Asal boleh digunakan untuk menyerang Najib, ia akan digunakan dengan seoptimumnya walaupun atas nama fitnah dan sakit hati. Janji, boleh sangkut Najib dalam cubaan menggulingkannya. Betul atau tidak, para penyokong tidaklah bijak untuk menilai kerana mereka akan menyokong membabi buta semata-mata kerana mereka juga bencikan Najib.
Persamaannya ialah, BENCIKAN NAJIB dan mahukan Najib jatuh selain pentadbiran negara diambilalih oleh orang lain yang boleh ditekan kepala agar tunduk kepada taukeh-taukeh kapitalis menggunakan konsensi dan perjanjian berat sebelah yang amat menguntungkan Mahathir sekeluarga.
Berita terbaharu yang amat tidak menyenangkan dan cuba disenyapkan oleh puak ProTun ialah, tindakan DOJ Amerika Syarikat yang menarik balik arahan penyitaan dalam saman sivilnya pada 20 Julai lalu ke atas harta-hartga anak tiri Najib, Riza Aziz yang memiliki syarikat perfileman Red Granite Pictures.
Dan berita tersebut disiarkan sendiri oleh sumber yang seringkali digunakan sebagai hujah oleh puak ProTun dan Pakatun! (BACA DI SINI)
Selain daripada melepaskan sekatan ke atas Red Granite yang dibenarkan beroperasi kembali secara normal malah bank-bank turut diarahkan oleh DOJ untuk meneruskan urusan dengan Red Granite, Riza juga dibenarkan kembali ke Amerika Syarikat untuk menerbitkan filem. Selain itu, DOJ juga tidak akan mengganggu rakan kongsi dan kesemua vendor Red Granite.
Bagaimanapun, arahan sekatan ke atas Red Granite telah ditarik balik tetapi saman sivil diteruskan, Penarikan balik arahan sekatan itu bermakna sekiranya DOJ kalah dalam perbicaraan nanti, syarikat Riza Aziz tidak boleh menyaman balik atau menuntut kembali kerugian dan kerosakan yang telah dibuat oleh DOJ.
Riza sebelum ini telah dituduh oleh DOJ, menyonglap dana USD200 juta yang berkaitan dengan 1MDB tetapi Riza berkata, kesemua wang tersebut adalah pinjaman bank yang mana WSJ - sumber paling dipercayai oleh ProTun - telah membayar kembali dengan jumlah-jumlah tertentu.
Riza sebelum ini telah dituduh oleh DOJ, menyonglap dana USD200 juta yang berkaitan dengan 1MDB tetapi Riza berkata, kesemua wang tersebut adalah pinjaman bank yang mana WSJ - sumber paling dipercayai oleh ProTun - telah membayar kembali dengan jumlah-jumlah tertentu.
Puak ProTun dan Pakatun sebelum ini giat menyebarkan khabar-khabar angin yang mengatakan Najib takut untuk ke luar negara dan Riza pula telah diseludup keluar dari Amerika Syarikat untuk dibawa pulang ke Malaysia menggunakan pasport diplomatik kerana takut ditangkap oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.
Ironinya, para penyokong mereka yang barangkali terlalu banyak menonton filem-filem Hollywood terpesona dan percaya dengan fiksyen tersebut.
Semalam sahaja, Najib ke Indonesia untuk berbincang dengan Jokowi bagi menyelesaikan pertikaian 10 tahun tentang Laut Sulawesi antara Indonesia dan Malaysia, manakala Riza pula masih di Amerika Syarikat untuk kerja-kerja filemnya.
Terlalu banyak pembohongan yang dibuat oleh puak ProTun dan Pakatan. Mereka terlalu banyak bergantung kepada fiksyen yang cuba direalisasikan secara nyata. Bila dah terkantoi, mereka segera beralih untuk membuat fitnah terbaru termasuklah menggunakan gambar Rosmah Mansor dan KDYMM Sultan Pahang.
Kau paham tak pasai apa ditarik balik tak. Baca baik2 bhai sebelum tulis. Ni tak paham undang2 tapi tulis macam pandai sangat.
ReplyDeleteHabis kalau kau yg lebeh faham kenapa tak tulis dan percerahkan lagi.
ReplyDelete