Chong Wei adalah yang terhebat dalam sejarah badminton Malaysia selepas badminton diisytiharkan sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik. Tiga pingat perak yang dibawanya dari Badminton Olimpik, pasti akan melakarkan sejarah tersendiri dan sebagai penanda aras kualiti sebagaimana yang dilakukan oleh Anak-Anak Haji Sidek pada tahun-tahun 90-an dahulu.
Chong Wei tidak seharusnya berasa kecewa kerana gagal membawa pulang pingat emas untuk rakyat Malaysia sebagaimana yang dijanjikannya. Dia telah memberikan baktinya kepada negara dengan cara dan bidangnya yang tersendiri. Dan kini, dia sudah boleh bersara dengan tenang.
Terima kasih kepada Lee Chong Wei atas sumbang bakti kepada negara!!!
Diketika kekuatan tenaga berada pada tahap terbaik (2012), kekuatan mental, kemahiran dan taktikal masih belum cukup utuh.
ReplyDeleteApabila kekutan mental, kemahiran dan taktikal telah cukup utuh (2016), kekuatan tenaga pula telah melepasi tahap optimum.
Justeru untuk impian emas jadi kenyataan, sandaran paling realistik ialah apabila keempat empat faktor utama tadi (tenaga, mental, taktikal dan kemahiran) dalam satu pakej.
Olimpian tidak akan putus asa selagi matlamat utama tidak dicapai. Dalam konteks ini LCW masih ada peluang untuk meraih emas pada edisi 2020 sekiranya beliau berubah dari klas sekarang kepada klas baharu iaitu beregu campuran. Kalau ini jadi pilihan, harapan emas akan kembali bersinar. Ayuh CW kasi gegar itu Tokyo 2020!
ReplyDeleteApa yang nak dibanggakan.CinapekDAP mungkin dah arah chinaboys badminton jual game dengan tawaran berjuta2. Slogan cinapekDAP asal Cina ok. Tak kira Cina malaysia atau Cina komunis China. Strategy DAP jangan Cina kasi Najib dan UMNO meraih popularity hasil keringat chinaboy.
ReplyDeleteberat mata memandang. berat lagi bahu memikul.
ReplyDeleteTerima kasih Dato' Lee Chong Wei.